akudansesuatu Publish time 1-7-2011 12:27 AM

[C] Yang Pertama [U]

Post Last Edit by akudansesuatu at 1-7-2011 00:32


Tepat lapan malam.

Aku tiba di rumah bujangku. Sunyi.Tiada sesiapa dirumah ketika ini. Hanya aku. Aku berjalan ke bilik danmencampakkan beg galasku di depan pintu bilik. Terus aku rebahkan badan ke ataskatil tanpa ku salin baju yang dari pagi aku pakai untuk ke kuliah.
'Macamana dia boleh ada di sini...'

Aku mengelamun. Kenangan silam mula mengetuk-ngetuk benak otakku lalu menceroboh ke dalam memori yang hampir aku takkan lupakan.

'Bila agaknya kali terakhir aku merasai perasaan rindu dansebak ni..'Aku berkata sendiri sambil membiarkan diriku dicerobohkembali memori-memori silam yang pada aku amat manis.
**********

Masa itu, aku baru berusia 17 tahun. Bersekolah di sekolah berasrama seperti orang lain tanpa ada risau pada hari mendatang. Dan masih mentah dalam tajuk-tajuk jiwang yang biasa akan dialami sesiapa sahaja pada sebaya aku. Pada tahun aku akan mengambil peperiksaan SPM, aku mengenalinya. Aku hanya melihatnya sekali sahaja. Itupun di dewan besar sewaktu perhimpunan pagi. Aku benar-benar terkesima pada waktu itu. Bagaikan terkena kejutan elektik 240 Volt dan mengalir melalui rambut ke hujung kaki, aku jatuh cinta. Cinta pandang pertama beb! Mana mungkin aku tak terpikat.


Orangnya putih kuning, hidungnya sedikit merah dan sedikit jerawat di pipinya.Aduh..sampai ke situ aku memerhati. Jika diperhatikan dia agak pendiam, tunduk sahaja apabila berjalan. Dia tidak tinggi lampai seperti model. Kecil molek sahaja orangnya. Senyumannya cukup manis bisa meruntunkan jiwa sendu aku jika melihatnya. Berminggu lamanya aku memerhatikannya tanpa dia sedari. Sampaikan aku boleh tahu itu dia hanya dengan melihat tudungnya. Lama selepas itu, aku dapat tahu dia seorang pustakawan. Dan sejak itu aku menjadi pengunjung tetap di perpustakaan.

Asrama putera yang lebih dikenali Aspura gempar bagai dilanda tsunami yang membawa sekali paus biru dan kapal minyak terdampar ke dataran. Kerana aku, Ahmad Adam ke perpustakaan. Boleh dikatakan seluruh Aspura tahu yang aku seorang yang amat rare untuk dilihat keperpustakaan. Ini kerana aku memang terkenal dengan sikap yang suka tidur terutamanya diwaktu tengahari selepas makan. Setiap warga Aspura sama ada senior atau junior amat arif tentang habit aku. Sampaikan warden asrama pasti akan ke kamar aku dahulu untuk memastikan aku ke kelas prep. Tapi apabila aku mula ke perpustakaan, tiada yang tahu kenapa.

Pada masa itu, aku hanya tahu namanya Aki. Aku mula mencari-cari idea bagaimana aku nak mengenalinya dengan lebih rapat. Aku mula memerhatikan kawan-kawannya untuk menyampaikan salam. Di sekolah aku, sesiapa yang 'dikirim salam', menandakan yang dia mempunyai peminat. Pasti berbunga-bungalah perasaan sendu tiga hari dua malam orang yang dikirim salam. Aku mula mengorak langkah dengan meminta kawan sekelas aku menyampaikan salam aku kepadanya. Penantian aku tak lama,selang sehari aku mandapat feedback yang Aki membalas salam aku. Dan yang agak memeranjatkan aku, dia kenal aku. Bagaimana dan bagaimana, aku pun tak tahu.Dan yang agak memalukan aku, dia tahu aku sudah mula kerap ke perpustakaansedangkan aku jarang sangat ke sana.

