eymazaki Publish time 12-9-2011 01:57 PM

tentera boleh tukar keje eh?jadi polis ke?JPJ ke?

salam..uols..saya nak tnya,boleh ke sorg askar ni nak tukar jawatan dari sorang tentera ke keje gomen yang lain,cam JPJ ke,polis ke?n kalau boleh,nak hubungi sapa @ mana ye?

perlu jawapan yang ikhlas n serius...tanpa sindiran...

thanx byk2..

kancilkalerbiru Publish time 12-9-2011 04:10 PM

boleh..

sila berjumpa dengan CO, pastu isi borang berhenti kerja..

sila pasti kan sebelum berhenti, dah confirm dapat masuk polis/JPJ/bomba..

keje askar bukan mcm keje kerani kat jabatan pendaftaran.. keje askar mana boleh pindah2 jadik kerani whatever.. pindah kem boleh laaa.. takpun pindah unit..

al_ajeeb Publish time 12-9-2011 09:10 PM

x pernah dibuat org rasanya, lain la pengawaman, boleh tukar2 jabatan.. kecuali bagi pesara2 tentera @ polis yg dh pencen di serap dalam jabatan2 lain.. tu pun kena lalui latihan asas.

jofizo Publish time 13-9-2011 09:18 AM

lepas kontrak habis, boleh mohon polis....

eymazaki Publish time 13-9-2011 12:13 PM

ooo...x boleh la eh?
entah mana sorg pak cik ni kata boleh.....saya pon pelik..tu yg nk tnya ni..dia pon dgr2 ja... tnya dh kalo boleh tu camana..dia pon xtau..tu yg nk tanya kat sini..kalo boleh tu camana...nk kena buat apo...
konpem la xboleh eh?...tenkiu2...

leylapple Publish time 13-9-2011 12:22 PM

lepas kontrak habis, boleh mohon polis....
jofizo Post at 13-9-2011 09:18 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    tak pun mintak keja sebagai polis sabut a.k.a pengawal keselamatan~

jofizo Publish time 13-9-2011 02:37 PM

ooo...x boleh la eh?
entah mana sorg pak cik ni kata boleh.....saya pon pelik..tu yg nk tnya ni..di ...
eymazaki Post at 13-9-2011 12:13 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


nk mohon polis kene ada i/c, dah masuk polis/tentera i/c dah x boleh pakai....... tunggu jer la dlm tentera 10 tahun jer bkn lama pn, pastu kalau nk sambung, sambung jer la....... kalau sambung lagi bagus nanti pencen muda lagi 21 tahun servis ja..... boleh apply polis plak........ gaji + pencen...... masyukkkk

eymazaki Publish time 13-9-2011 10:22 PM

nk mohon polis kene ada i/c, dah masuk polis/tentera i/c dah x boleh pakai....... tunggu jer l ...
jofizo Post at 13-9-2011 14:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

maksudnya,lps dh pencen askar tu,apply masuk polis lak eh?mmg konpem dpt ke eh msuk polis wktu tu?

jofizo Publish time 14-9-2011 08:34 AM

maksudnya,lps dh pencen askar tu,apply masuk polis lak eh?mmg konpem dpt ke eh msuk polis wktu t ...
eymazaki Post at 13-9-2011 22:22 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

dah pencen boleh apply xde masalah..... dapat ke tak tu tak gerenti la tapi yg keistimewaan yg nampak dari segi umur kalau utk public nak masuk rekrut sah2 la bawah 25thn........ kelonggaran lain ialah kenaikan pangkat dan tempoh latihan dipendekkan......

jofizo Publish time 14-9-2011 08:50 AM

Kerajaan Beri Dua Kelonggaran Untuk Tarik Bekas Tentera Sertai Polis - Hishammuddin
KUALA LUMPUR : Kerajaan memberikan dua kelonggaran -- kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan -- kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan.

Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan supaya bekas-bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

Katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, pada hari Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai rasional cadangan penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan itu akan dilaksanakan.

