roti_planta Publish time 18-8-2011 10:26 AM

Post Last Edit by roti_planta at 18-8-2011 10:30

Some people
want it all
But I don’t want nothing at all
If it ain’t you baby
If I ain’t got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain’t got you, Yeah
Usai solat Subuh, Suria memanjatkan doa kepada Yang Esa memohon semoga kehidupan dia dan mama dirahmati sentiasa.
Telekung di lipat, sejadah digantung. Sepasang baju kurung berwarna hijau pucuk pisang di ambil darialmari pakaian dan disarungkan ke tubuhnya. Sedikit bedak di sapu ke wajah diikuti dengan sedikit pemerah pipi dan lip gloss untuk melembapkan bibir yang semulajadi merah. Kata mama, sewaktu mama mengandungkan dia dahulu, mama gemar sekali dengan buah delima dan kerana itu bibirnya merah umpama delima merekah.Tapi, bibir mama juga merah dan cantik tanpa sebarang calitan mekap.
Sedikit pewangi J’adore dari Christian Dior disembur di pangkal leher dan pergelangan tangannya. Jam didinding dikerling sekilas. Baru pukul 7.18. Masih awal lagi! Desis hati kecil Suria.
Sebaik sahaja kaki Suria melangkah keluar dari pintu biliknya, jantung berdegup lebih kencang dari biasa. Reaksi biasa bila Emran berada berdekatan. Bunyi telefon menandakan satu sms masuk.
+ Assalamualaikum. Good morning,my love!
Terkedu seketika apabila Suria melihat nama si penghantar sms. Dengan terketar-ketar, jari jemari Suria menekan papan kekunci Blackbeery miliknya untuk membalas.
- Wa alaikummussalam. Selamat pagi, Encik Emran.
Tak sampai 2 minit, Blackberry Suria menjerit lagi.
+ Sleep well last nite, love?
Sunyi.
Suria tidak tahu apa yang patut dia balas. Rasa kekok semakin menebal bila dia membaca sms dari Emran.
+ I can’t sleep. Mengira detik waktu utk matahari menjelma. L. You left nothing for me but I love it. J
~Ah.. mamat ni memang tahu nak beli jiwa. Tak padan dengan angin serius dia.~
Pipi yang sedia merah kerana pemerah pipi menjadi semakin merah bila membaca sms dari Emran tapi Suria masih tak mampu membalasnya.
+ You have entered my heart... And you’ll be here forever...bcoz you are my love. Jaga diri you untuk I.
Saat ini, hati Suria sudah melayang jauh. Suria mengambil masa lebih dari lima minit untuk mengembalikan jiwanya yang dibawa terbang dek kerana sms dari Emran. Terasa seperti ada kelopak mawar yang jatuh berguguran dari langit.
Senyuman yang masih bersisa mati serta merta bila dia tiba ditempat parkir kereta. Ternyata Emran bukan hanya pandai bermain kata membeli jiwa, lelaki itu juga sangat pandai memberi kejutan yang mampu membuatkan Suria diserang sakit jantung.
Sebuah Audi merah menjalar merintangi kereta milik Suria dengan pemandunya berdiri bersandar di pintu kereta. Tatkala ternampak tubuh Suria yang terkejut, lelaki itu melangkah ke arah Suria sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
“Hi,Love. Surprise?” dengan renungan yang menusuk jiwa dan senyuman yang semanis gula, Emran kelihatan lebih kepada seorang kasanova kelas atasan dari seorang arkitek.

