kumako Publish time 6-8-2011 02:08 PM

[U] Chronicles Of Revenge. --> Update Chapter 6 part 2

Post Last Edit by kumako at 26-11-2011 13:47

Sebelum tu, saya nak mintak maaf sebab ada beberapa novel yang dah tak disambung lagi. Saya masuk sini, nak carik balik novel-novel yang saya buat tapi tak taw macam mana nak carik. Rasanya Inikah Cinta? and School Of Glamour! kowt yang sudah tidak disambung. Idea takde. Sekian, Terima Kasih. =)

Sinopsis Chronicles Of Revenge :


http://4.bp.blogspot.com/_1ZJiCojE19w/TOR-RACCjzI/AAAAAAAAAGY/ow6E3ff6kEk/s320/Cverr%2521+copy.jpg



Peperangan yang berlaku di Fairy Kingdom menyebabkan Saliva dan Zella dihantar ke dunia tanpa magis oleh bonda mereka, Permaisuri Elit. Mak Cik Gin orang yang menjumpai mereka mengambil mereka sebagai anak angkat tanpa mengetahui asal-usul mereka.



6 tahun sudah berlalu namun dendam Saliva terhadap The Dark Devil tidak pernah padam tetapi semakin membara. Zella, puteri Fairy Kingdom yang kedua juga merangkap adik kepada Saliva tidak pernah berdendam dengan The Dark Devil kerana tidak pernah mengetahui mengenai The Dark Devil sehinggalah kakaknya, Saliva memberitahunya mengenai The Dark Devil.



Saliva mula hendak menjejakkan kaki ke King Kingdom tetapi tidak disokong oleh Zella. Saliva tidak mempedulikan keputusan adiknya. Baginya, selagi dendamnya belum terlerai, dia akan menjejakkan kaki ke King Kingdom. Adakah dendam Saliva akan terlerai? Atau perkara yang lebih buruk akan berlaku?

p/s : Cerita ni bieyla dah buat beberapa bab. Lagi 4 bab terakhir je tinggal. Dah pusing kepala nak tulis jalan cerita. Pening. sebab macam tak masuk akal ada jugak. Btw, nama Saliva = Air Liur. Yup! Bieyla taw. Tapi bieyla suka sangat nama tu, nak buat macam mana. Ke, nak Bieyla edit nama Saliva tu? Bubuh nama lain.

Bieyla harap, bieyla dapat habiskan 4 bab terakhir tahun ni sebab tahun depan mungkin tak boleh bukak internet sangat. Insya-Allah Bieyla akan edit nama Saliva tu.

kumako Publish time 9-8-2011 09:48 PM

Post Last Edit by kumako at 10-8-2011 20:12

Revenge : The Prologue.

Suasana sungguh mencemaskan berlaku di luar kawasan istana Fairy Kingdom. Semua bangunan terbakar dan banyak mayat bergelimpangan. Helis iaitu nama bagi askar-askar Fairy Kingdom bertarung dengan menggunakan semua kuasa yang mereka ada. Namun, kuasa mereka semua tidak setanding dengan kuasa The Dark Devils. Di dalam istana Fairy Kingdom, ada seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 9 tahun sedang mencari ibunya, Permaisuri Elit.

“Bonda! Bonda! Bonda dekat mana?! Bonda!” budak perempuan tersebut menjerit memanggil bondanya. Dia mencari bondanya di seluruh bilik yang terdapat di dalam istana tersebut. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit. Lampu tersebut seakan-akan malap. Dia menolak pintu bilik tersebut perlahan-lahan.

“Bonda?” panggil budak perempuan tersebut dengan suara yang halus. Pintu terbuka dan budak perempuan tersebut melihat bondanya sedang membaca sesuatu seperti mantera. Pada masa itu, bondanya memakai baju seperti jubah dan berwarna hijau tua. Di lehernya terdapat banyak rantai bergantungan. Di depan bondanya pula ialah sebuah cermin yang usang dan disekeliling cermin tersebut terukir ukiran yang sangat unik. Dia memerhatikan bondanya dengan penuh khusyuk. Tangan bondanya terapung-apung di udara sambil membaca mentera.

“Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Serentak dengan itu, Permaisuri Elit mengalihkan pandangannya ke arah anak perempuannya, Saliva. Mata Permaisuri Elit berwarna biru pekat dan berkilat seperti berlian. Saliva terpana melihat mata bondanya.

“Saliva, bawa adik kamu ke bilik ni. Kalau boleh bawa sekali barang-barang yang Saliva rasa penting. Cepat!” arah Permaisuri Elit dengan tiba-tiba.
Saliva seakan-akan terkaku sebelum dia berlari menuju ke bilik adiknya, Zella. Sampai sahaja di bilik adiknya, dia melihat adiknya sedang bermain dengan kucing berbaka Zenon bernama Kitty.
Badan kucing tersebut berbulu putih dan sedikit biru laut. Mata kucing tersebut berwarna merah dan hujung ekornya berwarna biru laut. Di lehernya ada seutas rantai yang mempunyai sebutir permata berwarna hijau. Saliva dengan pantasnya mencapai sebuah beg yang sederhana besar berwarna hitam dan memasukkan 2 pasang bajunya, 3 pasang baju Zella dan barang-barang yang dirasakan perlu. Setelah itu dia dengan pantasnya mencapai sangkar untuk Kitty yang terletak di tepi katil adiknya. Di mengambil Kitty dari tangan adiknya tanpa berkata apa-apa. Zella terkesima dengan perbuatan kakaknya, Saliva. Dia memerhatikan kakaknya memasukkan Kitty di dalam sangkarnya.

”Zella, jom kita pergi ke bilik bawah tanah. Bonda tengah tunggu kita.” ujar Saliva kepada Zella. Dia menarik tangan adiknya supaya mengikutinya.
”Bonda tengah tunggu kita? Kenapa kakak?” soal Zella, hairan. Dia memandang muka kakaknya. Saliva membalas pandangan adiknya itu. Dia mengukirkan senyuman untuk adiknya. Soalan yang ditanya oleh Zella tidak di balas. Ayunan kakinya semakin cepat. Zella juga terpaksa mempercepatkan ayunan langkah untuk menyaingi kakaknya.

”Kakak, kenapa kakak jalan cepat sangat?” soalan Zella memecahkan kesunyian yang menyelebungi suasana istana.

”Aaaaaa.... ”

Saliva yang hendak menjawap soalan yang diajukan terus tidak jadi hendak menjawapnya apabila terdengar jeritan Helis. Zella pula terus memeluk Saliva dengan erat sekali. Saliva mengetap bibirnya. Kuat. Tanpa berfikir panjang dia terus memeluk adiknya dan memejamkan matanya..

”Feriasti diango Mucco”

Sekelip mata mereka sampai di pintu bilik bawah tanah. Saliva sudah tercungap-cungap. Dia terlalu lemah untuk menggunakan kuasanya. Lagi-lagi untuk membawa orang berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Peluh mengalir di mukanya. Saliva menolak Zella ke bilik yang berlampu malap. Zella membuka pintu tersebut. Dalam masa yang sama, dia sempat mengambil sangkar Kitty yang beradadi bawah kakinya. Saliva sedang menarik nafas untuk melegakan kesakitannya. Apabila pintu terbuka, Zella terus menerpa ke arah bondanya, Permaisuri Elit. Dia memeluk bondanya. Kuat. Permaisuri Elit yang sedang membaca mantera tersentak. Dia membuka mata dan melihat Zella sedang memeluknya. Dia merenggangkan pelukan anaknya itu. Zella terpaksa melepaskan pelukannya itu apabila melihat tindak balas bondanya.

