purple=ungu Publish time 29-7-2011 09:39 PM

memoir by lavender [U]

Post Last Edit by purple=ungu at 5-8-2011 21:06




Izz irdina aisy binti fareed ahmad
Bilik 410
Blok kenanga

Now , you will face a new life!! Here I come.No more turning back. Go away all sad memory. Aku teringat kata-kata kat satu novel yang pernah aku baca.

“when autumn comes,
All the leaves will fall and
Leaves behind all sad stories…
When the first ray of the
Spring arrives..
Carpet of daisies will shine
And rosebud will start to
Bloom…
Giving soul a fresh and new hope
To you…..
Credit
to the writer. This quotes agak memotivasikan aku lah..tutup buku.
Kena buka buku baru dah. Seminggu orientasi, memang terseksa lah aku. Benda yang aku paling tak suka bila nak mula belajar. Menatang ini lah.. ORIENTASI.. benda yang paling bebudak junior tak suka tapi paling disukai senior lah. Siapa tak suka kalau dapat peluang buli orang. Memang bahagia tahap tak ingat lah tapi beringat lah kalau nak buli pun. Tak payah lah suruh buat perkara yang tak masuk dek akal aje. Ada ke suruh tiup kipas sampai berpusing, tiup lampu kalimantang sampai menyala. Itu kerja gila namanya. Sampai berjanggut pun takakan dapat. Guna akal logic lah sikit. Nasib baik ada senior yang baik hati tolong buka suis kipas dengan lampu. Sebelum bergegas turun kat dataran hostel,mata aku sempat tengok jadual masa minggu orientasi. Lepas breakfast ini ceramah daripada pengetua. Aiyoo.. masalah betul. Aku dah dapat bayangkan betapa bosan yang amat nanti. Ceramah yang standard for new student. Telinga aku dah lali dengar ceramah jenis ini..boleh buat aku nak termuntah aje. Ini baru aje orientasi, aku tak dapat bayangkan life aku untuk setahun kat sini.Hope life well. May Allah bless. Insya-Allah.











































































Alhamdulillah aku dah selamat menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Semoga ia akan berpanjangan hinggalah nyawa aku kembali kepada-Nya. Pukul 3 nanti dah kena ada kat dewan dah. Rasa nak tercabut aje nyawa ini. Kalau dekat tak apa lah juga,ini mau berpeluh jugak nak sampai kat sana. Aktiviti memang non- stop lah sepanjang minggu orientasi ini. Bila lah nak habis malapetaka ini. Tak saba rrasanya nak tunggu minggu orientasi ini nak habis. Baru ada masa nak bernafas sikit. Ini masuk aje bilik dah dekat pukul 1 pagi, mata pun dah nak tutup. Tak ada masa langsung nak buat sesi ice-breaking dengan roommate-roomate aku sekalian. Masing- masing dah set mind nak landing atas katil aje bilik dah sampai bilik.Ingat kitorang ini robot ke?? Pukul 5.30 pagi dah kena ada kat masjid dah untuk sembahyang subuh berjemaah. Memang lah aku dah biasa dengan sembahyang berjemaah ini tapi tak ada lah awal sangat jejak masjid. Pukul 6.15 pagi itu dah kira awal lah walaupun terlepas imam pertama. Yang penting pergi biar lewat pun daripada tak pergi langsung. Biasanya kalau terbabas pun sekali sekala ajelah terutamanya hujung minggu sebab stay up sampai lewat malam. Masa itu ajelah kalau nak stay up lama-lama sampai pukul 4 pagi pun sebab esok tak sekolah.Kalau time hari sekolah,kirim salam lah sebab nanti mengantuk dalam kelas. Tak faham pulak apa yang cikgu ajar. Sia-sia aje aku pergi sekolah hari itu.
Kring! Kring!. Jam siapa pulak yang memekak ini,ganggu aku nak tidur aje. Rasa nak makan orang hidup-hidup aje sekarang.Dah badan penat,tidur tak cukup. Memang mood rasa nak maki- hamun orang ajelah. Selepas aku melelapkan mata sekejap, kedengaran pula nada Waitin’ for you nyanyian Mizz Nina daripada telefon bimbitku. Argh!!. Dah pukul 5 ke? Baru sekejap rasanya aku tidur. Wuaa.. malasnya nak bangun. Masa aku masuk bilik mandi tadi, dah ramai yang siap mandi. Nasib baik, kalau tak kena berebut pulak. Aku memang lemah kalau bab-bab menunggu ini. Aku surrender awal-awal lagi. Kalah tanpa bertanding. Aku mandi sekejap aje sebab sejuk sangat,tak tahan aku nak mandi lama-lama sangat. Lagipun aku dah lewat. Kang mandi lama-lama tak pasal aje kena ceramah free dengan senior. Dah lah sorang-sorangtu garang macam singa betina aje. Nak pandang muka pun takut. Nampak macam tak mesra alam aje. Kalau senyum tak ke sikit punya manis. Senyum itu sedekah cik kak oii, jadi maniskanlah muka tu selalu. Tak lah macam asam jeruk jual kat pasar malam itu. Jeruk kat pasar malam pun lagi manis tau tak.









