lucid_lynx Publish time 12-9-2011 03:50 PM

Emas Plate / Coin Kat Mana Nak Jual ?

Salam,

Aku cadang nak beli emas plate atau coin emas ni nanti. dan nanti kalau aku susah dan nak pakai duit boleh jual. maksudaku ni emas yg 999 la bukan 916 yek. so kat mana aku boleh jual emas ni nanti ? bank amik ke ? atau ade tempat khas dia.

Fantaghiro Publish time 12-9-2011 04:06 PM

pendapat peribadi aku la...

lebih baik beli barang kemas916 dari gold coin/bar... sbb kalau sesak nnt bank dah tak terima kebanyakan gold coin/bar... tapi barang kemas memana arrahnu pun terima...

kalau nak jual kat kedai emas balik rasa cam rugi sangat...sbb td aku tanya kat kedai...dorang tolak 30% dari rega semasa...:mad:

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 04:20 PM

Reply 2# Fantaghiro

sori ye aku tanya lagi, kalau bank dah tak amik bar dan coin emas ni kenapa dikeluarkan ? tak fahamlah. kenapa derang tak amik. lg satu, arrahnu tu apa tugas dia yg korang cakap cakap tu. tempat pajak ke ? ni soklan tahap newbie gila nih.

katakan aku ada emas 916 ( gelang tangan ) so nak jual kat arrhnu la ye ? dengan harga emas semasa. jual ni maksudnya tak amik balik dah. terus pakai duit tu tak tebus tebus dah.

Fantaghiro Publish time 12-9-2011 04:35 PM

ReplyFantaghiro

sori ye aku tanya lagi, kalau bank dah tak amik bar dan coin emas ni kenapa di ...
lucid_lynx Post at 12-9-2011 16:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   bank masih terima gold coin/bar...tapi BUKAN SEMUA jenis gold coin/bar yg bank terima...kena pandai2 cari info pasal ni sbb aku pun kurang arif...yg pasti GCP gold coin/bar mmg memana arrahnu tak terima tuk pajakan...
kalau nak jual rantai tangan tu..buleh jual balik kat kedai...tapi % yg kedai tolak dari rega semasa mmg agak tinggi la jugak...lebih baik pajak dari jual...sbb ada harapan nak dapat balik rantai tangan tu...

ArRahnu tu cam kedai pajak...buleh pajak barang kat situ...tapi takleh jual kat situ...bezanya...kalau ko pajak kat arrahnu...n pas tu tak tebus2 dah barang tu..arrahnu akan lelong barang ko...kalau ada org beli...baki selepas ditolak upah simpan, arrahnu akan pulangkan kat ko...

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 04:45 PM

Reply 4# Fantaghiro


ooo begitu ceritanya, so kalau kata aku pajak emas yg beharga 2000 kat arrahnu, pastu nanti aku bayar balik 2000 jugak la ye ? dia tak ikut harga emas semasa masa aku amik balik emas tu yek ? cuma bayar upah simpan kat dia je la ye ? camtu ?

Fantaghiro Publish time 12-9-2011 04:56 PM

ReplyFantaghiro



ooo begitu ceritanya, so kalau kata aku pajak emas yg beharga 2000 kat arrahnu, pastu nanti aku bayar balik 2000 jugak la ye ? dia tak ikut harga emas semasa masa aku amik balik emas tu yek ? cuma bayar upah simpan kat dia je la ye ? camtu ?




lucid_lynx Post at 12-9-2011 16:45 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

katakan ko ada emas yg berharga 2000 (rega semasa) arrahnu akan kasik pinjaman 70%(max) dari rega barang..contoh kat sini 1400 la kan? pastu...tempoh tuk ko tebus balik adalah 6 bulan...untuk 6 bulan ni...upah simpan katakanlah lam 80 tuk 6 bulan... jadiknya... ko kena bayo 1480 masa nak tebus balik tu...atau buleh bayo ansuran bulan2...masa nak tebus balik tu dia tak ikut rega semasa...tapi ikut rega masa ko pajak dulu...

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 04:59 PM

Reply 6# Fantaghiro

ooo begitu kaedahnya. barulah aku paham dan dapat pencerahan yg amat banyak. hohoho. boleh kita pajak sekali lima enam ketul emas kat derang ? untuk maksimumkan kos pinjaman.

rimau_belang Publish time 12-9-2011 05:02 PM

smpan kat gold investment bank jela lg slamat

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 05:07 PM

Reply 8# rimau_belang


kene bayardak kalau simpat kat situ ?