“Mana kakak kamu, Saliva?” Tanya Permaisuri Elit. Zella mengarahkan jari telunjuknya di pintu. Serentak itu Saliva terjengul di muka pintu tersebut sambil membimbit beg yang berwarna hitam. Dia menyembunyikan kesakitan tersebut dengan senyuman yang manis sekali.

“Mari sini Saliva,” panggil Permaisuri Elit. Saliva berjalan menuju ke bondanya. Permaisuri Elit memeluk Saliva dan Zella dengan penuh kasih. Saliva dan Zella membalas pelukan bondanya. Saliva sudah mengalirkan air mata. Dia tahu mengapa mereka perlu berkemas, dia bukan bodoh untuk memahami situasi sekarang. The Dark Devils memang jahanam! Saliva mengetap bibirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Permaisuri Elit melepaskan pelukannya. Dia mengucup pipi anak-anaknya. Tanda tanya mula menguasai diri Zella.

“Bonda, kenapa dengan bonda? Bonda nak pergi mana?” tanya Zella dengan penuh hairan. Saliva hanya menutup mata. Dia menahan diri supaya tidak menangis. Permaisuri Elit tidak membalas soalan anaknya itu, sebaliknya dia meramas bahu Saliva.

“Saliva, janji dengan bonda yang kamu akan menjaga adik kamu dengan baik. Bonda tak nak ada perkara buruk berlaku pada kamu berdua. Janji dekat bonda, Saliva. Janji.” Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia berasa sayu mendengar nada bondanya itu. Dia takut jikalau dia tidak dapat menjaga adiknya dengan baik sebagaimana bondanya suruh.
“Saliva, kamu sahaja yang boleh bonda bergantung harap. Bonda nak kamu janji dekat bonda. Janji dengan bonda untuk menjaga diri kamu dan adik kamu dengan baik. Itu sahaja yang bonda minta. Janji dekat bonda,” ujar Permaisuri Elit. Penuh sayu. Saliva menarik nafas panjang. Terlalu berat beban yang harus dipikulnya dalam usia yang terlalu mentah. Dia memandang ke arah adiknya, Zella. Di dalam mata adiknya, dia dapat melihat kesedihan yang jelas terpacar. Adiknya terlalu mentah untuk mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga begitu. Tetapi dia terpaksa menabahkan hati untuk menjadi seorang insan yang tabah dan cekal. Dia harus kuat demi keluarga dan negaranya. Saliva menggenggam tangan dengan erat sekali. Dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Perlahan. Permaisuri Elit tersenyum dengan penuh sayu.

“Bonda tahu, bonda boleh harapkan kamu,” ujar Permaisuri Elit bersama-sama dengan linangan air mata. Tiba-tiba....

“Booooommmmm..................”
“Istana!!!!!!!!!!!!!!”
Zella terkejut, begitu juga dengan Saliva dan Permaisuri Elit.

“Mereka sudah berjaya pecahkan istana kita. Saliva, Zella. Cepat masuk ke dalam cermin ni apabila cermin ini membentuk air dan membuat pusaran. Bawa barang kamu sekali. Masuk dengan cepat!” Arah Permaisuri Elit. Tetapi sebelum itu, dia sempat membuka kalungnya yang mempunyai batu berwarna merah hati dan cincin yang berwarna merah hati. Dia memberikan
kalung dan cincin tersebut pada anaknya, Saliva. Saliva menyambut pemberian ibunya dengan sedih sekali. Selepas itu, Permaisuri Elit mula membaca mantera. Lama kelamaan, cermin tersebut membentuk seperti air dan membuat pusaran. Zella sudah meraung-raung. Dia memeluk pinggang bondanya dengan kuat. Saliva terpaksa melepaskan pelukan tersebut dengan cara yang kasar. Selepas itu dia menolak adiknya masuk ke dalam cermin tersebut. Dia juga mencampak sangkar Kitty dan beg hitam ke dalam cermin tersebut. Akhir sekali, dia berjalan masuk ke dalam cermin tersebut. Air mata mengalir dengan deras sekali. Derap kaki The Dark Devils semakin dekat.

“Kami sayangkan bonda!!!” Jerit Saliva dengan tangisan yang kuat. Dia tidak dapat bertahan lagi. Jeritan dan raungan menerjah ke gegendang telinganya sebelum dia tidak sedarkan diri dan dunianya menjadi gelap....

kumako Publish time 10-8-2011 08:11 PM

Revenge 2 : New World.

“Anak, anak tak apa-apa ke? Anak?” Saliva terasa mukanya dipercik dengan air. Dia hendak membuka mata tetapi pancaran lampu yang terlampau terang membuatkannya pening kepala. Kepalanya juga terasa berat. Aku dekat mana? Soal Saliva di dalam hati. Kepalanya betul-betul rasa hendak pecah. Pandangannya masih lagi gelap. Dia masih belum boleh membuka matanya.

Tiba-tiba, dia terasa hendak muntah. Tetapi dia tidak jadi muntah. Dengan sedaya upaya dia membuka matanya walaupun dia tidak mahu membuka matanya. Apabila matanya sudah terbuka sedikit, dia nampak ada kelibat seseorang di hadapannya. Tetapi kelibat tersebut agak kabur. Kini, dia dapat melihat dengan jelas rupa orang yang berada di hadapannya . Seorang perempuan yang mungkin dalam lingkungan 30-an. Jelas terpacar riak lega di mata perempuan tersebut. Segaris senyuman turut serta.

“Anak tak apa-apa ke adik? Anak ada sakit dekat mana-mana? Mak cik minta maaf sebab mak cik hampir langgar kamu dan adik kamu 2 hari semalam,” Selesai sahaja mak cik tersebut berkata, Saliva terus bangun dari pembaringan.

“Adik. 2 hari semalam.” Saliva mengguman perlahan. Dia terus memandang ke arah mak cik tersebut.

“Mana adik saya Mak Cik ......”

“Panggil saya Mak Cik Gin. Nama mak cik sebenarnya Ginger.” Dengan senyuman Mak Cik Gin memberitahu. “Adik saya mana Mak Cik Gin?”

“Ada, dia tengah tidur di bilik sebelah. Semalam di sudah bangun dari pengsan. Kamu sahaja belum,” jawab Mak Cik Gin. Saliva mengerutkan dahinya, “Dekat mana saya berada sekarang?”

Mak Cik Gin masih lagi tersenyum, “Dekat rumah mak cik. 2 hari semalam mak cik hampir langgar kamu sebab masa itu kamu dan adik kamu terbaring dekat tengah jalan waktu tu pada tengah malam, lebih kurang pukul 2. Mak cik tengok kamu dan adik kamu terbaring di situ, mak cik terus buat keputusan untuk bawa kamu berdua ke rumah mak cik. Lagipun mak cik duduk seorang diri dekat sini. Anak mak cik dah lama hilang, sama dengan suami mak cik.” Mak Cik Gin menyembunyikan kesedihannya. Jelas terpacar kesedihan di matanya apabila menyebut tentang 2 insan tersebut.

“Oh ya, barang-barang yang berdekatan dengan kamu berdua mak cik ambil juga. Ada mak cik letak atas meja tu,” jari telunjuk Mak Cik Gin menunjuk ke arah meja yang terletak berhampiran dengan tingkap.

“Mak cik, sekarang pukul berapa?” Saliva bertanya dengan tiba-tiba.

“Hurm.. pukul 8 malam dah. Kalau kamu hendak apa-apa, panggil sahaja mak cik.”

“Urm... sebelum mak cik terlupa, adik kamu kata ibu kamu buang kamu. Betul ke?” Sambung Mak Cik Gin dengan perlahan.

