Ace-Frehley Publish time 9-7-2003 09:33 PM

Rampas Barangan Tenants Yang Menyewa

Just nak tau ... aku pernah melalui pengalaman yang tak best dengan PBT ni.

Dulu masa aku rented apartment yang di bawah kawasan MPAJ, landlord aku tak bayar cukai pintu for quite sometimes (3 years) ... then one day (mungkin atas arahan Abd Kudus kot :mad::mad:) enforcers from MPAJ pun datang ler rumah sewa aku ... since rumah tu bukan rumah aku, buat apa aku nak bayar kan ... MPAJ enforcers ni plak rampas TV dan Hi-Fi aku ... benda-benda ni cuma boleh dituntut setelah semua cukai pintu dibayar.Aku dapat balik ler barang-barang selepas landlord bayar segala arrears.

Persoalannya, boleh ker pihak MPAJ rampas barang-barang milik tenants yang bukan kepunyaan landlord?

BISA-BERBISA Publish time 10-7-2003 09:00 AM

Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-9 09:33 PM:
Just nak tau ... aku pernah melalui pengalaman yang tak best dengan PBT ni.

Dulu masa aku rented apartment yang di bawah kawasan MPAJ, landlord aku tak bayar cukai pintu for quite sometimes (3 y ...

Melalui tidak silap saya AKTA 171 & AKTA 133, pihak PBT dibenarkan menyita harta dlm rumah kepunyaan seseorang pemilik harta yang gagal menjelaskan cukai taksiran walaupun rumah tersebut di sewa oleh INDIVIDU lain. Saya akan cuba mendapatkan maklumatnya sedikit masa lagi.

Bagi masalah saudara jalan penyelesaian yang terbaik ialah berunding dengan TUAN RUMAH dengan mengecualikan bayaran sewa rumah mengikut sebanyak mana AMOUNT cukai yang perlu dijelaskan .

BISA-BERBISA Publish time 10-7-2003 09:09 AM

Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-9 09:33 PM:
Just nak tau ... aku pernah melalui pengalaman yang tak best dengan PBT ni.

Dulu masa aku rented apartment yang di bawah kawasan MPAJ, landlord aku tak bayar cukai pintu for quite sometimes (3 y ...

Bagi tindakan ini kebanyakkan PBT menggunakan pendekatan berhemah sebelum sesuatu tindakan PENYITAAAN dapat diambil. Jika kita gagal menjelaskan CUKAI mengikut tempoh yang ditetapkan satu BORANG E akan dikeluarkan dan diserahkan kepada kita bagi maksud menjelaskan cukai tersebut bersama DENDA kelewatannya.

Jumlah DENDA tersebut lebih kurang 5 % dari jumlah cukai atau RM 5.00 bagi CUKAI dibawah RM 100.00

Selepas borang E dikeluarkan dan kita masih gagal menjelaskan cukai trsebut maka satu SURAT PENYITAAN akan dikeluarkan tapi untuk makluman semua tindakan penyitaan hanya akan diambil jika cukai kita melebihi RM 1000.00 ke atas atau lebih daripada 2 tahun tidak berbayar

Jalan penyelesaian paling mudah bayar sahaja setiap kali bil sampai:2lol:

Ace-Frehley Publish time 10-7-2003 09:40 AM

Lawyer yang saya consult kata PBT enforcers tak boleh sita barang-barang tenants ...

BISA-BERBISA Publish time 10-7-2003 10:53 AM

Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 09:40 AM:
Lawyer yang saya consult kata PBT enforcers tak boleh sita barang-barang tenants ...

Akan saya semak dgn PBT tetapi untuk pengetahuan ianya telah lama dilakukan dan belum ada KES PENGINAYAAN sebegini diketengahkan.Untuk pengetahuan UMUM barangan yang dirampas bukanlah keseluruhan harta rumah tersebut tapi hanyalah mengikut NILAI & HARGA cukai yang perlu dibayar. Contoh CUKAI RM 1000.00 ... harta SITAAN TV 21 INCHI & VCD PLAYER sahaja

Paja Publish time 10-7-2003 05:52 PM

local authority act 1976 (section 151 subsections 4 - 6)

sorry tak reti nak translate. :)

4) The local authority may in its discretion refrain from seizing and selling, or may release from attachment, any property lawfully seizable under section 148 where such property is the property of the occupier, being a tenant, of the holding or of a person not liable to pay an arrears due in respect of such holdings.

5) Where the property is the property of a tenant-occupier, the local authority shall refrain from seizing and selling or shall release from attachment such property:
Provided that the tenant-occupier pays to the local authority the rent of such holdings as it falls due until the arrear is satisfied or until the termination of his tenancy and in any such case, such holding may be attached and sold.