Zaman itu masih tiada lagi handset, email pun masih belum popular. Jadi aku dapatkan nombor telefon rumahnya. Setiap kali aku balik kampung, aku akan bergayut ditelefon awam untuk berbual dengan Aki. Rupanya Aki seorang yang mudah berbual.Aku selasa apabila berbual dengannya. Mudah ketawa dan mudah juga merajuk. Tapi itu hanya di telefon sedangkan di sekolah tidak pernah sekali pun aku bertegur sapa dengannya. Jika jalan berselisih, masing-masing akan menundukkan muka.Pelikkan? Aku boleh berbual seperti biasa si telefon tapi untuk bercakap walau sepatah perkataan berhadapan, boleh pengsan tak cukup darah dibuatnya. Tapi aku tak dikira bercinta dengan Aki. Sebab aku pun tak luahkan apa-apa perasaan akupada dia. Cuma aku pendamkan dulu perasaan aku pada dia. Ketika itu, hidup aku terasa bahagia. SPM entah kemana. Langsung tak ambil tahu. Walaupun ada antara kawan-kawan mula menasihati yang itu hanya cinta monyet, tapi aku tak hiraukan.

akudansesuatu Publish time 1-7-2011 07:27 AM


Lamunankuterjaga dikala azan Isya' berkumandang dari surau berhampiran. Aku melekapkantangan kemuka dan beristighfar beberapa kali sebelum menuju ke bilik air untukmengambil wudu'. Perasaanku terasa sebu dek kerana teringatkan kenangan lama.Aku bersiap untuk solat dan cuba untuk khusyuk. Cuba untuk buang jauh-jauhperasaan yang entah elok dilayan atau tidak.
**********

Bahagiakutak lama apabila seorang junior aku mengirim salam perkenalan padaku. Hatilelaki aku mulalah meronta-ronta ego. Terasa diri sepopular Shah Rukh Khan.Salam perkenalannya aku sambut tanpa memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.Nak berkawan sahaja. Dalam pada aku berkawan dengan Aki, aku juga berkawandengan junior ku tanpa masing-masing mengetahui sesama mereka. Tapi tak lama keranaAki dapat tahu dari khabar angin di Asrama Puteri. Dan aku sendiri tidak tahubagaimana khabar angin begitu boleh tersebar. Bukan sekadar cerita yang akubarkawan dengan dua perempuan sahaja, tapi aku dikatakan bercouple denganjunior ku. Dan aku berkawan dengan Aki semata-mata nak test market. Tak cukupdengan itu, maklumat tanpa wayar itu mengatakan yang Aki yang berhegeh-hegehnak padaku. Aki dikatakan seolah-olah perigi mencari timba.

Tiba-tibasahaja aku perasan yang Aki seolah-olah marah padaku. Renungannya tajam bilaaku bertentang mata dengannya. Adakalanya aku dapat merasakan aura seolah-olahaku hendak diterkam. Pada minggu balik kampung, aku menelefon Aki untukbertanya. Dan itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. Nampak benar marah Akipada aku. Pertanyaanku dilayannya acuh tak acuh. Dan setiap jawapannya disertaiprovokasi yang boleh menyebabkan aku bertukar menjadi hijau. Arghhh!! Itulahperbualan paling singkat aku dan Aki. Tiada lagi ucapan selamat malam bilamenamatkan perbualan. Aku pun tak pasti samaada aku sempat atau tidak memberisalam terakhir.

Akukembali ke Aspura selapas cuti. Niatku hanya untuk mencari apa yang sebenarnyaberlaku. Mengapa khabar angin begitu tersebar sedangkan aku berkawan dengan Akitanpa diketahui sesiapa. Juniorku juga mula menjauhkan diri. Akukah yangbersalah? Terasa otakku hang sementara. Bagaikan sebuah PC yang memerlukanshut-down dengan segera. Dalam pada aku masih lagi terkejut, aku terlihatsecalit tulisan yang ditulis di atas meja kelasku.
'Adam, be more responsibility'
Aku termenung sebentar. Terduduk memerhatikan silingkelasku. Berfikir seolah sudah lama aku tidak melakukannya. Ayatnya menyentuhjiwa dan hati kecilku. Ya Allah.. Apa yang aku dah lakukan.. Aku merenungkembali sepanjang tahun ini. Aku melihat kiraan hari lagi untuk aku menghadapiSPM. Sedangkan aku masih lagi leka pada perkara yang menjadi urusan-Nya.Pandangan ku tiba-tiba menjadi luas. Ini bukan keutamaan aku. Aku masih perlumengutamaan pada masa depan aku. Aku tidak mahu SPM ku menjadi picisan.