Saliva tersentak, lama-lama dia mula menganggukkan kepalanya, perlahan. “Bonda bukan sengaja buang kami, dia terpaksa sebab hendak menyelamatkan kami dari musuh,” ujar Saliva dengan lirih sekali. Air mata sudah menghiasi pemandangannya. Dia sedih, teramat sedih apabila membicarakan tentang bondanya. Mak Cik Gin berasa bersalah kerana bertanya soalan tersebut.

“Mak cik minta maaf sebab bertanya. Mak cik tak sangka ibu kamu terpaksa buang kamu berdua. Mak cik ingatkan bonda kamu sengaja buang kamu berdua. Mak cik minta maaf,” ujar Mak Cik Gin dengan rasa bersalah. Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tidak apa mak cik. Mak cik tak tahu bukan.” Selepas berkata demikian, perut Saliva berkeroncong dengan kuat. Dia lantas menekan perutnya. Tiba-tiba dia terasa lapar. Lapar sekali!

“Mak cik pergi ambilkan makanan untuk kamu ya. Tunggu ya.” Selepas itu Mak Cik Gin terus keluar dari bilik.

Saliva memandang persekitarannya. Dia melihat katil yang sedang dia duduk. Katil tersebut sederhana keras. Saiz katil tersebut juga sederhana besar. Cadar katil tersebut sungguh lembut dan cantik sekali. Gambar bunga menghiasi permukaan cadar tersebut. Sarung bantalnya juga di hiasi gambar bunga yang sama. Saliva mencapai bantal di belakangnya. Dia mengusik bantal tersebut dengan perlahan. Sangat lembut bantal tersebut. Matanya beralih ke dinding rumah tersebut. Dinding tersebut hanya di cat dengan warna putih. Cantik. Lantainya di tampal dengan jubin berwarna putih.

Dia mencecahkan kakinya ke lantai. Terasa sejuk tapak kakinya. Kini, Saliva mula berjalan melihat barang-barang di dalam bilik itu. Dia memandang ke siling. Ada satu lampu dan kipas. Kipas tersebut sedang berpusing dengan lajunya. Dia mula melangkah ke arah tingkap yang terletak di sebelah meja yang menempatkan barang-barangnya. Cermin tingkap tersebut di usiknya. Selepas itu, kakinya melangkah ke meja di sebelah tingkap tersebut. Dia mengambil rantai dan cincin yang diberi ibunya sebelum mereka berdua masuk ke dunia ini. Rantai tersebut berbentuk bulat dan berwarna merah hati. Cincin yang di sebelah rantai tersebut berwarna merah hati. Sesuai dengan rantai tersebut. Rasa sebak mula menguasai diri Saliva lagi sekali.

Dia rindu akan bondanya. Terlalu rindu. Rantai dan cincin tersebut di genggamnya dengan kuat sekali, seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Dia terkenangkan nasib bondanya di sana. Masih hidup atau sudah mati bondanya itu. Dia takut untuk memikirkannya. Dark Devils. Nama tersebut meniti di bibir Saliva. Dia menggigit bibirnya dengan kuat. Api kebencian jelas terpacar di matanya.

“Dark Devils, aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan mati. Semua waris kau akan mati. Aku akan bunuh semua waris kau dan aku akan pastikan dendam aku terbalas,” ujar Saliva bersama dengan dengusan yang kuat.

Dadanya berombak-ombak apabila mengenangkan The Dark Devils, kerajaan yang jahat dan dipenuhi rasa angkuh dan bangga diri serta selalu mengambil hak yang bukan milik mereka. Dark Devils memang bodoh! Sedang asyik dia melayan perasaan marahnya, pintu biliknya dibuka dari luar. Mata Saliva beralih ke arah pintu tersebut. Terjengul muka Mak Cik Gin yang sedang menatang dulang yang berisi dengan makanan. Dia lantas pergi ke arah Mak Cik Gin dan mengambil dulang tersebut.

“Terima kasih mak cik,” ujar Saliva apabila dia mengambil dulang tersebut dari tangan Mak Cik Gin. Dia menatang dulang tersebut dengan berhati-hati ke arah meja yang terletak di tengah-tengah bilik tersebut. Meja tersebut agak lebar dan berkaki pendek.

“Sama-sama. Makanlah sampai kamu kenyang. Sebelum terlupa, beg pakaian kamu ada dalam almari. Mak cik tak usik langsung beg pakaian kamu tu. Mak cik pergi dulu. Kalau dah sudah makan, biarkan sahaja makanan tersebut di atas meja. Nanti mak cik kemaskan,” ujar Mak Cik Gin.

Dia lantas pergi dari bilik Saliva. Saliva hanya melihat kelibat Mak Cik Gin sehinggalah kelibat tersebut hilang di balik pintu. Dia menghela nafas. Matanya jatuh pada makanan yang terdapat pada dulang tersebut. Sedap. Itulah yang mampu dia kata apabila melihat makanan tersebut. Dia pernah melihat makanan tersebut dan pernah merasa semua makanan tersebut.

Dia mengetap bibir sebelum mengeluarkan semua makanan tersebut dari dulang dan di letaknya di meja kecil tersebut. Selepas itu, dulang tersebut di letakkan di tepi meja. Dia mula makan makanan yang berada di hadapannya. Secawan air yang berwarna merah di teguknya selepas sudah makan. Dia tersenyum kekenyangan. Dia melangkah ke arah almari yang agak besar. Dia membuka pintu almari tersebut dengan berhati-hati seolah-olah di dalam almari tersebut ada musuh.

Selepas itu, dia mengeluarkan beg pakaiannya. Dia mula menyelongkar beg pakaiannya. Tangannya mencapai frame gambar keluarganya. Dia frame tersebut dengan penuh kasih. Selepas itu, dia menatap frame tersebut. Satu per satu wajah di dalam gambar tersebut di tatap dan diusap. Satu perasaan aneh menguasai dirinya. Dia berasa gembira dan lega melihat wajah ahli keluarganya. Tetapi perasaan tersebut bertukar kepada perasaan sedih. Dia menundukkan wajahnya dan air mata mula menitik membasahi frametersebut. Makin lama, makin banyak titisan air mata yang membasahi frametersebut. Saliva memasukkan beg pakaiannya di dalam almari semula dan mula melangkah ke atas katil sambil memeluk frametersebut. Dia tidur bersama-sama linangan air mata. Framegambar tersebut berada di dalam pelukan Saliva.

Mak Cik Gin yang masuk ke dalam bilik Saliva tersentuh melihat Saliva tidur di temani air mata. Dia mengelap air mata Saliva dengan ibu jarinya. Namun, air mata Saliva tetap keluar. Mak Cik Gin tersenyum sayu. Dia lantas mengambil dulang tersebut dan meletakkan semua bekas makanan di dalam dulang itu. Dia menatang keluar dulang tersebut. Sebelum dia menutup pintu bilik Saliva, dia memandang ke arah Saliva lagi sekali. Dia menekan suis lampu dan lampu terus terpadam. Dengan perlahan, dia menutup pintu bilik Saliva. Dia berharap agar kedua beradik tersebut dapat menerima takdir. Zella sudah lama tidur kerana kepenatan akibat menangis. Mak Cik Gin sempat berbual dengan Zella dan Zella hanya menjawab sahaja.

sakurakuri Publish time 10-8-2011 09:57 PM

wah...begitu animasi lagi fantasi cerita ini...semoga dapat sambung 4 bab terakhir itu ya!

kumako Publish time 10-8-2011 10:19 PM

thanx sakurakuri..

