sfhzuraz Publish time 18-5-2026 03:04 AM

Bas sekolah disita, bawa orang awam ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita, bawa orang awam ke majlis pengebumian

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 17, 2026 @ 4:54pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhbas17_1779008087.jpg
Stien Van Lutam (kanan) ketika menyemak dokumen pemilik bas (tengah) sekolah selepas dikesan menyalahgunakan permit dengan membawa penumpang awam untuk menghadiri majlis pengebumian dalam operasi kenderaan perkhidmatan awam (Ops KPA) hari ini. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman


BALING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah bas sekolah selepas dikesan menyalahgunakan permit dengan membawa penumpang awam menghadiri satu majlis pengebumian dalam operasi kenderaan perkhidmatan awam (Ops KPA) hari ini.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata operasi dilakukan di susur keluar Tol Gurun, Sungai Petani Selatan (SP Selatan) sebelum kenderaan itu diperiksa anggota penguat kuasa JPJ, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bas itu membawa 26 penumpang dipercayai dalam perjalanan menghadiri upacara pengebumian di Bukit Jenun, Pendang.
"Pemilik bas berusia 73 tahun mendakwa dia bawa penumpang awam sebagai kerja sambilan disebabkan tidak lagi mempunyai banyak permintaan membawa pelajar sekolah sejak dua tahun lalu.
"Kita ambil keterangan pemilik dan kemudian menyita bas kerana tidak mematuhi syarat permit.
Pemilik sepatutnya hanya dibenarkan membawa pelajar sekolah bukannya orang awam untuk tujuan lain.
"Apabila permit dikeluarkan khusus untuk pelajar sekolah, ia mesti dipatuhi sepenuhnya kerana membabitkan aspek keselamatan dan perlindungan penumpang," katanya pada sidang media di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kuala Ketil, di sini, hari ini.
Van Lutam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 80(1) APAD 2010 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (3) APAD 2010 kerana melanggar syarat lesen pengendali.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 23 kereta mewah disita dalam Ops Luxury sejak awal tahun hingga hari ini.
"Antara jenama kenderaan disita Porsche Cayenne, Mini Countryman dan Mercedes Benz A250 Sport yang masing-masing dikesan melakukan pelbagai kesalahan teknikal dan dokumentasi.
"Semua kenderaan itu disita atas kesalahan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/05/1558755/bas-sekolah-disita-bawa-orang-awam-ke-majlis-pengebumian




Pages: [1]
View full version: Bas sekolah disita, bawa orang awam ke majlis pengebumian


ADVERTISEMENT