Komrade Publish time 15-7-2011 01:14 AM

Tentera anti rusuhan

Post Last Edit by Komrade at 15-7-2011 01:15

Salam, jom bincang pasal kelengkapan tentera sekiranya atm dikerah untuk mengawal rusuhan, rasanya kelengkapan anti rusuhan memang sudah dicipta oleh syarikat tempatan..


rujuk:http://www.youtube.com/watch?v=FAqt1tWVtMU


p/s; topik ni tak ada kena-mengena dgn perhimpunan Bersih yea..

tempur Publish time 15-7-2011 10:00 AM

Kira moden la gak teknologi kita ni kan..... sesuai utk FRU ni...




http://petuaorangkita.blogspot.com

razhar Publish time 15-7-2011 12:54 PM

tugas membasmi rusuhan adalah tugas PDRM...tolong jangan heret ATM dlm menagani rusuhan..tugas menjaga keselamatan dalam negara terletak atas bahu PDRM...sekian...

razhar Publish time 15-7-2011 12:55 PM

melencong sangat..aku suh lock je..sekian..

Komrade Publish time 15-7-2011 01:11 PM

tugas membasmi rusuhan adalah tugas PDRM...tolong jangan heret ATM dlm menagani rusuhan..tugas menja ...
razhar Post at 15-7-2011 12:54 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    rusuhan tidak semestinya tugas pdrm..rusuhan yg dimaksudkan bukan atas dasar politik, rusuhan juga boleh berlaku sekiranya ada pemberontakan bersenjata seperti ada golongan yg membawa ideologi sehingga mengangkat senjata utk memprotes dan mengulingkan negara, bila ini terjadi adakah pdrm sahaja yg terlibat?? atm juga turut terlibat, atm juga mempunyai peranan semasa aman dan perang. Perang yg dimaksudkan bukan sahaja melibatkan 2 negara, dalam negara pun boleh berperang, kalau tidak masakan ada negara spt Korea selatan dan korea utara?? mungkin juga akan ada Malaysia Utara dan Malaysia selatan!! semua ini melibatkan musuh dalam selimut...

Komrade Publish time 15-7-2011 01:15 PM

topik ni pun just nak bincang pasal kelengkapan persenjataan je, bukan pasal siapa punya tugas...tp kalu mod rasa topik ni tak sesuai kasi lock je la topik nih....sekian

razhar Publish time 15-7-2011 01:17 PM

Reply 5# Komrade

rusuhan tu adalah gangguan dalam negeri..so adalah tugas PDRM....tugas ATM ialah untuk menjaga negara dari ancaman luar..tu tugas utama tentera...PDRM sudah ada banyak anggota..PGA ada...VAT 69 pon boleh kerah...sekian....

Komrade Publish time 15-7-2011 01:29 PM

ReplyKomrade

rusuhan tu adalah gangguan dalam negeri..so adalah tugas PDRM....tugas ATM ialah...
razhar Post at 15-7-2011 13:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau atm hanya menjaga gangguan dari luar, kenapa atm pun dlm mod standby bila ada rusuhan?? perlu diingat, bentuk peperangan masa kini bukan sahaja dari luar malah dari dalam pun, byk musuh2 dari luar telah lama masuk ke dlm negara dan menyusun strategi utk membuat gangguan dari dalam, pasal tu risik atm berkeliaran dlm negara utk mencari musuh2 ini, kita sudah belajar dari ww II, jepun dah lama bertapak di tanah melayu dan membuat risikan...sebelum serangan besar-besaran keatas tanah melayu, Jepunmula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira 70hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu ....sekian

tempur Publish time 15-7-2011 03:01 PM

Darurat dikuatkuasa oleh Tentera bukan polis...itu pasal depa stand by

razhar Publish time 15-7-2011 04:33 PM

Reply 8# Komrade


Rusuhan dan peperangan dibandar tu SAMA ke,inche????:lol:ATM hanya boleh ambik tugas PDRM bila Darurat di istihar kan dimana kuasa civvie diambik balik...so once again..kalo nak heret ke politik or nak kait kan dgn demo aman dulu..baik mod lock je...ko tak bleh ikut stail muntri pondan yg x pernah alami dunia tentera tu..dia tu gila populariti...ATM dan PDRM sudah ada tugas masing2..so x yah civvie semua duk mintak ATM campur tangan dalam urusan2 PDRM...adalah satu kesilapan membenarkan ATM melibatkan diri.. any more.. C.C.I.B.U.A tu bukan demo la inche....

