sfhzuraz Publish time 18-5-2026 10:27 PM

BN Kedah tak tolak tanding solo PRU akan datang - Mahdzir

BN Kedah tak tolak tanding solo PRU akan datang - Mahdzir

Noorazura Abdul [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/khaleds_1779099932.jpg
MAHDZIR menyerahkan geran tanah kepada pemilik Desa KEDA di Sik di Desa KEDA Sungai Semiar, di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman



Sik: Barisan Nasional (BN) Kedah tidak menolak kemungkinan mengikut langkah UMNO Johor dengan menyuarakan cadangan bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun Johor sudah mengesyorkan pendekatan berkenaan, perkara sama juga boleh dibincangkan di peringkat Kedah.
"Kalau Johor boleh syorkan, Kedah juga boleh syorkan (cadangan bertanding secara solo)... bagaimanapun apa juga keputusan parti adalah keputusan mesyuarat dengan pucuk pimpinan, bukan keputusan individu.
"Jadi semestinya dalam apa juga keputusan itu kita merujuk kepada keputusan bersama apabila sampai masanya," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Hak milik Desa KEDA Daerah Sik di Desa KEDA Sungai Semiar, dekat sini, hari ini.
Mahdzir berkata keputusan BN/UMNO Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.
"Mereka mempunyai justifikasi dan mereka pun ada 'pro and con' dalam membuat keputusan, jadi mereka telah memilih untuk bergerak solo di 56 kerusi.
"Saya tengok itu adalah contoh yang baik untuk kita ikuti untuk masa yang akan datang," katanya.
Kelmarin, BN Johor mengesahkan akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.
Perkembangan itu diumumkan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di Facebook.


Disiarkan pada: Mei 18, 2026 @ 6:25pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359466/bn-kedah-tak-tolak-tanding-solo-pru-akan-datang-mahdzir



Pages: [1]
View full version: BN Kedah tak tolak tanding solo PRU akan datang - Mahdzir


ADVERTISEMENT