#PenDrive Publish time 25-8-2011 06:07 AM

Kereta seperti F1 bergerak di jalan raya

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0825/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg

BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.
Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.
Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.
Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474).
Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.
Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.
"Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya.
Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.
Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer. - Agensi

sumber:http://www.kosmo.com.my, 25/8/2011

#PenDrive Publish time 25-8-2011 06:08 AM

sayangnya klu kt malaysia, ~Apa pun x bleh~

ramirez_86 Publish time 25-8-2011 07:57 AM

hahahaahahaha..besh laa design dier 2...sejibik cam kete F1

ramirez_86 Publish time 25-8-2011 07:57 AM

hahahaahahaha..besh laa design dier 2...sejibik cam kete F1

sunfizz Publish time 25-8-2011 08:44 AM

edit........................

idir80 Publish time 8-2-2012 02:18 AM

sayangnya klu kt malaysia, ~Apa pun x bleh~
#PenDrive Post at 25-8-2011 06:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    masalahnya, kt negara kita ni byk sgt pantang larangnya......

muda_nerq Publish time 1-4-2012 09:07 PM

Malaisia boleh ada kereta macam ni, tp kene ada 'AP'. Apap benda 'AP' tu aku pun tak tau.
Tp klu x der 'AP', somebody will not make money. Thats for sure.

Teruskan dirompak.... Pilih 'mereka' lagi dan lagi...

assaffah Publish time 2-4-2012 06:10 PM

Hebat dia, boleh cipta kereta sendiri.
Pages: [1]
View full version: Kereta seperti F1 bergerak di jalan raya


ADVERTISEMENT