=)

7teen Publish time 10-8-2011 11:47 PM

Menarik!!!{:3_98:}

annehuda Publish time 11-8-2011 11:44 AM

hari tu aku penah gak tulis citer gaya mcm2 ni...

plot citer aku pasal dhampir (half vampire half human) yg berkawan ngan werewolf. tp tragisnye aku dituduh bawak citer khurafat plak :'(

kumako Publish time 12-8-2011 06:51 PM

annehuda > siannya.. Tajuk dia apa?

7teen > thanx..
=)

kumako Publish time 12-8-2011 06:52 PM

Revenge 3 : Yesterday is History, Today is .....

Saliva terbangun apabila mendengar bunyi kicauan burung. Dia tersenyum memandang keluar tingkap yang sudah terbuka. Di dalam hati dia sudah tahu semestinya Mak Cik Gin yang buka. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia bangun dari pembaringan dan mula berjalan menuju ke almari. Apabila dia hendak menarik keluar bajunya dari beg pakaian, Mak Cik Gin muncul bersama-sama sepasang pakaian. Saliva memerhatikan Mak Cik Gin yang berjalan mendekatinya.

“Pakai baju ni ya Saliva,” ujar Mak Cik Gin. Dia menghulurkan pakaian tersebut kepada Saliva. Saliva mengerutkan dahinya.

“Macam mana mak cik tahu nama saya? Saya belum lagi beritahu nama saya.” Pakaian yang dihulurkan tidak di sambutnya. Dahinya berkerut memandang ke arah Mak Cik Gin.

Mak Cik Gin tersenyum, “Adik kamu, Zella beritahu mak cik 2 hari semalam. Masa tu kamu tak sedarkan diri lagi. Adik kamu banyak sangat menangis, dia belum bangun lagi tu. Nanti kamu lawat dia selepas kamu sudah mandi. Baju ni, kamu pakai ya.”

Saliva terdiam, dia teringatkan adiknya. Dia betul-betul terlupa hendak bertanya mengenai adiknya semalam. Baju yang dihulur, di sambutnya.

“Terima kasih mak cik. Saya tak tahu macam mana hendak balas jasa baik mak cik,” ujar Saliva dengan lirih. Mak Cik Gin tersenyum.

“Lepas kamu selesai mandi nanti, kamu terus pergi ke meja makan ya. Mak cik tunggu kamu dan adik kamu. Tempat makan berada di bawah tahu, kamu turun tangga dan belok kiri.” ujar Mak Cik Gin. Selepas itu, dia keluar dari bilik Saliva meninggalkan Saliva keseorangan di situ. Saliva mula melangkah menuju ke tandas.

*****

“Akak!!” Jerit Zella dengan kuat. Zella sedang duduk di meja makan. Saliva memerhatikan baju Zella. Adiknya itu memakai baju t-shirt berwarna hitam dan seluar berwarna hitam. Saliva tersenyum melihat adiknya. Dia berjalan menuju ke adiknya dan mengambil tempat di sebelah adiknya. Mak Cik Gin gembira melihat mereka berdua. Dia terasa bahagia apabila melihat keletah Zella dan Saliva. Belum pernah dia berasa segembira ini selepas 2 orang insan yang di sayanginya hilang 3 tahun yang lepas.

“Selamat pagi mak cik,” ujar Saliva dengan gembira. Dia memakai baju t-shirt berwarna hitam serupa dengan adiknya itu. Mak Cik Gin hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Zella pula mula makan makanan yang sudah terhidang di atas meja.

“Mak cik masak apa hari ini?” Tanya Saliva dengan senyuman.

“Mak cik masak Skitcy. Cubalah,” balas Mak Cik Gin. Dia menyendukkan Skitcy ke dalam pinggan Saliva dan menuangkan air tinse ke dalam cawan untuk Saliva.

“Sedap betul bau Skitcy ni. Pandai mak cik masak. Bau sedap mesti rasa pun sedapkan mak cik,” dengan riangnya Saliva berkata. Mak Cik Gin ketawa gembira.

“Ada-ada aje kamu ni. Makanlah lepas sudah, mak cik nak cakap sesuatu dekat kamu berdua.”

“Apa dia mak cik?” Tanya Saliva.

“Makan dulu, lepas makan baru boleh mak cik beritahu,” balas Mak Cik Gin. Saliva menganggukkan kepalanya dan mula menyuapkan Skitcy ke dalam mulutnya.

“Waaaa..... sedapnya mak cik! Pandai mak cik masak! Hari-hari macam ni, mesti perut saya buncit,” Saliva membuat lawak. Zella dan Mak Cik Gin sudah ketawa.

“Pandai betul kamu nak buat mak cik gembira ya. Senang hati mak cik kalau kamu suka. Nanti mak cik masak makanan yang lain pula,”

“Tak sabar nak mencuba makanan yang lain. Mesti lagi sedap,” balas Saliva. Zella hanya menganggukkan kepalanya. Walaupun perangainya seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun, namun sebenarnya dia berumur 8 tahun dan tentu sahaja dia mengetahui apa yang dicakap oleh kakaknya.

*****

Saliva terkedu, Zella pula hanya memandang kakaknya. Mereka tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana. Mak Cik Gin memandang mereka dengan penuh harapan.

“Betul ke mak cik?” Tanya Saliva mendapatkan kepastian. Dia mengetap bibirnya lalu menganggukkan kepalanya perlahan. Mak Cik Gin tersenyum gembira.

“Terima kasih. Sekarang kamu berdua panggil mak cik dengan panggilan ibu. Bolehkan?”

“Baik ibu!” Saliva dan Zella menjawab. Mak Cik Gin tersenyum. Dia memandang anak angkatnya dengan perasaan bahagia yang tak terkata. Bagi Saliva dan Zella, mereka juga bahagia kerana punya ibu untuk bermanja. Bagi mereka bertiga, semalam adalah sejarah dan hari ini merupakan permulaan yang baru!

kumako Publish time 19-8-2011 08:59 PM

Revenge 4 : Secret Glose

Saliva menarik keluar buka yang sempat di capainya ketika dia memasukkan barang-barang ke dalam beg hitam. Buku tersebut agak tebal. Buku tersebut di lilit dengan batang pokok yang menjalar. Buku tersebut hanya boleh di buka jika orang tersebut mengetahui cara yang betul untuk menbukanya. Disebabkan buku tersebut sudah di lilit dengan batang pokok glosemary iaitu pokok yang mempunyai batang yang kuat. Walaupun menggunakan mantera yang kuat untuk memecahkannya, batang pokok tersebut tidak akan terjejas. Hanya satu cara sahaja yang dapat membuka buku tersebut. Buku tersebut di beri nama Secret Glose. Di dalam buku tersebut tersimpan banyak mantera yang kuat, cara-cara membuat potionsdan cara-cara mengawal kuasa.

Jika buku tersebut jatuh ke tangan yang salah, semua kerajaan di dunianya tidak dapat di selamatkan lagi. Di dalam buku tersebut juga di katakan mempunyai satu ruangan yang memberitahu di mana semua bahan yang susah di dapati berada. Saliva mengusap buku tersebut dengan perlahan. Dia juga tidak tahu cara hendak membuka buku tersebut. Dia yakin bahawa, The Dark Devils mahu mengambil buku Secret Glose kerana itu mereka menyerang kerajaan Fairy. Dia memandang buku tersebut dengan penuh asyik. Di dalam kepalanya, dia mencari jalan untuk membuka buku tersebut. Hanya seorang sahaja yang tahu cara membuka buku tersebut dan orang itu adalah bondanya. Ayahanda dia sendiri tidak tahu hendak membukanya. Apabila mengenangkan bondanya, hatinya menjadi sebak. Saliva dengan cepatnya menghalang rasa sebak menguasai dirinya. Dia berjanji tidak akan mengalirkan air mata lagi. Tidak akan!