razhar Publish time 15-7-2011 04:37 PM

keadaan kalut bila muntri pondan tu cuba mengajar ATM untuk sama2 'menjaga' demo aman...dia sepatut nya blajar ada nya sempadan antara tugas dan fungsi ATM dan PDRM...

razhar Publish time 15-7-2011 04:38 PM

Risikan tu kira share la...tetapi adalah tugas SB untuk eliminate puak2 subversif tu...

razhar Publish time 15-7-2011 04:40 PM

so adakah pihak BOMBA pernah membuat tugas PDRM? tu contoh la aku bagi...:lol:Setiap agensi ada tugas dan sempadan masing2....that's why aku kata ada bau2 ikan je thread ni....:lol::lol:

robotech Publish time 15-7-2011 06:46 PM

Maaf, Razhar ..... pihak Bomba memang main peranan dalam perhimpunan BERSIH, dibelakang tabir ... membekalkan air untuk bekalan 'water-cannon' FRU.

Eehemmm, untuk makluman, ATM terutama TD memang diletak dalam keadaan berjaga2 terutama ketika episod BERSIH & yang sekutu dengannya.

Sekiranya PDRM gagal mengawal keadaan, unit2 infantri TD akan mengambil alih ... dan akan bergema ... "Sila berundur .... jangan mara kalau tak kami tembak!!!"

Saya penah tengok latihan kawalan tunjuk perasaan oleh TD masa kat Sarawak dulu ... pas habis demo latihan, deme cakap ... konpem kalau ada perusuh tak dengar cakap ... banyak le mayat bergelimpangan kena tembak kat jalanan.

hyazinth79 Publish time 15-7-2011 07:09 PM

askar terlibat menangani rusuhan mmg ada , malah setiap anggota tentera yg terlibat dgn misi UN mmg diajar teknik anti rusuhan bg mengelakkan kejadian tak diingini , jadi konsep dia mudah je , dan mmg unit TD diletakkan dlm stand by mode masa demon buat hal hr tu . malah unit kat PD pun sedia waktu tu .

robotech Publish time 15-7-2011 07:18 PM

malah unit kat PD pun sedia waktu tu .

Ehh, member aku kat kem army Gemas pun di suruh standby hari tu ...

Says a lot jugak kan ....

Komrade Publish time 15-7-2011 07:36 PM

ReplyKomrade


Rusuhan dan peperangan dibandar tu SAMA ke,inche????ATM hanya boleh ambi ...
razhar Post at 15-7-2011 16:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

what ever la...gua ni hanya org awam yg keja kilang je...minat nak join army..tp mata rabun...apa pun memang betui, atm tidak boleh diheret masuk ke kancah politaik....peace!!:flex3:

MaxSteel Publish time 15-7-2011 08:53 PM

Post Last Edit by MaxSteel at 15-7-2011 20:55

Asalamualaikum wbt nak celah sikit... apa yang aku fikir dalam otak 2 sen aku memanglah tugas Polis adalah untuk menjaga keamanan dalam negara dan pasukan polis juga ada terlibat ikut sama misi pengaman ke luar negara.. tetapi pengelibatan ketenteraan di Malaysia adalah lebih menyeluruh bukan saja dalam negara tetapi juga luar negara didalam menjaga keamanan. tidak hairan kalau tentera juga akan terlibat sama didalam mengamankan sesuatu suasana seperti yang berlaku seperti di Thailand. Aku adalah civvie yang menyokong kuat kemampuan ATM... & PDRM!