Hishammuddin berkata sejak pengambilan fasa pertama dilaksanakan Januari lepas, seramai 101 bekas tentera diambil dan dilantik sebagai konstabel dan konstabel sokongan dan mereka kini menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Kesemua mereka dipilih setelah lulus syarat kelayakan menyertai pasukan polis, berumur di bawah 45 tahun, serta telah berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun, katanya.

Sumber : BERNAMA, 18 April 2011

eymazaki Publish time 14-9-2011 10:06 AM

Reply 10# jofizo

tenkiu for ur info :)

kancilkalerbiru Publish time 14-9-2011 12:35 PM

rugi jer nak pencen awal.. baik laa pencen bila masa time pencen.. jangan kejar duit sangat.. baik kejar ilmu dan pengalaman dalam askar tu..

annorr_maira Publish time 15-9-2011 12:01 PM

Reply 10# jofizo


   
yup betul..tp ramai polis yg tk bape nk setuju ngn cdgn tu..


byk sebabnye..(aii dh taip td, then tetibe aii tfikir, kang salah ckp, binasa bdn...so aii delete balikla) ..permintaan yg diminta tentera, tk bape nk mjamin nasib polis..

Adeila Publish time 24-9-2011 04:21 PM

Kalau dpt pencen...mana blh masukjawatan berpencen semula??..Ikut perintah am mana lak??...xtually hanya utk askar yg berhenti je...lepas 10 thn tu....disamping itu juga ada syarat tambahan lain plk lg...just my 2 cents....

dies8000 Publish time 18-10-2011 06:53 PM

boleh tak kalo tukar lantik dari tentera ke jabatan awam sebelum cukup Tempoh Tamat Perkhidmatan (TTP)..sape2 ade info bout this sbb ade pekeliling perkhidmatan bil 2 tahun 2011, 'Dasar dan prosedur perlantikan bekas tentera ke dalam perkhidmatan awam'..

eymazaki Publish time 20-10-2011 10:21 AM

boleh tak kalo tukar lantik dari tentera ke jabatan awam sebelum cukup Tempoh Tamat Perkhidmatan (TT ...
dies8000 Post at 18-10-2011 18:53 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

dies8000...mmg ada ye pekeliling tu?

robotech Publish time 20-10-2011 09:38 PM

Reply 13# annorr_maira


   yup betul..tp ramai polis yg tk bape nk setuju ngn cdgn tu..


byk sebabnye..(aii dh taip td, then tetibe aii tfikir, kang salah ckp, binasa bdn...so aii delete balikla) ..permintaan yg diminta tentera, tk bape nk mjamin nasib polis..
Tu mengarut je.

Di USA, ramai bekas tentera join perkhidmatan Polis, FBI serta cabang2 keselamatan yang lain, malah amat2 dialu2kan especially unit SWAT, Tindak Khas FBI serta pasukan Khas NSA, CIA & Secret Service.

Tu belum kira bekas askar yang dilantik jadi Sheriff kat wilayah2 tertentu ....

eymazaki Publish time 22-10-2011 12:54 AM

boleh tak kalo tukar lantik dari tentera ke jabatan awam sebelum cukup Tempoh Tamat Perkhidmatan (TT ...
dies8000 Post at 18-10-2011 18:53 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


dies8000..ni pekeliling yg awk maksudkan eh?
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/02/pp022011.pdf

utk 'bekas tentera' je awk...bg tentera yg sdg brkhidmat xle la....

robotech Publish time 24-10-2011 10:14 AM

Tapi rata2 ex-tentera yang saya jumpa, macam tak berapa minat nak join mana2 badan beruniform cam PDRM ke ...

Kalau setakat nak lepas gian, ramai juga ex sojar jadi jurulatih kat PLKN atau join RELA.

Navy200 Publish time 26-7-2021 10:59 AM

Nk tukar khidmat sebelum ttp boleh je.. dgn syarat skim yg dimohon lg tnggi dari sekarang.. kalau dah ttp boleh je nk join polis..
Pages: [1]
View full version: tentera boleh tukar keje eh?jadi polis ke?JPJ ke?


ADVERTISEMENT