Tiba-tiba, pintunya di kuak. Terjengul wajah adiknya, Zella bersama-sama kucingnya Kitty. Kucing tersebut menggesel-gesel badannya pada kaki Zella. Zella hanya membiarkan sahaja.

“Kenapa adik?” Tanya Saliva sambil memandang buku di hadapannya. Zella tidak menjawab sebaliknya dia berjalan mendekati kakaknya itu. Kitty mengikuti Zella dari belakang. Ekornya di goyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.

“Kakak kenapa?” Tanya Zella apabila dia melihat kakaknya asyik termenung memandang buku di hadapannya. Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Zella mengangkat keningnya. Dia memandang buku yang berada di hadapan kakaknya.

“Secret Glose? Macam mana kakak boleh dapat buku tu?” Tanya Zella kehairanan. Dia masih ingat lagi, apabila dia mencapai buku tu, bonda mereka marah. Dia tidak bagi sesiapa pegang buku tersebut. Hendak menangis dia apabila kena marah. Dia hanya mendengar bebelan bondanya dengan perasaan sedih.

Saliva memandang muka adiknya sebelum memandang ke arah buku tersebut. Dia menghela nafas yang panjang sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu. “Kakak ambil buku ni sebelum kita masuk ke dalam cermin. Kakak main capai buku ni sebab kakak nampak buku ni dekat bawah katil.” Beritahu Saliva dengan lemah sekali. Zella mengerutkan dahinya.

“Macam mana buku tu boleh ada dekat bawah katil? Bukan bonda simpan buku tu dekat tempat yang selamat ke?”

“Kakak pun tak tahu Zella. Kakak nampak buku ni bawah katil, kakak ambil ajelah.”

“Kenapa buku tu kena lilit kakak?” Tanya Zella dengan rasa ingin tahu. “Sebelum ni Zella tengok buku tu tak kena lilit pun,” sambung Zella. Saliva dengan pantasnya memandang adiknya, “Buku ni tak kena lilit?” Tanya Saliva pelik. Zella menganggukkan kepalanya.

“Bila Zella tengok buku ni tak kena lilit?” Tanya Saliva dengan cepat.

“Urm.. Masa Zella berumur 6 tahun. Masa tu Zella main dengan buku tu. Zella selak buku tu tapi masa Zella nak tutup buka tu, bonda datang. Dia marah Zella sebab Zella main buku tu.” Beritahu Zella dengan sedih.

“Macam mana Zella boleh dapat buku Secret Glose?”

“Tak silap Zella, masa tu Zella bosan sangat. Jadi Zella pergi merayau-rayau sekeliling istana. Zella tersepak buku tu masa Zella hendak ambil Kitty,” Zella mengambil Kitty di bawah dan mengunjukkannya kepada Saliva. Selepas itu, dia mengusap-ngusap kucing tersebut.

“Maksud Zella, Zella tengah bermain dengan Kitty masa tu?”
Zella menggeleng-gelengkan kepalanya, “Bukan, Zella masa tu nampak Kitty. Masa Zella nak ambil Kitty, Kitty lari. Zella kejar Kitty. Masa tu Zella tersepak buku tu.” Beritahu Zella dengan pelat.

“Lepas tu, Zella bawa buku tu dekat dalam bilik Zella. Bonda nampak. Bonda marah.” Sambung Zella. Saliva mengarahkan pandangannya ke arah Kitty, kucing berbaka Zenon. Tak mungkin. Bisik Saliva di dalam hatinya. Mana mungkin kucing tersebut merupakan kunci untuk membuka buku Secret Glose. Saliva melirikkan matanya ke arah buku yang terletak elok di atas meja. Dia mengetap bibirnya.

“Kakak, kenapa buku tu kena lilit? Dan apa yang lilit buku tu?” Tanya Zella dengan penuh minat. Saliva memandang adiknya sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

“Sebenarnya, buku ni adalah buku yang punya banyak mantera dan macam-macam benda di dalamnya. Jikalau buku ni terjatuh ke tangan yang salah, semua kerajaan di negara kita akan musnah. Kuasa tersebut sangat kuat dan hebat. Kuasa tersebut akan bertambah kuat jika bergabung dengan pemakai cincin berwarna merah, biru dan hijau. Tetapi, pemakai cincin merah, biru dan hijau juga boleh melawan kuasa tersebut jika mereka bergabung.” Saliva menghela nafas sebentar. Zella mendengar dengan penuh khusyuk.

“Buku ni memang tidak boleh di buat main. Mungkin sebab itu, bonda marah apabila Zella main dengan buku ni. Ingat Zella, buku ni memang bukan calang-calang buku dan hanya terdapat satu di dunia.” Sambung Saliva mengingatkan Zella. Zella mengangguk kepala tanda faham. Tetapi selepas itu dia mengerutkan dahinya. Saliva berasa hairan melihat reaksi adiknya itu.

“Kenapa?” Tanya Saliva.

“Kakak, masa adik selak buku tu, ada muka surat yang kosong. Kenapa?” Soal Zella.
Dahi Saliva berkerut mendengar kata Zella. “Kosong?” Zella mengangguk kepala sekali.

“Zella, jangan nak bergurau. Tidak mungkin ada muka surat yang kosong di dalam buku Secret Glose ni. Zella salah pandang ni,”

“Mana ada. Betullah Zella nampak ada muka surat yang kosong. Kebanyakan yang kosong tu semua dekat akhir-akhir.” Zella berkata dengan bersungguh-sungguh. Saliva memandang Zella dengan rasa tidak percaya. Akhirnya dia menarik segaris senyuman.

“Yalah, yalah. Kakak percaya.” Ujar Saliva dengan bersahaja. Dia masih tidak mempercayai kata-kata adiknya itu.

“Oh ya, mana ibu?” Tanya Saliva. Zella angkat bahu. Dia juga tidak tahu di mana ibu mereka, Mak Cik Gin.

“Tidur rasanya. Sekarangkan dah pukul 9 malam.” Jawab Zella.
“Kakak, kakak masih belum jawab lagi pertanyaan Zella. Apa yang lilit buku tu?”

“Oh, lupa pula. Yang lilit buku ni ialah batang pokok Mary Glose. Pokok yang kuat dan susah hendak mencabut atau menebangnya walaupun dengan cara apa sekalipun. Mantera yang kuat juga tidak mampu merosakkan pokok Mary Glose. Hanya cara yang betul, pokok Mary Glose boleh di cabut dan di tebang.” Terang Saliva. Zella mengangguk kepalanya tanda mengerti.

Setelah beberapa mendiamkan diri, Zella meminta diri. Dia mengambil Kitty yang berada di hujung kakinya dan mula melangkah keluar dari bilik kakaknya. Matanya berasa sangat kantuk. Bagaikan ada makhluk asing yang bergayut di kelopak matanya. Saliva memerhatikan kelibat adiknya sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia menutup pintu biliknya dan mula melangkah ke katil. Buku Secret Glose di biarkan di atas meja. Gambar keluarganya di tatap sebelum di simpan di bawah bantal. Fairy Kingdom. Nama kerajaan bondanya meniti di bibirnya sebelum dia melelapkan matanya.

kambeng_masam Publish time 20-8-2011 07:19 AM

hari tu aku penah gak tulis citer gaya mcm2 ni...

plot citer aku pasal dhampir (half vampire half ...
annehuda Post at 11-8-2011 11:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Khurafat? Bukan ke Khurafat dah dijadikan movie oleh anak selam yusof?;P




Btw, TT, citer yang menarik nih. Teruskan usaha gigihmu gaban!:laugh3:

kumako Publish time 23-8-2011 09:44 PM

Reply 11# kambeng_masam

Thanx..
=)

kumako Publish time 25-8-2011 11:03 AM

Revenge 5 : Secret Glose Is Open (part 1)

Saliva terjaga dari tidur apabila terdengar gelak ketawa adiknya dan ibunya di halaman rumah. Cahaya matahari memancar masuk ke dalam biliknya melalui tingkap yang di buka oleh ibunya. Saliva menggaru-garu lengan kirinya sambil menguap. Selepas itu dia menghirup udara segar yang berada di sekelilingnya. Tangannya mencapai gambar yang berada di bawah bantal.

