hitman4hire Publish time 20-7-2011 10:47 AM

City Transformer Online

Post Last Edit by hitman4hire at 20-7-2011 10:55

City Transformer Online - Akan Datang pada bulan July!

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lkelco1j594rp11kq80g1ai93.jpg

City Transformer Online adalah permainan 3D MMORPG yang dibangunkan bersama oleh 9you dan Shanghai Sungame Online Entertainment Co. Ltd. dan diterbitkan oleh YouGame.

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1dunm6f1gue1omv20d19.jpghttp://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u11vm1ikogmb1iovah4j.png

Permainan ini membawa anda menyelami dunia moden yang dimana reka bentuk, persekitaran, watak dan perwatakannya telah dipengaruhi oleh elemen futuristik. Pengembaraan yang mengujakan dan penuh misteri menanti semua yang ingin mencipta dunia era baru sebagai pahlawan dunia moden.

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgerc7lsi12en1kpf1cmj6p53.png http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1ac314e11180pns1lqin.jpg
http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcda51nol1ii7n9a1t821j263.png

Selain daripada memaparkan kualiti terbaik dalam penghasilan grafik yang hanya boleh didapati daripada produk generasi terbaru, permainan ini juga telah diadaptasi dan diperkembangkan lagi reka bentuknya. CTO bukan sahaja merangkumi corak permainan permainan MMORPG terkini, bahkan pelbagai elemen inovatif telah ditambah bagi mencapai objektif bagi menyediakan hiburan bernilai tinggi berbanding permainan online yang lain.

1.0 Persekitaran Futuristik yang mengagumkan
1.1 Transformer
1.2 Raksasa Unik
1.3 Peralatan Inovatif dan Futuristik
1.4 Kesan Khas Kemahiran yang Istimewa

2.0 Kelas Pahlawan bagi City Transformers Online
2.1 Warrior
2.2 Mechanic
2.3 Assassin
2.4 Guardian
2.5 Manipulator
2.6 Infestor

3.0 Ciri-Ciri City Transformer Online <Akan Datang>
3.1 'Transform!'
3.2 Paparan Muka Peta pelbagai Fungsi
3.3 sistem tunjuk arah automatik amat mudah
3.4 Jadual Acara Harian Sedia Ada
3.5 Sistem Pencarian Parti
3.6 Paparan Informasi Item yang Jelas
3.7 Simpanan Pengubahsuaian Profil Pemain



1.0 Persekitaran Futuristik yang mengagumkan

City Transformer Online berkisar pada dunia masa hadapan setelah berlakunya malapetaka di mana peperangan sedang melanda dan manusia telah berjaya menemui teknologi dalam pembinaan jentera dan tentera robotik.

1.1 'Transform!

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u11vm1ikogmb1iovah4j.png http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1k43pof0v1l2ctttk.jpg

Di City Transformer Online, teknologi terbaru di dunia moden membolehkan pemain bertukar menjadi Robot dengan kuasa berganda bagi menumpaskan raksasa dunia moden.

1.2 Raksasa Unik

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v4u2f4efcqd2offd11.jpg

Mencipta suatu kelainan daripada raksasa kebiasaan MMORPG, City Transformer Online memberi peluang kepada pemain untuk bertempur dengan raksasa unik dan baru. .

1.3 Peralatan Inovatif dan Futuristik

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1a6915sr1h4g117mp398.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1gqi1o2h1ugh1j0q16rh9.jpg

Lengkapi diri anda dengan peralatan dan senjata yang berciri futuristik yang mampu menumpaskan sesiapa atau apa sahaja yang menghalang perjalanan anda yang penuh cabaran.

1.4 Kesan Khas Kemahiran yang Istimewa

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v18451ia315an1und1ckc14.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vm3n1huq1f4u1jkljca15.jpg

Tumpaskan musuh-musuh yang berbentuk mesin atau robot berupa manusia dengan kemahiran yang membawa kesan dramatik lagi mengagumkan.

2.0 Kelas Pahlawan bagi City Transformers Online

2.1 Warrior

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u196l1oka18ot2351f78f.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vosa83akef186a1h08u.jpg

Pahlawan kelas Warrior mempunyai kebolehan yang mengagumkan dalam penggunaan pelbagai jenis senjata dan baju kebal bagi pertempuran jarak dekat. Warriors mampu mempergunakan kuasa istimewa sesuatu bahan dengan menukar tahap graviti bagi mencipta medan graviti yang menampung serangan fizikal. Warrior juga mampu memberi impak yang tinggi dari segi serangan dengan mempengaruhi tahap graviti.

