jejai Publish time 13-9-2011 10:16 AM

Memo Editor Komunis masih ‘hidup’: PBTM

http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/9505487.jpg

KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk menghidupkan semula            ideologi komunis.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, daripada maklumat yang diperolehnya mendapati risalah-risalah berkenaan diedarkan di tadika, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi di di sekitar ibu negara.

Menurutnya, pihaknya mendapati pelajar sekolah seawal tahun satu      telah mengetahui nama pengasas komunis dari China.

“Malah di sekolah berkenaan terdapat pendidik yang menjadi ‘tali ba-rut’ dan menyebarnya kepada anak murid mereka sejak setahun lalu.

“Ini menunjukkan guru dan pengetua sekolah berkenaan menjadi pendokong komunis moden, selain gambar-gambar pemimpin berkenaan ditampal dalam setiap bilik darjah.

“Apa yang dikesalkan mereka turut memburuk-burukkan kerajaan memerintah,” katanya.

Beliau berkata, fahaman komunis diajar dalam bahasa Melayu di sekolah aliran tertentu, bagi mempermudah pemahaman murid dari pelbagai bangsa.

Menurutnya, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengharapkan bekas-bekas tentera terus berjuang terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.

Menurutnya, difahamkan di pusat pengajian tinggi, fahaman berkenaan memperincikan konsep sama rata dan beberapa bekas pemimpin komunis berbangsa Melayu dipergunakan untuk menarik sokongan            penuntut Melayu.

“Mereka ingin melihat reaksi dan sambutan penuntut dalam perkara ini sama ada berdiam diri mahupun memberi sokongan atau sebaliknya.

“Ini menunjukkan komunis moden tidak lagi berperang di dalam hutan sebaliknya melalui mata pen serta media baru seperti Internet,” katanya.

dan509 Publish time 14-9-2011 07:48 PM

Maklumat tersebut boleh disahkan

razhar Publish time 26-11-2011 06:24 PM

so dah disah ke blom?:lol:

robotech Publish time 29-11-2011 06:22 PM

Apa jadi isu ni, lenyap cenggitu je? Sampai la ni habuk pun tarak. Setakat nak gigih2 kipas isu Mat Sabu pro Mat Indera sebab nak jaki dengan politikus pemerintah, baik tak payah.

Isu pesara tentera banyak lagi tertangguh.

CRT69 Publish time 22-3-2012 12:07 PM

bahaya nie pada generasi akan datang....
Pages: [1]
View full version: Memo Editor Komunis masih ‘hidup’: PBTM


ADVERTISEMENT