“Selamat pagi bonda dan ayahanda,” Saliva menarik senyum sambil mengusap gambar tersebut. Dia akan menabahkan hatinya untuk meneruskan hidupnya. Dia juga akan membalas dendam kepada The Dark Devils! Itu azamnya dan dia akan menunaikan azamnya itu suatu hari nanti. Kicauan burung menyedarkannya. Dia bingkas bangkit dari katil dan mencapai pakaian dan tualanya.

*****

Saliva menyisip air di hadapannya. Kini, rambutnya sudah panjang melepasi bahu. Rambut tersebut di biarkan lepas supaya dapat menikmati udara yang segar. Dia kini duduk di halaman rumah sambil memerhatikan Zella dan Kitty yang sedang bermain. Ibunya pula sedang menyiapkan tugasan yang diberi oleh ketuanya. Dia juga kurang pasti kerja ibunya walaupun kini sudah 4 tahun berlalu. Saliva memerhatikan adiknya yang kian membesar. Umur adiknya itu sudah mencecah 9 tahun. Mata Saliva mula beralih ke arah Kitty yang juga sudah mula membesar. Rantai yang mempunyai batu berwarna hijau masih lagi tergantung di leher Kitty.

Kini, sudah 3 tahun berlalu.. Hidupnya mula berubah. Dia mula belajar erti hidup yang sebenarnya. Hidup yang penuh dugaan, cubaan dan ujian. Dia harus menempuh segala dugaan, cabaran dan ujian untuk menjadi seperti sekarang. Seorang yang tabah dan berani. Sudah 3 tahun berlalu, sudah 3 tahun jugalah dia cuba berbagai cara untuk membuka Secret Glose. Dalam pada masa yang sama, dia juga mula belajar untuk mengawal kuasanya dan mempelajari beberapa mantera yang pernah dipelajari sewaktu belajar dengan ayahandanya.

Bondanya tidak membenarkan dia mempelajari mantera sebelum tiba waktu yang sesuai. Tetapi kini, kerana kedegilan dia dan kebaikan ayahanda dia, dia berasa bahawa memang tepat pilihannya untuk belajar mantera-mantera tersebut. Setiap hari dia berlatih seorang diri di dalam biliknya pada waktu pagi dan tengah malam kerana tidak mahu diketahui oleh ibu dan adiknya. Disebabkan dia sering berlatih, selera makannya juga kian menaik. Ibunya pelik melihat dia selalu sahaja kebuluran seperti tidak pernah makan nasi. Sehari 4 hingga ke 5 pinggan dia makan. Di tambah dengan snack ringan.

“Kakak!!” Lamunan Saliva terganggu kerana jeritan Zella yang agak kuat. Saliva memandang Zella yang sedang melambai-lambai ke arahnya. “Jommain!” Jerit Zella lantang. Saliva menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Melihat tindak balas Saliva, Zella berlari mendapatkan kakaknya dan menarik tangan kakaknya. Dia merengek-rengek meminta kakaknya bermain sama.

“Yalah, yalah. Nak main apa?” Akhirnya Saliva terpaksa mengalah dengan permintaan adiknya itu. Lagipun adiknya hanya mahu bermain dengannya sahaja. It is not a big deal after all. Fikir Saliva.

“Kita nak main apa ni?”
“Kejar-kejar. Akak kejar Zella. Tapi akak kena kira sampai 10 baru boleh kejar.” Saliva tercengang. Kejar-kejar? Rasa hendak menangis apabila mendengarnya.

“Kenapalah kau ajak akak kau yang dah matang ni main kejar-kejar, wahai adik yang tersayang?” Saliva bermonolog di dalam hati. Dia menghela nafas perlahan-lahan dan menganggukkan kepalanya.

“1,2,3 ......” Saliva mula mengira dengan kuatnya. Zella berlari jauh daripada Saliva agar dia tidak dapat di tangkap oleh kakaknya. Kitty turut berlari membuntuti Zella.

“10!” Saliva habis mengira lantas berlari mengejar adiknya yang sudah jauh berlari. Setelah 5 minit mengejar adiknya namun tidak dapat tangkap, Saliva terjatuh dalam kolam apabila dia tersepak batu besar yang berada di sekitar kolam tersebut. Habis basah seluruh badannya. Saliva berenang ke tepi kolam dan mula memanjat keluar dari kolam tersebut. Zella sudah ketawa di hujung meja yang di duduki olehnya sebelum mereka bermain permainan yang bodoh ni.

Saliva berjalan menuju ke dalam rumah dan masuk ke dalam biliknya. Zella mengikutinya dari belakang bersama-sama dengan Kitty yang setia mengikuti Zella. Zella duduk di atas katil kakaknya sementara menunggu kakaknya membersihkan diri. Kitty pula sedang berjalan-jalan di dalam bilik Saliva.

kumako Publish time 24-9-2011 02:46 AM

Saliva baru sahaja selesai membersihkan diri apabila dia melihat buku Secret Glose tidak di lilit oleh batang pokok Mary Glose. Terjerit Saliva dengan penuh kesukaan. Dia berlari mendapatkan buku tersebut dan menyelak halaman buku itu. Zella terjaga apabila mendengar jeritan kakaknya, Saliva, begitu juga Kitty yang tidur di sebelah Zella.

“Kenapa kakak?” Tanya Zella dengan malasnya. Dia berasa pening apabila bangun dari tidur. Mungkin kerana dia tidak biasa tidur petang.

Saliva menunjukkan buku Secret Glose pada Zella. Zella mengerutkan dahinya. Dia hanya nampak buku Secret Glose itu sahaja. Tetapi apabila dia melihat Saliva menyelak buku tersebut dengan lajunya, dia cepat-cepat bangun dari katil empuk itu.

“Macam mana buku ni terbuka?” Tanya Zella dengan hairan. Saliva mengeleng-gelengkan kepalanya, “Kakak pun tidak tahu. Bila akak selesai mandi, kakak tengok batang pokok Mary Glose tak melilit buku ni.”

“Habis tu, macam mana buku ni boleh terbuka? Mana ada sesiapa dekat dalam bilik ni kecuali kita berdua ..... dan juga Kitty,”Saliva hanya mendiamkan diri mendengar ayat yang meluncur keluar dari bibir Zella. Dia terlalu asyik menyelak buku tersebut. Tiba-tiba...

“Betul kata Zella, halaman belakang banyak yang kosong,” ujar Saliva dengan perlahan. Tangannya masih lagi menyelak buku tersebut.

“Haa.. Zella dah beritahu tapi tak percaya. Tengok.. kan betul cakap Zella. Mata Zella tak mungkin salah tengok. Itulah Zella dah beritahu kakak 3 tahun lepas. Baru sekarang kakak nak percaya,” balas Zella dengan bangga apabila dia dapat membuktikan bahawa matanya tidak salah tengok. Saliva pula hanya mampu mengerutkan dahinya dan mengetap bibir. Dia berjalan dengan perlahan menuju ke katil sambil memandang buku yang berada di pegangannya itu. Dia duduk di atas katil tersebut dengan perlahan.

“Pelik.. Kenapa halaman belakang banyak yang kosong? Sepatutnya semua halaman ada tulis sesuatu,” guman Saliva perlahan. Zella hanya memerhatikan kakaknya, manakala Kitty begitu asyik menggeselkan badannya pada kaki Zella.