Akumenjadikan cerita aku dan Aki sebagai sumber inspirasi aku. Aku mula berfikiranpositif yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku jadikan ceritera aku sebagaipemangkin dalam menghadapi SPM. Tolak dahulu bahagian jiwa hati yang sendu. Akuperlu fokus pada peperiksaan besar aku. Dan perpustakaan sudah menjadi rumahkedua aku. Kelebihan aku sebagai pelajar yang 'mudah tangkap' aku gunakansebaiknya. Sekurang-kurangnya rinduku pada Aki terubat sedikit disini.

Padahari terakhir peperiksaan SPM ku, aku menemui kebenarannya tentang konflik akudan Aki. Ia hanyalah daripada pembuat cerita yang tak sukakan hubungan aku danAki. Sengaja menyebarkan khabar sebegitu untuk renggangkan hubungan aku danAki. Aku redha kerana pada ketika itu, tiada apa yang aku dapat lakukan. Akusudah di akhir zaman persekolahan. Entah aku masih boleh berjumpa dengan Akiuntuk menerangkan segala-galanya atau tidak. Aku melangkah keluar dari pintupagar sekolah dengan membawa pengalaman bersama Aki. Pengalaman berkawan,hampir bercinta dan bercakaran.

nhid_tam Publish time 1-7-2011 08:22 AM

best2...

zeeghaz Publish time 1-7-2011 09:30 AM

Best bila seorang lelaki yang menulis citer mengenai kehidupan lelaki (betul ke lelaki?)

fizziany Publish time 1-7-2011 11:18 AM

rata2 lelaki zaman sekolah memang mcm ni...suka...tapi takut...actually diorang pun sebenarnya kabur dgn perasaan sendiri....

agak aku la...:shutup:

akudansesuatu Publish time 1-7-2011 11:34 AM

Post Last Edit by akudansesuatu at 1-7-2011 11:37


Aku terjaga dari lena. Mencari-cari handset untuk melihat jam di kala ini. Aku tertidur di atas sejadah selepas solat Isya' tadi. Jam dah menunjukkan puku ltiga setengah pagi. Aku termenung seketika sambil merenung tikat sejadah.Terlintas dibenakku untuk bersolat Tahajjud.
'Allah hu akbar...'

Selesai solat Tahajjud, aku bersila di sejadah. Otakku ligat mengingati pertemuan aku dan Aki siang tadi. Entah apa angin yang bertiup, aku bertemu kembali dengan Aki di makmal projek fakulti kejuruteraan. Dan orang itu adalah Aki. Aki memandang melihatku yang seakan tergamam. Tiada riak terkejut pada wajahnya.Hanya senyuman manis dibibirnya sewaktu dia memperkenalkan diri sebagai ahli dalam kumpulan projek akhir semester ini. Aku yang masih terkejut dan terasa waktu berhenti seketika mula kekok untuk berada dalam kumpulan itu. Aku tak tahu yang Aki juga belajar di UiTM Shah Alam. Dan aku yang sudah masuk tahun kelima disini dah tentunya tergamam kerana Aki juga sudah tahun ke lima. Ini bermaksud aku dan dia sambung belajar di UiTM bersama-sama cuma aku tak mengetahuinya. Mengapa aku tidak mengetahuinya? Sedangkan dia dekat dengan aku selama ini. Tiada apa yang aku bircarakan dengan Aki selepas hampir 5 tahun tidak berjumpa. Aki masih seperti dulu, mudah bersembang. Cuma aku yang masih terkulat-kulat dalam kumpulan tersebut.