Fantaghiro Publish time 12-9-2011 05:09 PM

ReplyFantaghiro

ooo begitu kaedahnya. barulah aku paham dan dapat pencerahan yg amat banyak. h ...
lucid_lynx Post at 12-9-2011 16:59 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

boleh...

rimau_belang Publish time 12-9-2011 05:12 PM

Reply 9# lucid_lynx


   ni smpanan yg jenis buku...lg slamat..kalo tdesak sgt just kua jela duit dr akaun

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 05:17 PM

Reply 11# rimau_belang


ooo kira emas bukan fizikal la ni ye / kene zakat jugak ke kalau simpan sampai cukup khaul dia ? masa beli ade akad jual beli emas jugak ke ?

rimau_belang Publish time 12-9-2011 05:22 PM

Reply 12# lucid_lynx


   kalo lebih 80 tu kene rasenye tp lagi selamat laaa skrg kan rmai pencuri n penyamun

lucid_lynx Publish time 12-9-2011 05:29 PM

Reply 13# rimau_belang

lebih 80 apa tu ye ? 80 gram ? 80 kilo ? 80 bulan ? 80 tahun ? tak paham la. :'(

bzzts Publish time 12-9-2011 06:11 PM

dinar emas tu cemana?

chayuk Publish time 12-9-2011 08:03 PM

Salam...

Kepada kawan2 yg baru2 nak labur dlm emas saya bagi tips ringkas supaya tak terperangkap dgn penipuan etc.:

1. Jgn beli emas secara skim, program etc. Dapat hibah bulan contohnya. Banyak yg SCAM dan banyak juga yg dah kena serbu Bank Negara.

2. Harga emas dikedai emas adalah tinggi, cth 999: RM216/g berserta upah. Begitu juga harga pajakan di Arrahnu bank rakyat (dlm lingkungan sama). Anda patut dapat harga lebih murah!

3. Kalau beli emas fizikal pastikan anda dapat emas! bukan dapat resit, atau sijil saja etc.

4. Ada penjual emas utk investment yg galakkan pembeli 'Rempit' emas mereka di Ar-Rahnu...kaji dalam2 sebelum buat keputusan. Sebab yg confirm untung adalah penjual sedangkan anda belum tentu lagi!

nanti klu ada terfikir sy tambah lg :)

chayuk Publish time 12-9-2011 08:07 PM

dinar emas tu cemana?
bzzts Post at 12-9-2011 18:11 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

dinar emas adalah syiling emas. Cth Dinar Kelantan, dikatakan ini adalah wang sebenar yg diguna dizaman Rasulullah dulu.
Yg popular, 1 dinar=4.25g emas 916. Tapi ada juga yg guna emas 999 buat dinar. Ada byk pendapat tentang hal ni.
Untuk Dirham pula guna silver.

http://www.dinarkel.com/images/dinarkelantan.gif

chayuk Publish time 12-9-2011 08:13 PM

pendapat peribadi aku la...

lebih baik beli barang kemas916 dari gold coin/bar... sbb kalau ses ...
Fantaghiro Post at 12-9-2011 16:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Barang kemas 999 dan 916 popular sebab boleh dipajak di ArRahnu.
Bar dan Syiling tak diterima atas faktor manipulasi/SCAM yg guna bar2 ni satu masa dulu.
Klu nak beli barang kemas 916 pilihlah yg jenis padu, sebab yg tak padu sukar nak tentukan Karat/kualiti dia dgn Densimeter(penimbang). Kerap kali barang kemas 916 (22) dinilai sebagai 18K saja di ArRahnu.
Malah hari ni saya dpt pengalaman baru, barang kemas jenis 'lohong'(kosong didalamnya) langsung tak dapat dinilai guna densimeter sebab angin didalamnya ganggu penilaian. Akibatnya barang kemas baru tu tak boleh di pajak pun walaupun tulen!

tarabas1976 Publish time 12-9-2011 08:20 PM

Tambah lagi satu. Kalo nak beli emas untuk longterm dan simpan emas fizikal tersebut kat bank tanpa sebarang upah simpan, anda boleh beli physical gold tersebut kat KFH (Kuwait Finance House) kat Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang berdekatan ngan KLCC. Dier offer 2, physical gold atau virtual gold. Beli physical gold. Tapi kalo simpan dan keluarkan, lepas keluar dan simpan balik tanpa upah simpan tak leh. So, ini saya jadikan sebagai last back up standing.......kalo berlaku apa-apa yang tak dijangka dalam situasi ekonomi yang fragile ini.

chayuk Publish time 12-9-2011 08:36 PM

Tambah lagi satu. Kalo nak beli emas untuk longterm dan simpan emas fizikal tersebut kat bank tanpa...
tarabas1976 Post at 12-9-2011 20:20 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Setuju...dan KFH punya akaun simpanan emas dikatakan Halal, sebab ada real gold yg kita beli dan nilai diterjemahkan dlm buku akaun. Klu beli kat PublicBnk contohnya...emas takde pun, just ada nombor saja sebab wang yg kita simpan divalue berdasrkan harga emas semasa. Bila kita nak draw emas akan kena mcm2 caj dan ambil masa berminggu2 sebab mereka tgh beli emas dulu untuk deliver pada kita.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Emas Plate / Coin Kat Mana Nak Jual ?


ADVERTISEMENT