Leyla Publish time 20-8-2011 11:22 AM

MANA MAK?????

Jam 6.30 petang.
Makberdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?’Mak jawab, “ Adadi dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Leyla Publish time 20-8-2011 11:24 AM

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayahbasah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angahmenonton tv.Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Atehyangasyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Atehmenjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayahmahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak.
Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayahbertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengarkata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padangsekolah.Makresah apabila anak-anak Mak lambat balik.
Makmahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anakMak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu
mengadu sakit lutu, Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalanmemakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaanbagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Maklakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkanbungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkuskueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Udafaham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Maksempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembiradanberlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makansetiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung
seberang untuk mencari rebung. Mak hendakmasak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua takberangkat."

Makminta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalanbalik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Makingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayahsedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasamenaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita
mati kita masih ada peluangmerasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil
tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Leyla Publish time 20-8-2011 11:24 AM

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanyaAlong, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpaMak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar
handphone berbunyi semasa ayahtelepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayahitu dan jawapan
Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari initidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayahhancur teringat hajat Mak untuk
naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan
kat KualaLumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayahtidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

ciksurie Publish time 20-8-2011 11:28 AM

kenapa kat post dekat WR:o

adifrs Publish time 20-8-2011 11:30 AM

nukilan sendiri ker??
bergenang dah air mataku.......:cry:
mmg menyentap emosi.........:'(

Leyla Publish time 20-8-2011 11:39 AM

Reply 4# ciksurie

tak tau nak post kat mane...:$

Leyla Publish time 20-8-2011 11:41 AM

Reply 5# adifrs

jgn nangis ssgt.. nti batal pose lak..;P
da g col mak..

cik.panda Publish time 20-8-2011 11:49 AM

Apsal post kat sini?

Nape tak letak sini >>>> http://mforum2.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=55

kertas_putih Publish time 20-8-2011 12:07 PM

:'(:'(:'(

MsIda Publish time 20-8-2011 12:43 PM

very, very touching......
benar2 menyentuh perasaan
merembes air mata sesiapa yang membaca....
wpun pun amat tersentuh dengan nukilan ini , tapi inilah
realiti yang harus diterima ibubapa .......

farahanafarah Publish time 20-8-2011 04:35 PM

sebab tu kadang2 terfikir yang kalau dah kawen tak nak anak lah

chocobozhere Publish time 20-8-2011 04:43 PM

sedihnya cerita ni...:(

coshinan Publish time 20-8-2011 05:12 PM

sedih...semoga kita xpernah mgabaikan kdua2 ibu bapa kita...amin.

matchk13s Publish time 20-8-2011 06:16 PM

a good refresher...thanks for posting...

OrkidUngu Publish time 21-8-2011 01:40 AM

Sebaknye baca.. i sensitif sket bab2 gini... Alhamdulillah.. i tak pernah lupekan mak i... boleh di katakan kerap call mak i ..tanye kabar n perkembangan dia.. balik kampug pon selalu nak follow je bontot dia... balik sampai kampung salam cium pipi nak balik kl balik pon salam cium pipi bushuk dia.... rindu sangat dekat mak.. setiap hari...tak tau la hidup ni macam mane kalau dia dah takde lagi kat dunia ni....:'(:'(

hike80 Publish time 21-8-2011 10:33 AM

seriously...my mom paling penting in my life....akuselalunye aku MESTI tau mak aku katne...aku akan carik walaupn mak aku tgh betul pokok kat blkg rumah

lagi satu...aku dr dulu tak miss mencium mak bapak aku walaupun di umur remaja sehingga la skrg ni...mungkin aku ni jenis tak pedulik kawan2 nak ejek ke anak manja ke...WTH???

pernahorg tanya dlm kelas masa sekolah bila aku org nmpk mak aku cium aku...org ejek dlm kelas...jawapan aku simple....AKU AMIK SETIAP PELUANG YG AKU DPT SELAGI MAK BAPAK AKU MASIH HIDUP....bila dah takde besok aku tak nak terhegeh-hegeh citer kat org yg AKU RINDUKAN BELAIAN MAK BAPAK AKU...for those ppl yg malu tu...pehtu bila mak bapak dah takde baru nak sedih2 rindu2...mmg takde masa aku nak kseiankan..lantak korang.

el-ain Publish time 22-8-2011 09:22 AM

sebak... skarang ni mak aje yg ade sbb abah dh meninggal 2 thn lepas..

langit_biru18 Publish time 4-9-2011 10:03 PM

sebak baca cite nie...:'(:'(:'(

Cemay Publish time 16-11-2017 05:58 PM

Syabas......nilah cerpen terbaik.
Tertusuk dihati terus Tahiah TT!!!!
Pages: [1]
View full version: MANA MAK?????


ADVERTISEMENT