sfhzuraz Publish time 18-5-2026 06:01 PM

Susulan OPA, paras air empangan MADA meningkat

Susulan OPA, paras air empangan MADA meningkat

Noorazura Abdul [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/EMPANGBA1_1779081266.jpg
EMPANGAN Pedu. FOTO Arkib NSTP



Alor Setar: Paras air di tiga empangan di seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) meningkat setakat semalam, susulan hujan serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA).
Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air MADA dalam kenyataan berkata, peningkatan direkodkan di Empangan Pedu, Muda dan Ahning.
Katanya, Empangan Pedu mencatatkan peningkatan 0.03 peratus kepada 41.47 peratus berbanding hari sebelumnya dengan pelepasan air sebanyak 500 cusec (kaki padu sesaat)
"Empangan Muda meningkat lebih ketara iaitu 1.2 peratus kepada 15.5 peratus, bagaimanapun tiada pelepasan air dilakukan di empangan berkenaan.
"Bagi Empangan Ahning, meningkat 0.06 peratus kepada 51.58 peratus dengan pelepasan air sebanyak 100 cusec," katanya.
MADA turut memaklumkan operasi pembukaan pintu air di Empangan Pedu dan Empangan Ahning masih diteruskan bagi memastikan sumber bekalan air domestik mencukupi.
Katanya, jumlah keseluruhan kadar pelepasan air di dua empangan itu adalah sebanyak 600 cusec.
"Orang ramai turut digesa menggunakan sumber bekalan air secara berhemat bagi memastikan jaminan bekalan air pada masa depan terus terpelihara.
"MADA juga merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua agensi berkaitan atas usaha melaksanakan OPA di kawasan tadahan empangan MADA sehingga kini," katanya.
Operasi Pembenihan Awan siri kelima dilaksanakan pada 12 Mei lalu bagi menangani isu penyusutan paras air di empangan kritikal akibat fenomena cuaca kering yang melanda Kedah dan Perlis.
Lokasi sasaran bagi operasi itu membabitkan Empangan Pedu, Muda, Ahning, dan Beris di Kedah, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.
Susulan pelaksanaan intervensi berkenaan, hujan dikesan seawal jam 3 petang di kawasan tadahan utama Kedah dengan merekodkan kadar taburan hujan antara 10 milimeter (mm) hingga 70 mm.


Disiarkan pada: Mei 18, 2026 @ 1:14pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359317/susulan-opa-paras-air-empangan-mada-meningkat



Pages: [1]
View full version: Susulan OPA, paras air empangan MADA meningkat


ADVERTISEMENT