roti_planta Publish time 18-8-2011 10:31 AM

Post Last Edit by roti_planta at 18-8-2011 10:35

Bibir yang comel kemerah-merahan di ketap kuat. Suria masih belum dapat membiasakan diri bila bersama dengan Emran. Melihatkan muka Emran yang bersahaja membuatkan Suria rasa seperti mahu menjerit sekuat hati.
“Suria…” Emran menyeru nama Suria dengan nada yang sangat lembut.
“Ermm…”
“Awak tak ubah fikiran tentang hal kita kan?”
“Ha?”
“Maksud saya, awak akan bagi saya tempoh satu bulan untuk buktikan tentang perasaan saya kan.”
“Encik Emran, sepatutnya saya yang bertanya soalan tu sebab hati dan perasaan saya yang jadi pertaruhan sekarang.”
“Insya-Allah, saya tak akan berubah. Saya tahu apa yang saya inginkan. Sejak dari hari pertama kita berjumpa, saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti awak akan menjadi sebahagian dari hidup saya. Sekiranya awak tahu betapa dalamnya rasa sayang saya pada awak, saya pasti awak tak perlukan sebulan mahupun seminggu untuk menerima saya.”
Sunyi. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan oleh Suria.Pipinya terasa hangat bila mendengarkan luahan hati Emran.
~Aduyai… mood romantic tak ingat mamat ni~
“Mulai hari ni, saya akan hantar dan jemput awak pergi dan balik kerja.” Emran mencuri memandang wajah Suria yang menunduk malu. Kesesakan yang teruk di Lebuhraya Persekutuan tidak sedikit pun dirasainya.
“Tak menyusahkan Encik Emran ke? Erlina kata Encik Emran tak tinggal di Vila Ku Mardhiah.”
“My love, tak ada istilah ‘menyusahkan’. Saya nak awak biasakan diri dengan saya. Lagi pulak,saya tak mahu berjauhan dengan ‘hati’ saya lama-lama.”
Entah kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut Emran pagi ini mengundang rasa hangat di jiwa Suria. Emran versi angau ‘overdose’ ini sangat berbeza dengan Emran yang Suria kenali minggu lalu.
“Love….”
“Ermm…”
Emran tersenyum lebar. Dia gembira kerana Suria menyahut paggilan sayang darinya. Suria yang baru menyedari keterlanjuran dia memalingkan wajah memandang ke luar tingkap.
“Malu?”
Suria mengangguk pantas. Bibir di ketap kuat menahan rasa malu.
“Can you stop calling me ‘Encik Emran’. It doesn’t sound good”
“Then, nak panggil apa?”
“Apa sahaja. Sayang ker, abang ker atau panggil Emran je pun takper. Janji takda ‘Encik’ kat depan tuh.”
~Sayang? Abang? Adehhh la….~
“ermmmm….”
“Em…Em..Emran dah breakfast?” susah rasanya lidah Suria ingin menyebut nama Emran dengan santai. Seperti mahu tergeliat lidahnya.
~Alamak, panggil nama jer. Ingat nak panggil sayang ker…. At least abang pun ok la jugak. Takper la. Emran pon Emran la dari tak panggil langsung.~
Mereka tiba di Amcorp Mall setengah jam sebelum waktu pejabat Suria bermula. Sewaktu Suria mehu melangkah keluar dari kereta, Emran menari khujung jari Suria menyebabkan Suria berpaling.
“Take a good care of yourself for me, love. I’m gonna miss you today. Assalamualaikum”
Kata-kata Emran kedengaran sangat dekat di telinga Suria menyebabkan segala urat saraf dan sendi-sendi Suria seperti luruh dan longlai.Lelaki ini memang bersungguh memanahkan panahan arjunanya supaya tembus terus ke hati Suria. Jika beginilah lelaki yang menyintai dirinya, sungguh sekarang Suria rela di panah. Oh! Indahnya cinta.

uda08_za Publish time 18-8-2011 11:27 AM

romantiknya Emran.........
mcm terawang2 plak uda ni.;P

qimi08 Publish time 18-8-2011 11:33 AM

fuyoooo lomatik gilos si emran ni:$

hijau_serindit Publish time 18-8-2011 11:42 AM

alamak... alamak... terasa seperti diri ini adalah suria la pulak. tingin nk jatoh cinta lg sekali. :lol:

imma2010 Publish time 18-8-2011 12:41 PM

aduh...romantiknyer mamat nie...den plak yang terase bunge2 berterbangan plak nie...:$

melinda_gordon Publish time 18-8-2011 12:45 PM

aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii:loveliness:
lemah kepala lutut mel..:$;P

asyriqa Publish time 18-8-2011 12:51 PM

alahaiiiiiiiiiiiiii suwettttttttttnyeeeeeee.... emran pasal hang romantikkkkkkkkkk bangat.... terbuai-buai la plak nih....:$

shahrinas Publish time 18-8-2011 01:21 PM

romantik seh EMRAN... ;P

mazz2009 Publish time 18-8-2011 01:27 PM

romantiknya... rasa mcm emran kt sblh plk ;P

yuri_katrina Publish time 20-8-2011 12:43 PM

:'(:'( bila nak sambung lagi...best la cite nie..tak sabar tunggu sambungannya..

midar Publish time 22-8-2011 12:00 PM

t/t..
cpt la smbung lg....

zeeghaz Publish time 22-8-2011 12:31 PM

cEPAT SAMBUNG CITER NI.

Leyla Publish time 22-8-2011 01:32 PM

walllla... romantik sgt

smbungan plssss

roti_planta Publish time 23-8-2011 11:49 AM

sori sesangat yer...
mgu ni sibuk sikit....
insya-Allah, sebelum cuti raya MAC akan di sambung...

asyriqa Publish time 23-8-2011 11:59 AM

berlari ahkak masuk umah ni bila nampak roti tak di... ingat ada sambung ropanya pemberitahuan sajokkkk....:'(

naufal2705 Publish time 24-8-2011 04:43 PM

As salam roti_planta.... best story nie... Bukit Jelutong kat mana Ku Emran.. Nak gak tgk macam muka Ku Emran.... Naufal keje kat Bukit Jelutong.....:loveliness:

melinda_gordon Publish time 7-9-2011 01:55 PM

mana ni sambungan tak masok2 lagi ni???:'(

lantakola Publish time 7-9-2011 09:21 PM

x saba nak yaw ap yg nak jdy pas ney??
bape la agk2nyew umo emran 2??

