sfhzuraz Publish time 18-5-2026 05:33 PM

'Saya hadir atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan' - Ahli Parlimen Balik Pulau

'Saya hadir atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan' - Ahli Parlimen Balik Pulau

Fahmy A [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Bakhtiarwrww23_1779088452.jpg
Muhammad Bakhtiar Wan Chik



Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Balik Pulau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik menjelaskan kehadirannya pada majlis pengumuman hala tuju baharu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam atas dasar memenuhi jemputan rakan seperjuangan.
Beliau menegaskan tindakannya juga tidak salah kerana berhak menentukan hala tuju politik seiring dengan sistem demokrasi berparlimen negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sama ada akan meninggalkan PKR untuk menyertai Malaysian United Party (MUP) yang baru diambil alih Rafizi.
"Saya hadir atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan untuk menyaksikan perkongsian hala tuju perjuangan mereka pada masa hadapan.
"Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan dalam semangat demokrasi tersebut, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan hala tuju politik masing-masing. Saya menghormati keputusan serta pendirian semua pihak.
"Sebagai Ahli Parlimen Balik Pulau, saya kekal komited dalam menjalankan tanggungjawab saya sepenuhnya kepada pengundi dan rakyat di kawasan ini," kata bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dalam kenyataan hari ini.
Selain Muhammad Bakhtiar, program semalam turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PKR lain antaranya Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S Kesavan (Sungai Siput).
Semalam, PKR mengesahkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden PKR itu dan Nik Nazmi yang juga bekas Naib Presiden parti tergugur selepas mereka mengisytiharkan keluar parti.
Pada masa sama, PKR akan menentukan keanggotaan Ahli Parlimen lain yang hadir majlis sama.


Disiarkan pada: Mei 18, 2026 @ 3:14pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359382/saya-hadir-atas-dasar-memenuhi-jemputan-sahabat-seperjuangan-ahli-parlimen



Pages: [1]
View full version: 'Saya hadir atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan' - Ahli Parlimen Balik Pulau


ADVERTISEMENT