bonehenry Publish time 3-9-2011 02:43 PM

camna nk buang lalang ye.....

salam semua....bone ni budak yg tersangat x de ilmu langsung psal berkebun ni....bone br pindah msk umah ats tanah (alhamdulillah)....so ada la ckit tanah kt depan n blakang umah bone....jenis tanah ialah tanah merah....lepas blk umah dr kampung cuti raya lps ni...bone perasan yg lalang/rumput kt area tanah tu makin tinggi plak....bone cadang nk cantikkan area tu...ye la...dh depan umah kn....so skrg masalah bone.....mcm mn nk buang lalang tu ye??? bleh ke just cangkul2 n buang je?? klu bone nk tanam rumput bg cantik ckit.....lalang tu akn naik blk x???
sorry ye klu ada yg rs soalan bone ni bodoh ke...x msk akal ke....sbb bone mmg seriously zero psal gardening ni.....tq for ur comment....

KimoraHakim Publish time 3-9-2011 05:38 PM

ERK? baru je nak bagi jawapan "ko pergi la ragut lalang tu" hehehe...ok gurau je...the best way is to gemburkan balik tanah tu...kene buat manual la kot..cabut satu satu akar lalang tu..lalang ni susah sikit nak ilang kan..entahla kalau ada racun ke apa..tapi yang penah aku buat, gembur balik tanah2 tu (lepas mesin semua lalang), tapis balik semua tanah..baru la tanam tumbuhan lain...

bonehenry Publish time 3-9-2011 07:15 PM

Reply 2# KimoraHakim

oh...ye ke...so maknanya kn g bl cangkul jugak la ye...klu ltk racun...lps tu bleh ke nk tanam rumput?? x mati ke rumput tu??

KimoraHakim Publish time 3-9-2011 07:38 PM

kalau letak racun lalang, lalang ye yang mati, nanti boleh tanam rumput..tapi kebarangkalian untuk lalang tu tumbuh balik ada sebb akar dia mungkin ada yang tak mati...

bonehenry Publish time 4-9-2011 09:02 AM

Reply 4# KimoraHakim


   owh...ye ke...thanks ye kimora.... ;)

KimoraHakim Publish time 4-9-2011 02:05 PM

ReplyKimoraHakim


   owh...ye ke...thanks ye kimora....
bonehenry Post at 4-9-2011 09:02 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ok..nanti ambik gambar sebelum dan selepas ye...heheh

alifinara Publish time 5-9-2011 08:30 AM

Saya pun setuju dengan komen Kimora, kena cabut supaya akar lalang tak de lagi dalam tanah. Mcm rumah saya, rumah jiran masih kosong, lalang memang tinggi dan yang paling tak best byk benih rumput liar tumbuh di rumah saya termasuklan dalam pasu bunga. Kena cabut manual....:sweat3:

KimoraHakim Publish time 5-9-2011 05:02 PM

Saya pun setuju dengan komen Kimora, kena cabut supaya akar lalang tak de lagi dalam tanah. Mcm ruma ...
alifinara Post at 5-9-2011 08:30 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ye cabut manual...kalau tanah besar menangis la sorang sorang nak cabut, gembur, tapi hasil memang puas hati la...lalang ni memang menyusahkan thats y la ramai yang just simen kan compound rumah sebb tak tahan nak racunkan/potong..unless rajin sgt nak buat gerdening housekeeping..

Tq for the kacang...

niceghost2005 Publish time 5-9-2011 05:28 PM

Assalamualaikum Pembuka Thread,

Cara/kaedah yg paling mudah dan bagus ialah dgn menggunakan racun lalang.
Iaitu racun jenis serap.
Pelbagai jenama ada di pasarana.
Di antaranya ialah ROUNDUP, KENUP etc
Ada di dalam 4 liter dan 1 liter.

Satu sukatan/cawan bley di gunakan utk 4 gallon air. :)

Miker hanya perlu sembur pada daunnya sahaja.
Racun tersebut akan menyerap terus ke dalam akar lalang tersebut.
Masa yg di perlukan ialah 2 minggu.
Kesan nya terhadap lalang tersebut ialah sehingga 3 bulan.