“Tak mungkin buku ni, buku palsu. Tak mungkin. Buku ni hanya ada satu sahaja di dunia dan buku yang menjadi rebutan. Bonda yang simpan buku ni. Jadi tak mungkin buku ni, buku.... palsu,” Pening kepala Saliva mencari jawapan di atas sebab kekosongan halaman di belakang buku itu.

*****

“Macam mana buku ni tidak di lilit? Kenapa halaman belakang buku ni kosong?” Dua soalan tersebut berlegar-legar di dalam kepala Saliva. Dia berjalan ke hulu-hilir memikirkannya.

“Kakak, boleh duduk tak? Macam kucing nak beranak aje kakak ni. Kalau ya pun nak cari jawapan, duduklah dulu, fikir! Ini tidak, ke hulu hilir berjalan. Mahu roboh lantai ni nanti sebab tak larat nak tampung berat kakak,” Zella berasa rimas melihat kakaknya yang tak senang duduk dari tadi. Saliva terus duduk di atas lantai apabila adiknya menegurnya. Dia masih lagi belum dapat jawapan yang di carinya.

“Ok.. Masa Zella tidur tadi, ada tak sesiapa masuk bilik akak?”

“Akak? Kita hanya berdua aje dekat dalam rumah ni. Ibu pula di tempat kerjanya,”

“Zella yakin ke tak ada sesiapa yang masuk bilik akak tadi?”

“Ya, Zella yakin. Lagipun selain kita berdua, Kitty pun ada sekali dekat dalam bilik akak. Dia merayau-rayau dekat dalam bilik kakak tadi.”

Tiba-tiba, Saliva tepuk tangan, “Entah-entah.. Kitty tu kunci untuk membuka buku Secret Glose.”

“Ish.. apa yang akak merepek ni? Kitty ni hanya kucing yang berbaka Zenon. walaupun dia unik daripada semua kucing lain, tapi dia ni hanya haiwan peliharaan Zella. Kitty mana ada kuasa untuk membuka buku tu,” bantah Zella apabila kakaknya mengatakan bahawa Kitty adalah kunci. Kelakar!

“Habis tu, siapa lagi yang ada dekat rumah selain kita bertiga?” Zella terdiam mendengar soalan Saliva. Dia tidak tahu hendak cakap apa.

“Tapi Kitty hanya seekor kucing yang unik. Tak lebih dari tu. Lagipun tak mungkin haiwan merupakan kunci untuk sesuatu benda. Kelakarlah akak, kelakar.”

“Disebabkan dia unik, kakak yakin dia merupakan kunci untuk membuka buku ni,” Saliva menunjukkan buku yang terbuka di meja. Zella hanya memandang sahaja. Buku tersebut langsung tidak di tutup oleh kakaknya kerana takut di lilit lagi sekali.

“.... dan disebabkan tidak ada orang buatlah, bonda buat begitu. Supaya kuncinya lain daripada lain,” sambung Saliva, mempertahankan pendapatnya.

“Kalau Kitty ni kunci untuk buka buku tu, Zella nak kakak buktikan,” balas Zella sambil memberi Kitty kepada kakaknya. Saliva menyambut Kitty dan dia mengusap lembut bulu Kitty yang lebat itu.

“Kakak tak dapat buktikan. Mungkin suatu hari nanti akak dapat buktikan,” ujar Saliva dengan lemah.

p/s : Tak tawlah oke ke tak..

kumako Publish time 20-11-2011 04:31 PM

Revenge 6 : The King Kingdom.

“Bolehkan Zella tolong akak?” Saliva memandang muka Zella dengan pandangan sayu. Zella mengetap bibirnya. Dia takut untuk menolong kakaknya.

“Kenapa kakak nak pergi ke King Kingdom? Apa yang akak nak buat dekat sana?” Soal Zella. Dia agak keberatan hendak melepaskan kakaknya pergi ke tempat lain.

“Itu rahsia. Tapi percayalah, kakak pergi bukan sebab suka-suka. Tapi sebab ......” Saliva tidak menghabiskan ayatnya. Dibiarkan ayatnya tergantung di situ.

“Sebab apa kakak? Kalau kakak bukan pergi untuk suka-suka, kenapa kakak hendak pergi?”

“Kakak ada sebab yang tersendiri Zella, akak minta tolong sangat-sangat dekat Zella,”

“Kakak, kakak beritahulah Zella. Zella dah 11 tahun dah akak. Zella boleh faham.” Saliva memandang Zella. Kini 6 tahun berlalu dan mereka berdua membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Kitty pula sudah mula matang. Matanya tajam, begitu juga gigi dan kukunya.

“Sebab Zella dah besarlah kakak tak nak beritahu Zella. Ini merbahayakan keselamatan Zella. Keselamatan ibu. Yang perlu Zella tahu, kakak ada urusan yang harus di selesaikan secepat mungkin. Itu sahaja.” Saliva cuba menyakinkan Zella. Dia merenung ke dalam mata Zella. Tajam.

“Kakak hanya minta Zella jaga ibu baik-baik dan tolong cover akak. Kakak minta Zella beritahu ibu yang kakak tidak akan balik untuk 6 bulan mulai sekarang. Lagipun, akak percaya Zella boleh jaga ibu sebab Zella sudah boleh mengawal kuasa Zella dan menghafal mantera-mantera yang kakak suruh hafal. Cuma jangan gunakan mantera yang memakan banyak tenaga. Kalau tidak nyawa Zella akan terancam.” Di dalam kepekatan malam, mereka berdua berbual. Zella dengan berat hati bersetuju dengan semua rancangan kakaknya. Rancangan yang dia sendiri tidak tahu kecuali kakaknya.

“Terima Kasih Zella. Minggu depan akak akan pergi. Masa tu, Zella kena jaga diri Zella dan ibu. Tak lupa juga Kitty. Kakak akan balik lepas 6 bulan,” Selesai berkata demikian, Saliva bangkit dari sofa dan pergi masuk ke biliknya. Zella melepaskan nafasnya dengan kuat. Dia juga turt beredar masuk ke dalam biliknya selepas beberapa saat mendiamkan diri.

*****

Saliva menyapukan jem pada roti dan memakannya. Manakala Zella hanya duduk menopang dagu. Dia melepaskan nafasnya dengan berat. Saliva menjeling tajam ke arah Zella. Ibu mereka memandang pelik ke arah Zella.

“Zella ada masalah ke Zella? Pelik ibu tengok. Asyik termenung aje. Kenapa? Zella dah jatuh cinta ke?”

“Ish.. ibu ni. Ada pula jatuh cinta. Zella Cuma pening sikit aje bu. Biasalah, cuaca sekarangkan panas,” ujar Zella bersama-sama dengan sengihan.

Mak Cik Gin mengerutkan dahinya seraya bertanya, “Zella demam ke Zella? Cuaca mana ada panas bulan ni. Sejuk aje cuaca bulan ni,” balas Mak Cik Gin. Dia meletakkan belakang telapak tangannya ke dahi Zella.

“Ibu rasa Zella punya dahi taklah panas sangat. Suam-suam aje. Zella fikirkan apa sebenarnya?”

“Eh, ye ke cuaca sejuk? Zella ingatkan panas.. Err... mungkin sebab cuaca sejuk, sebab tu Zella pening kepala. Errr... Zella memang tak ada masalah pun ibu.. Aaaa... Percayalah!” Tergagap-gagap Zella mencari jalan keluar. Dia perasan mata kakaknya, Saliva asyik menjeling tajam ke arahnya. Mahu gugup dibuatnya. Kalau salah cakap, gerenti kakaknya marah. Pening-pening. Zella tiba-tiba bangun dari kerusi dan berkata, “Ibu, Zella nak rehatkan kepala Zella dekat bilik.”