roti_planta Publish time 8-9-2011 03:15 PM

Post Last Edit by roti_planta at 8-9-2011 15:26

Adahati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu
Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya...
Sherly mengeluh perlahan. Perbincangan tentang reka bentuk hotel milik syarikatnya hanya dihadiri oleh Harold. Dia sangat berharap yang Emran akan turut serta tapi harapan hanya tinggal harapan. Hati kecilnya meronta-ronta untuk menghubungi Emran tapi akalnya melarang.
Bunyi interkom mematikan lamunannya.
“Yes,Nadirah.”
“Cik Sherly, Tan Sri nak jumpa di biliknya sekarang.” Lunak dan manja suara Nadirah,setiausaha Sherly memberitahu.
“Ok.I’ll be there in five minutes.” Sherly terus bangun dan membetulkan sedikit tudungnya. Air mineral diteguk sedikit sekadar membasahkan tekak yang dahaga.
Langkah di atur perlahan ke bilik Tan Sri Zakaria. Kebelakangan ini Sherly dapat merasakan seperti ayahnya mahukan dia memberi tumpuan yang lebih terhadap syarikat dan bukan hanya menguruskan tentang hotel yang akan mereka bina.
Pintu di ketuk dan setelah diizinkan, Sherly masuk dan duduk di sofa yang terdapat didalam bilik ayahnya itu.
“Ayah nak discuss tentang design hotel ker?”
“Tak,sayang. Ayah cuma nak tanya khabar anak ayah jer. Sejak duduk sendiri ni,jarang benar rasanya kita menghabiskan masa bersama macam dulu. Sherly sihat?”Tan Sri Zakaria memulakan bunga-bunga bicara. Ada sesuatu yang lebih penting dari itu sebenarnya yang ingin dia bincangkan bersama Sherly. Satu-satunya zuriat yang dia ada.
“Ayah ni buat drama pulak la. Kan kita jumpa hari-hari kat pejabat. Kalau Sherly datang kerja, maknanya Sherly sihat la. Habiskan masa bersama? Ayah yang selalu takda kat rumah bila Sherly datang. Pak Karim kata ayah pergi dating. Dah ada girlfriend yer..” Sherly sekadar menyakat ayahnya. Jika benar sekalipun Tan Sri Zakaria mempunyai kekasih, dia tiada halangan asalkan jangan pilihan ayahnya itu lebih muda atau sebaya dengan dia sudah.
Sherly kasihan bila mengenangkan ayahnya. Sejak arwah ibunya meninggal dunia, ayah lebih banyak menghabiskan masa dengan perniagaan dan mendalami ilmu agama dimasjid. Pernah juga Sherly mencadangkan agar Tan Sri Zakaria mencari pengganti,tapi ayahnya hanya tersenyum.
“Girlfriend?Sherly suka ker kalau ayah ada girlfriend?” Tan Sri Zakaria bertanya untuk menduga.
“Sherly suka kalau ‘girlfriend’ ayah tuh boleh jaga sakit pening ayah dan bukannya bersama ayah sebab harta yang ayah ada. Lagi Sherly suka kalau ‘girlfriend’ ayah lebih tua dari Sherly, so tak la segan kalau Sherly nak panggil dia mak muda” satu senyuman manis dihadiahkan kepada ayahnya sebagai tanda yang dia ikhlas dengan apa yang dia katakan.
“Macam mana kalau bakal ‘girlfriend’ ayah tu, ada anak yang lebih kurang sebaya denganSherly? Boleh ker Sherly terima?”
“Ayah ni tanya macam dah ada calon jer?” Sherly tersenyum memandang ayahnya sambil mengangkat-ngangkat keningnya.
“Ha..Ha..Ha..Insya-Allah. Sherly doakan untuk ayah yer”
“Alhumdulillah.Sherly sentiasa doakan yang terbaik untuk ayah. Pada Sherly, kebahagiaan dan kegembiraan ayah yang paling penting.” Sherly memeluk erat ayahnya.
Tan Sri Zakaria tersenyum lega melihat penerimaan anaknya. Awalnya dia agak bimbang juga. Bimbang jika Sherly akan memberontak dalam diam seperti apa yang dia lakukan 5 tahun dahulu bila lelaki idamannya memilih wanita lain. Tan Sri Zakaria tidak tahu siapa gerangan lelaki yang dicintai oleh Sherly tetapidia pasti lelaki itu sangat hebat, kerana lelaki itu yang membuatkan Sherly membawa diri ke rantau orang dan kini, kerana lelaki itu jugalah, Sherly kembali.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: Makin Aku Cinta (U)


ADVERTISEMENT