sfhzuraz Publish time 18-5-2026 02:11 AM

Parti MUP didaftarkan 2016 di Pulau Pinang, tak pernah menang pilihan raya

Parti MUP didaftarkan 2016 di Pulau Pinang, tak pernah menang pilihan raya


Oleh Wartawan BH - Mei 17, 2026 @ 4:12pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/nazmii_1779005537.jpg
Rafizi (kiri) bersama Nik Nazmi pada majlis pengumuman hala tuju politik baharu mereka dengan mengambil alih parti MUP di Bandar Utama Petaling Jaya hari ini. NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia (MUP) yang bakal diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ialah sebuah parti politik yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Pulau Pinang.
Presiden MUP, Tan Gin Theam, pernah bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menentang Wong Hon Wai daripada DAP-PH dan Andy Yong Kim Seng daripada GERAKAN - Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, beliau hilang deposit selepas hanya memperoleh 339 undi (0.6 peratus), jauh di belakang Hon Wai yang menang besar dengan 50,049 undi (83.8 peratus), manakala Kim Seng memperoleh 9,318 undi (15.6 peratus).
Gin Theam turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada pilihan raya sama dan sekali lagi hilang deposit selepas hanya memperoleh 87 undi (0.8 peratus.
Kerusi itu dimenangi oleh Lim Guan Eng daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) dengan 9,362 undi (85.6 peratus), manakala calon MCA-BN, Tang Heap Seng, memperoleh 1,404 undi (12.8 peratus).
Seorang lagi calon daripada Parti Cinta Malaysia (PCM), Manikandan Ramayah, memperoleh 83 undi (0.8 peratus)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1558680/parti-mup-didaftarkan-2016-di-pulau-pinang-tak-pernah-menang-pilihan




Pages: [1]
View full version: Parti MUP didaftarkan 2016 di Pulau Pinang, tak pernah menang pilihan raya


ADVERTISEMENT