“Eloklah tu, pergi cepat. Rehat secukup-cukupnya tahu.”

“Betul kata ibu tu Zella. Rehat dengan cukup tahu. Nanti kakak teman lepas kakak sudah makan,” ucap Saliva sementara tangannya dengan lincah menyapu jem pada roti. Zella menarik senyum nipis lalu pergi dari situ.

kumako Publish time 26-11-2011 01:47 PM

“Betul ke kakak nak pergi ke King Kingdom? Kakak pasti? Kakak yakin?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zella. Dia takut jika sesuatu yang buruk berlaku kepada kakaknya.

Saliva menghela nafas sebelum menjawab, “Kakak yakin dan pasti untuk pergi ke King Kingdom. Siapa lagi yang nak pergi ke sana kalau bukan kakak? Kamu? Kamu kecil lagi Zella. Kamu masih belum tahu mengawal kuasa sepenuhnya. Mantera pun kamu tahu sedikit sahaja,” keluh Saliva. Zella hanya mendiamkan diri sahaja.

“Zella bukan nak pergi, Zella Cuma risaukan kakak. Boleh ke kakak survive dekat sana?” Zella akhirnya meluahkan kerisauan yang melandanya. Saliva memandang Zella dengan senyuman yang tawar.

“Kakak boleh survive dekat sana. Kakak tahu apa yang perlu kakak buat. Zella jangan risau ya, sayang.” Saliva mengelus rambut Zella dengan lembut. Adiknya itu belum belajar ke semua jenis magic. Dia cuma belajar Fairy Magic iaitu magis yang memang untuk penduduk Fairy Kingdom. Dirinya pula sudah menguasai Fairy Magic, Dark Magic dan Healing Magic. Ada sesetengah magis yang dia belajar dengan sepintas lalu kerana terlalu menumpukan pada Dark Magic.

Magis tersebut adalah magis yang dikatakan kejam kerana magis tersebut boleh menarik semangat seseorang untuk hidup. Lagi-lagi kepada sesiapa yang terkena dan mempelajari magis ini. Jika seseorang hendak mempelajari magis ini, mereka perlu mempunyai semangat yang tinggi dan berani menempuh segala dugaan untuk menguasai Dark Magic. Selama 2 tahun setengah dia cuba untuk menguasai magis tersebut. Usahanya membuahkan hasil walaupun magis tersebut susah di kawal. Semua magis tersebut di pelajari di dalam buku Secret Glose. Dia tidak pernah menutup buku tersebut selama 6 tahun selepas buku itu terbuka. Mereka masih tidak tahu kunci untuk membuka buku tersebut. Semua jenis mantera dan potions di salin di dalam bukunya yang telah di sihir.

Setelah lama mereka mendiamkan diri, Saliva bersuara. “Oklah, kakak nak pergi bersiar-siar. Nak ikut ke tak?” Zella mengangguk kepala lambat-lambat. Dia tidak mahu memikirkannya lagi mengenai rancangan kakaknya itu.

Tiba-tiba Zella terfikir sesuatu, dia pantas mencapai lengan kakaknya sebelum kakaknya berdiri. Lalu dia berkata, “Macam mana kakak hendak pergi ke King Kingdom?” Tanya Zella pelik bercampur hairan. Saliva mengulum senyuman.

“Cara yang sama kita sampai ke sini,” balas Saliva pendek. Zella tersentak. Dia memandang cermin yang berada di bilik Saliva. “Cermin?” soal Zella perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya. Saliva menganguk kepala. Kenangan lama menerjah ke dalam ingatan masing-masing. Kenangan silam yang cukup pahit untuk di ingati. Kenangan yang sudah lama mereka padam dari ingatan mereka. Kenangan yang melukakan! Suasana sepi mula menyelubungi bilik Saliva.

*****

Hari yang di nanti-nantikan oleh Saliva dan di benci oleh Zella sudah menjelang tiba. Saliva mengemas semua pakaiannya dan barang-barangnya. Dia menyumbat semua barang tersebut di dalam beg pakaian berwarna hitam yang besar. Buku Secret Glose di tinggalkan di biliknya. Dia tidak mahu menanggung risiko jika buku tersebut terjatuh ke tangan orang yang salah. Mereka berdua dan juga Kitty berkumpul di bilik Saliva. Ibu mereka sudah awal-awal pagi keluar rumah kerana urusan kerja. Kitty duduk di sebelah Zella di atas katil. Zella memerhatikan kakaknya berkemas dengan penuh sayu.

“Zella..” Saliva memanggil Zella. Zella cepat-cepat memandang muka kakaknya itu.

“Kenapa ni? Kakak tak nak tengok kamu macam ni. Kakak janji lepas 6 bulan kakak akan balik ke rumah.” Zella mengeleng kepala dan berkata, “Tak ada apa-apa akak. Cuma Zella harap kakak balik rumah dengan keadaan yang selamat. Itu sahaja.”

“Jangan risau. Kakak akan pastikan kakak balik dalam keadaan yang selamat,” Saliva meyakinkan adiknya. Zella menarik senyum. Walaupun begitu, matanya tidak mampu menipu Saliva. Saliva tidak ambil pusing tentang kesedihan yang terpacar di mata Zella. Dia harus pergi ke King Kingdom untuk menjalankan kerjanya.

Saliva melangkah ke cermin meja soleknya, dia mula membaca mantera yang pernah di baca oleh bondanya pada masa dulu.

“Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Cermin tersebut mula menjadi air dan berputar dengan laju. Saliva memandang adiknya dengan penuh kasih. Kitty juga di peluk dan di usapnya. Beg pakaiannya di pegang dengan kuat selepas di melepaskan Kitty. Zella sudah mengalirkan air mata. Dia pasti akan berasa sedih kerana kakaknya akan pergi jauh darinya.

“Ingat Zella. Zella kena berlatih untuk mengawal kuasa dan mengingati mantera-mantera. Jangan membuat latihan yang boleh memakan banyak tenaga kalau Zella belum bersedia. Itu boleh membahayakan diri Zella. Zella mungkin akan mati jika membuat latihan yang salah. Belajar satu per satu dahulu. Buku Secret Glose kakak tinggalkan. Guna buku tu baik-baik. Jaga ibu dan Kitty dengan baik. Begitu juga diri Zella. Beritahu ibu yang kakak sayangkan dia. Kakak pergi tak lama. Nanti kakak balik. Pujuk ibu supaya jangan bersedih,” ujar Saliva dengan lembut. Zella mengangguk kepala tanda mengerti. Saliva mula melangkah ke dalam cermin. Air mata Zella turun membasahi pipinya dengan lebat sekali. Esakan mula kedengaran di bibir Zella. Saliva hanya mampu mengetap bibir menahan diri daripada menangis. Dia tekad untuk melakukannya. Demi keluarga, dia akan lakukannya!
*****

Saliva membuka mata perlahan-lahan. Dia kini berada di King Kingdom. Di mana tempat yang mengajar ke semua magis. Dia sudah mengkaji mengenai King Kingdom sebelum ke sini. Suasana yang cerah dan riang membuatkan hatinya senang. Dia mula melangkah menuju ke sekolahnya, Silvery School. Langkahnya di atur dengan pantas. Kini dia berdiri di pintu gerbang Silvery School. Dia memberi senyuman kepada para penjaga Silvery School. Senyumannya di balas oleh semua penjaga Silvery School.
Pages: [1]
View full version: [U] Chronicles Of Revenge. --> Update Chapter 6 part 2


ADVERTISEMENT