Alamak!.Kena buat senaman pulak pagi-pagi ni. Memang menyeksa jiwa dan raga lah. Mau seminggu sakit badan lepas buat aerobic ni. Lepas tu mulalah jalan macam nene ktua aje. Dulu tak apalah sebab duduk ground floor,sekarang duduk kat singgahsana kayangan. Memang jalan terkangkang-kangkang macam nenek tua ajelah. Nak hilang rasa sakit tu ambik seminggu jugak lah. Siapa suruh tak buat senaman tiap-tiap hari masa cuti spm hari itu,ini tak asyik bina badan aje kat rumah. Bua tperabis beras kat rumah aje. Tapi nak buat macam mana kan, masa itu aje lah kalau nak balas dendam pun. Masa kat sekolah.tidur tak pernah nak cukup.Homework memanjang aje banyak. Sampai dah rasa macam setinggi gunung Everest aje. Itu baru Sembilan subjek, kalau lebih tak tahu lah. Sembilan itu pun dah buat aku rasa nak putus nyawa. Macam mana orang yang ambik subjek banyak-banyak belajar. Tak paham aku. Kitorang kat sbp tak boleh ambik subjek lebih sebab nak jaga prestasi sekolah. Mangkuk hanyun giler!!!!!!!!!!!!!!!. Pengumuman tadi memang buat kepala aku berasap giler. Hangin satu badan aje. Ada ke siapa-siapa yang duduk kat katil atas kena pindah blok lain. Memang tak masuk akal langsung. Kut yer pun nak pindah,bagilah notis awal-awal. Ni tak tengahari tadi bagitahu,tengahari itu jugak nak kena pindah. Agak-agak lah. Ingat barang aku ringan macam kertas ke. Masa nak datang sini pun datang dengan dua buah kereta sebab nak angkut barang aku punya pasal lah. Beg baju aje dah dua bagasi besar,tak masuk dengan benda-benda lain lagi. Parents aku geleng kepala aje tengok barang-barang aku. Itu baru study dalam Malaysia,kalau study kat oversea tak tahu lah aku. Agaknya kena sewa satu flight nak angkut barang-barang aku aje.
Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat barang aku.
Time packing rasanya macam sikit aje tapi masa nak pergi punyalah banyak. Sampai kan aku pun terkejut tengok barang aku. Gaya macam nak pindah rumah aje. Abang aku siap perli aku suruh bawak dengan almari-almari sekali. Katanya senang sebab tak payah packing. Memang nak kena lah abang aku tu. Macam lah dia dulu tak macam tu. Kot- kot lebih dari aku. Bukannya boleh kira sangat abang aku yang sorang tu,kelentong aje yang lebih. Sepuluh dia cakap satu aje yang boleh percaya. Walau macam mana dia sorang aje abang yang aku ada. Dia aje lah pengarang jantung,buah hati, intan payung aku. Tempat aku meluahkan segala perasaan aku. Dia selalu ada untuk aku. He always beside me whenever I need him. I love my brother. Sudah- sudah lah mengelamun Aisy oii.Baik kau kemas barang-barang kau sekarang jugak,nanti tak sempat pulak. Pelajar yang kena pindah blok lain dikecualikan daripada aktiviti sukaneka pada petang ini. Ini yang buat aku frust giler. Aku punya semangat nak main, tapi tak boleh pulak. Ini semua kena pindah punya pasal lah. Bala betul!!!. Buat menyusahkan hidup aku yang sedia ada susah ini. Berkerut dahi fikir macam mana nak angkat barang yang maha banyak ini. Mau mati berdiri aku kalau angkat barang ini banyak-banyak. Dah lah blok yang aku kena pindah itu sikit punya jauh. Kena rentas kafe baru sampai. Yang paling aku tak boleh terima ialah blok aku yang baru itu betul-betul sebelah blok lelaki. Wei! Macam tak ada blok lain ke??.Nak bagi girls duduk tepi blok lelaki macam nak menempah bala aje gayanya. Boys sure suka lah sebab nanti boleh skodeng girls. Memang kena jaga segala adab sopan santun lah kalau duduk kat blok itu. Tak boleh nak pakai over-over sangatlah. Hiish!! Ini buat yang aku berangin ini.

shana85 Publish time 29-7-2011 09:49 PM

nak tanya ni sambungan citer tdke? nape x sambung kat thread yg ada jer???

purple=ungu Publish time 29-7-2011 11:16 PM

ada2..nanti sy ltk balik kat thread lama
Pages: [1]
View full version: memoir by lavender [U]


ADVERTISEMENT