malberi8 Publish time 16-7-2011 01:44 AM

what ever la...gua ni hanya org awam yg keja kilang je...minat nak join army..tp mata rabun...ap ...
Komrade Post at 15-7-2011 07:36 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   sebenarnya PDRM takde menyebelahi mana2 pihak...depa dah angkat sumpah untuk menjaga keamanan negara ... dah keje POLIS untuk menyuraikan geng2 yg berdemontrasi nih.. kalau dah tak reti bahasa nak pi melawan pulak tanggung sendiri la kalu belantan naik tengah belakang.... dan askar tu standby kalu2 keadaan menjadi tak terkawal dan menjadi huru hara maka perintah darurat akan dikeluarkan .. masa tu tugas Polis akan diambil alih oleh ATM, paham2 je la bila dah perintah berkurung diistiharkan maka ada la yg makan peluru.
tugas ATM juga adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara cuma bidang kuasa berbeza.. semasa BERSIH berlangsung kedua2 Ketua ATM dan PDRM berada di bilik operasi atau command centre, ATM tunggu masa je green light dari PDRM untuk ambil alih tugas... nasib baik perkara tu tak berlaku, kalu tak lagi la haruuu

robotech Publish time 16-7-2011 11:08 AM

Post Last Edit by robotech at 16-7-2011 11:28

sebenarnya PDRM takde menyebelahi mana2 pihak...depa dah angkat sumpah untuk menjaga keamanan negara ...

Errr, itu salah tu. PDRM memihak kepada kerajaan yang memerintah. Kerajaan yang memerintah pada ketika ini adalah BN. Menjaga keamanan negara tu salah satu tanggungjawab utama dia.

dah keje POLIS untuk menyuraikan geng2 yg berdemontrasi nih

Betul ... memang setuju 100%, sekiranya itu adalah perhimpunan tanpa permit (aka haram).

kalau dah tak reti bahasa nak pi melawan pulak tanggung sendiri la kalu belantan naik tengah belakang

Kalau melawan, memang patut kena balun. Now, dalam perhatian aku, kadangkala PDRM sendiri cetuskan provokasi. Daripada pengalaman sendiri, waktu reformasi dulu, depan mata aku, polis berpakaian preman kerap menyamar sebagai perusuh yang kononnya mencetuskan masalah. Bila kantoi, mula la keluar kad kuasa & tunjuk pistol sebab orang dah keliling nak pukul dia sebab dia yang provokasi perusuh mengganas.

Ni taktik lama laaa .... lepas tu PDRM dah banyak belajar la.

Still, aku faham, PDRM mesti bertindak dengan segera menyuraikan penunjuk perasaan, whatever the cause. Jika mereka berdemo & terang2an mengganas, silakan guna kuasa sedia ada. Tapi jika yang tunjuk demo tu tak wat apa2, berarak elok, nape pi provokasi terus hantar trak water cannon, sembur terus. Polis provokasi dulu, mana la penunjuk perasaan tak marah?

Kawan aku ada rakam kejadian BERSIH 2.0. Aku tengok, PDRM memang ada guna unsur provokasi dulu. Sebenarnya, dengan strategc roadblock je, PDRM mampu kawal demonstrasi ni.

Tapi PDRM incite first wave of provocation, membuatkan penunjuk perasaan bertindak balas, sekaligus memberi alasan untuk PDRM bertindak lebih tegas lagi menyuraikannya. PDRM hanya perlu ignite source for possible counter-riot control.

Ini seumpama reverse psychology laaa ...

an askar tu standby kalu2 keadaan menjadi tak terkawal dan menjadi huru hara maka perintah darurat akan dikeluarkan .. masa tu tugas Polis akan diambil alih oleh ATM, paham2 je la bila dah perintah berkurung diistiharkan maka ada la yg makan peluru.

Huihhh, simpang malaikat 44.

ATM tunggu masa je green light dari PDRM untuk ambil alih tugas... nasib baik perkara tu tak berlaku, kalu tak lagi la haruuu

Tak payah pun sebenarnya. Saja kerajaan nak tunjuk eksyen lebih ... perang saraf je. Masa ada latihan bersama PDRM & ATM wat riot control, cuma Utusan je tepek foto tu, tapi akhbar lain mana de. Bukan kita taktau Utusan, propaganda piece untuk UMNO.

Of course la, sama cam Harakah tu propaganda piece untuk PAS laaa (kena be fair maaa)
Pages: [1] 2
View full version: Tentera anti rusuhan


ADVERTISEMENT