6) The amount of any rent paid by a tenant-occupier to the local authority under the provisions of subsection (5) may be deducted by such tenant-occupier from the next and following payments of rent to the owner of the holding.

ok .. dari pemahaman dan pengetahuan paja ...PBT ada kuasa untuk menyita barang-barang yang boleh diubah (errr ... moveable items) hak penyewa. seperti yang bisa-berbisa cakap ... hanya barangan yang mengikut nilai atau harga cukai yang perlu dibayar.

jadi tanggungjawab penyewa ialah memastikan landlord supaya langsaikan assessment. kalau tak dia yang kena, bukan landlord. jadi .. bila depa nak angkut barang kat rumah ... kalau tenant bayar arrears tu ... barang tak jadi disita. but tenant can recover his money from the landlord - tolak sewa rumah.

ace,
before those guys seized your things, did you received any warrant reminding you about the arrears? PBT must produce the warrant first and gave the landlord 7 days to pay the arrears before they can come and seized the moveable belongings.

Ace-Frehley Publish time 10-7-2003 06:32 PM

Originally posted by Paja at 2003-7-10 17:52:
ace,
before those guys seized your things, did you received any warrant reminding you about the arrears? PBT must produce the warrant first and gave the landlord 7 days to pay the arrears before they can come and seized the moveable belongings.


Kes ni baru jer ... late last year ... mula-mula tu tak nak bagi gak enforcers masuk dalam rumah ... bila fikir balik, nanti dia sita grill rumah lagi susah nanti ... so, bagi ler dia masuk ... to make it worse, i happenned on Saturday ... only on the following Monday, boleh dapat balik barang-barang yang dirampas tu.

Anyway, TQ.

Squall-Leonhart Publish time 10-7-2003 06:36 PM

Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 09:40 AM:
Lawyer yang saya consult kata PBT enforcers tak boleh sita barang-barang tenants ...
Mana boleh cam tu, dah dikira menzalimi orang lain tu... landlord tak bayar cukai pintu, ko pulak tak pasal-pasal kena... kalau aku pun memang aku akan bawak ke muka pengadilan...

BISA-BERBISA Publish time 11-7-2003 09:05 AM

Originally posted by Paja at 2003-7-10 05:52 PM:
sorry tak reti nak translate. :)

4) The local authority may in its discretion refrain from seizing and selling, or may release from attachment, any property lawfully seizable under section 148 w ...

Lebih kurang begitu jugaklah tapi dlm memberikan jawapan yg tepat saya kena merujuk daripada SUMBER PBT yang sah sebelum mengeluarkan kenyataan yg sebenar

BISA-BERBISA Publish time 11-7-2003 09:07 AM

Originally posted by Ace-Frehley at 2003-7-10 06:32 PM:
Kes ni baru jer ... late last year ... mula-mula tu tak nak bagi gak enforcers masuk dalam rumah ... bila fikir balik, nanti dia sita grill rumah lagi susah nanti ... so, bagi ler dia masuk ... to...

Jika kita mempunyai sikap TUAN RUMAH sedemikian ianya pasti akan menyusahkan kita. Sepatutnya mereka tidak berbuat sedemikian kerana kita telah menjelaskan SEWA dan hanya 5 % sahaja dari jumlah sewa yg mereka kutip untuk menjelaskan cukai tersebut

BISA-BERBISA Publish time 11-7-2003 09:08 AM

Originally posted by Squall-Leonhart at 2003-7-10 06:36 PM:
Mana boleh cam tu, dah dikira menzalimi orang lain tu... landlord tak bayar cukai pintu, ko pulak tak pasal-pasal kena... kalau aku pun memang aku akan bawak ke muka pengadilan...

Rasanya perkara ini perlu diketengahkan bagi mengelakkan PENGINAYAAN kepada pihak lain

hangman98 Publish time 17-7-2003 11:07 AM

Diorang ada hak rampas barang2 tu...Sapa yg tak bayar PBT boleh ambik
   3 tindakan

(a) rampas barang2 elektrik dlm rumah

(b) dakwa di mahkamah

(c) Rampas tanah tu mengikut Kanun Tanah Negara s. 100


    SO, sebagai tenant ko kena pastikan tuan rumah bayar sewa dan

   bila terjadi macam nie, option ko ialah mintak ganti rugi dari tuan rumah

seperti duduk free atau untut di mahkamah atau suruh tuan rumah bayar

sewa tuh..

ayamaz Publish time 27-3-2006 01:07 AM

testing 123 ayamas nugget testing 123 ayamas nugget

rasyid Publish time 27-3-2006 10:59 AM

kenapa banyak user deleted sini ? :off:
Pages: [1]
View full version: Rampas Barangan Tenants Yang Menyewa


ADVERTISEMENT