2.2 Mechanic

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1dg5lcf61qol91guhh.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1l9g1ihs1mc113cf132010.jpg

Pahlawan kelas Mechanic berbakat dalam operasi penggunaan semua jenis senjata api, dan juga dilengkapi dengan sut keselamatan diperbuat daripada tekstur besi yang teguh dan ringan. Mereka mempunyai kuasa mengubah aturan molekul sesuatu bahan yang boleh merosakan atau menyakiti yang hidup. Dengan menukar susunan molekul sesuatu bahan, ia boleh menjadi hilang kawalan, kurang kuasa dan juga rosak sepenuhnya.

2.3 Assassin

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1se2k711uv1af25uic.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vfgv4r1hbi1gfj1c74r.jpg

Pahlawan kelas Assassin bergantung sepenuhnya kepada kepantasan dan keanjalan kerana mereka lebih gemar meggunakan senjata tempur yang merbahaya seperti belati dan kerambit. Assassin memakai pakaian yang mengikut tubuh badan mereka dengan bahan yang mampu menyerap dan menyimpan haba dan cahaya. Dengan kuasa istimewa menukar pantulan molekul dan pakaian istimewa itu, mereka mampu bersatu dengan persekitaran mereka. Disebabkan kebolehan kuasa mereka yang terhad, Assassin menumpukan latihan mereka pada penggunaan senjata dan seni pertempuran satu lawan satu. Maka kebolehan halimunan mereka menjadi lebih berguna bila besemuka dengan musuh.

2.4 Guardian

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1gem169p1lv81fqh1pnqg.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vj2nrkl1n4caqu7ttv.jpg

Pahlawan kelas Guardian pada kebiasaannya menggunakan peralatan yang tercanggih dan memakai pakaian yang mempunyai kuasa misteri yang meningkatkan lagi kuasa mental mereka yang mampu memanipulasi fungsi kuasa dan kehadirannya didunia. Mereka mampu mengawal medan tenaga, mikrob dan kuasa elektromagnetik bagi menyerang atau menguatkan sesiapa sahaja dengan pantas. Malahan, Guardian mampu menyembuhkan individu yang lemah dengan kuasa mengawal tenaga mereka.

2.5 Manipulator

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5u1kot1o0j1104uqi1igee.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vtjt8fs1f6h1j2p2vet.jpg

Pahlawan kelas Manipulator menggunakan pelbagai jenis senjata kerana fleksibiliti mereka dalam kepakaran mengendali semua aspek pertempuran. Dengan kuasa mengawal kesemua jenis tenaga di dunia, mereka mampu mengawal apa sahaja untuk bertindak mengikut arahan mereka. Ini merangkumi keupayaan mengawal tenaga cahaya, tenaga kegelapan, elektromagnetik dan lain-lain bagi melakukan apa yang mereka ingini di medan pertempuran.


2.6 Infestor

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5uu981t41o37svtkved.jpg http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5vdg11kd1l6l131ccv2s.jpg

Melalui kuasa penumpuan kebolehan mental, pahlawan kelas Infestor mampu membawa kesan kepada sistem saraf sesuatu hidupan yang kemudian menyerang keupayaan menyerang pihak lawan. Infestor mampu memberi efek pelbagai pada pihak lawan yang memerlahankan mereka, membuat mereka hilang tumpuan dan lain - lain. Infestor tahap tinggi juga mampu memanipulasi sesuatu hidupan untuk lawan bagi pihak mereka pada suatu jangka masa.

hitman4hire Publish time 27-7-2011 03:11 PM

Post Last Edit by hitman4hire at 27-7-2011 15:20

3.0 Ciri - Ciri City Transformer Online

3.1 Transform!

http://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1dunm6f1gue1omv20d19.jpghttp://images.cibmall.net//uploaded/images/p160lgcn5v1anrj77s7kctdmaf18.jpg

Dalam mode normal di mana pemain berbentuk manusia, transformer akan berada dalam bentuk mudah alih dimana ia akan sentiasa berlegar berdekatan dengan pemain bagi menawarkan kelebihan tambahan.
Dengan sedikit kerja keras, Transformer itu boleh berubah bentuk menjadi pelbagai bentuk kenderaan yang memudahkan pergerakan pemain.

Semasa di medan pertempuran, jika diperlukan pemain dan transformer boleh bersatu menjadi watak Robotik yang mempunyai kuasa luar biasa dan juga memulihkan kuasa dan tenaga pemain pada masa yang sama walaupun hanya bertahan dalam suatu jangka masa sahaja.

hitman4hire Publish time 9-8-2011 10:06 AM

Penutupan server "Alpha Test" City Transformer Online

Adalah dimaklumkan bahawa pada 9hb Ogos, 2011, 12pm (GMT+8), server "Alpha Test" akan ditutup. Pemain-pemain tidak akan boleh memasuki ke dalam City Transformer Online selepas waktu yang telah disebutkan.

Permainan itu akan dinaik taraf sebelum memasuki fasa "Close Beta".
Pages: [1]
View full version: City Transformer Online


ADVERTISEMENT