SATU PERINGATAN.
Sekiranya jiran miker ada juga menanam lalang, maka perlu lah meracun lalang tersebut agar akar nya tidak merebak ke kawasan miker. (harap mendapat kebenaran mereka terlebey dahulu)

Utk pengetahun miker, akar lalang ini bley masuk sehingga 2-3 kaki ke dalam tanah.
Menghapus lalang dgn cara mencabut adalah tidak di galakkan. (kerojer sia sia)

Harap maklum

Salam

profmoto Publish time 14-9-2011 09:41 AM

Reply 9# niceghost2005

kalau tebas dulu then baru racun boleh tak? lalang dah sama tinggi dgn manusia. hahaha.. ni kes tanah terbiar 3 tahun.. :P

niceghost2005 Publish time 14-9-2011 10:06 AM

Replyniceghost2005

kalau tebas dulu then baru racun boleh tak? lalang dah sama tinggi dgn manu ...
profmoto Post at 14-9-2011 09:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Biasa ler tu kalau lalang setinggi manusia.
Seghoper kat kampung teman laaaaaa

Kalau miker tebas then baru di racun, ia tidak berapa efektif.
Kerana pucuk baru yg akan keluar 2-3 ari kemudian TIDAK akan terkesan dgn racun yg telah di sembur tadi.

Actually, lagi banyak daun.............lagi bagus jika di racun.
Kerana banyak bahagian yg akan kena racun tadi dan di serap deme.

p/s kena banyak bersabor utk meracun nie. Jgn buat short-cut sana sini.

masliana Publish time 3-10-2011 12:07 PM

jgn minum racun sbb tak dapat cabut lalang suda

zeeha77 Publish time 3-10-2011 03:15 PM

Saya pun setuju dengan komen Kimora, kena cabut supaya akar lalang tak de lagi dalam tanah. Mcm ruma ...
alifinara Post at 5-9-2011 08:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

betul2 sy dah try memang kena cabut manual,dia akan tumbuh jugak klu tak dicabut selalu tp lambat skit nak tumbuh.Rasanya bunga2 lalang tu yg buat pokok tu tumbuh lagi byk.

niceghost2005 Publish time 5-10-2011 10:31 AM

betul2 sy dah try memang kena cabut manual,dia akan tumbuh jugak klu tak dicabut selalu tp lamba ...
zeeha77 Post at 3-10-2011 15:15 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Assalamualaikum zeeha77,

Lalang dan yg sejenis dgn nya merebak/membiak dgn 2 cara.
1. akar
2. bunga

Sekiranya miker guna racun serap seperti RoundUP, ia akan menghancurkan lalang itu sehingga akar umbi.
Tetapi perlu di ingatkan, benih lalang dari bunga yg berterbangan juga perlu di musnahkan.
Cara memusnahkan benih lalang ini ialah:
1. racun dgn racun benih cambah or
2. biar benih lalang itu bercambah dahulu dan di racun semula dgn RoundUP.

Harap maklum

p/s RoundUP effective sehingga 3 bulan

zeeha77 Publish time 5-10-2011 10:44 AM

Reply 14# niceghost2005


    sy ada anak2 kecik suka main2 kat situ bahaya plak pakai racun ni.

zeeha77 Publish time 5-10-2011 10:46 AM

Reply 15# zeeha77

terpaksalah cabut nanti bunga2 tu terbang ke sebelah umah/jiran.

zeeha77 Publish time 5-10-2011 10:47 AM

hi..hi..silap nak sambung ayat sebenarnya

niceghost2005 Publish time 5-10-2011 11:07 AM

Replyniceghost2005


    sy ada anak2 kecik suka main2 kat situ bahaya plak pakai racun ni.
zeeha77 Post at 5-10-2011 10:44 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

I rest my case...................madam ;P

aarie Publish time 5-10-2011 10:16 PM


Actually, lagi banyak daun.............lagi bagus jika di racun.
niceghost2005 Post at 14-9-2011 10:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

racun tu ada kesan kat rumput carpet tak?...

nizalia Publish time 10-10-2011 08:15 AM

Reply 9# niceghost2005


    ye la... setuju dgn statement ni... ayah saya seorang petani juga cakap macam ni... kena racun lalang tu... dah mati lepas 2 minggu nanti baru la cangkul buang...
Pages: [1] 2
View full version: camna nk buang lalang ye.....


ADVERTISEMENT