Tak banyak yang aku dapat tahu mengenai Aki petang tadi kerana pertemuan tadi hanyalah 2 jam untuk membincangkan projek akhir semester ini. Aki aku lihat seperti tiada apa yang berlaku. Malah Aki juga sempat memberi senyumannya padaku setiap kali empat mata ini bertemu. Esok masih ada lagi pertemuan untuk membincangkan tentang projek akhir kami. Aku terkedu bagaimana untuk akumenghadapi Aki esok. Aku seolah-olah seorang pesalah yang menunggu dibicarakan hukuman. Cuma hakim dan mangsanya Aki dan aku adalah pesalah.

Semalaman ini aku teringatkan kenangan aku dan Aki. Bermacam-macam persoalan timbul dalam benakku. Dan jawapan-jawapannya ada pada Aki. Aku menarik nafas dalam-dalam.Berusaha menguatkan diri untuk esok. Aku pernah merasa kehilangan kerana kehilangan Aki satu ketika dulu dan aku tidak mahu mengalaminya lagi. Aku merenung tempat sujud di sejadah. Aku bersujud sambil menyebut nama Allah yang Esa. Ya Allah, aku tidak mahu kehilanagn Aki lagi. Aku mahu jadikan Aki sebagai suri dalam hidupku. Aku takkan sia-siakan peluang kedua untuk hubungan aku dan Aki. Esok aku akan sambungkan kembali ukwah yang terputus. Persoalan yang ada akan aku tanya untuk Aki leraikannya. Aku bangun dari sujud dengan semangat baru. Pertemuan siang tadi bukan satu kebetulan. Pasti ia dah ditentukan untuk peluang kedua aku. Nekad!

Aki berjalan melawati foyer fakulti kejuruteraan UiTM. Dia barpakaian kasual untuk menghadiri pertemuan kedua untuk subjek projek akhir semester ini. Cukup dengan jeans dan baju muslimah yang labuh hampir keparas lulutnya. Dikenakan dengan tudung biru yang amat sopan. Aki teringatkan Adam dalam pertemuannya semalam.Dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan yang dia sengaja memilih untuk bersama sekumpulam dengan Adam untuk subjek kali ini.
"Assalamualaikum", langkahnya terhenti apabila mendengar seseorang memberi salam dari belakangnya.
"Wa'alaikummussalam", Aki menyambut salam Adam sambil mengukir senyuman. Adam terkesima. Dia juga mengukir senyuman dibibirnya untuk Aki sambil diangkat keningnya.
Aki memerhatikan Adam sambil tersenyum bermakna. Tiada patah perkataan keluar dari peti suaranya. Hanya berkata memujuk di dalam hati.
'Alhamdulillah...cukuplah 5 tahun ini....'

akudansesuatu Publish time 1-7-2011 11:38 AM

TQ...Kritikan panas dialu alu kan..

nhid_tam Publish time 2-7-2011 08:05 PM

menarik...:D

cutter Publish time 5-7-2011 04:30 PM

busan cikit lah..

melinda_gordon Publish time 9-7-2011 02:19 PM

bila nak sambung lagi ni?

akudansesuatu Publish time 18-7-2011 09:05 PM

Reply 10# melinda_gordon


    kalau cakap dah abis leh x?hehehehe

melinda_gordon Publish time 18-7-2011 09:24 PM

Reply 11# akudansesuatu


    kalau wa ckp lu kena sambung gak ok tak??:lol:

sbb wa da rasa tangkap leleh ngan lu punye cite la...:$

mazz2009 Publish time 21-7-2011 11:58 AM

Reply 11# akudansesuatu


    aku rs mcm baru msk intro je.... body & conclusion pnjg lg ni ;P

akudansesuatu Publish time 26-7-2011 04:07 PM

Reply 13# mazz2009


    hahaha dah name pun cerpen...heheheh

sakurakuri Publish time 26-7-2011 04:21 PM

Wahh..cerita zaman study, mengagamit memori betul! Boleh tahan....rajin2 tambah n3 ye.

Syafiya Publish time 1-8-2011 02:18 PM

bukan ke lelaki memang selalu blur ngan perasaan mereka, pas tu buat2 lupa, pas tu melepas... kan kan kan
Pages: [1]
View full version: [C] Yang Pertama [U]


ADVERTISEMENT