Wanita cedera ditikam lelaki dikenali
Wanita cedera ditikam lelaki dikenaliZuliaty [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/6075367167776984959_1779032069.jpg
LOKASI kejadian wanita cedera ditikam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Kepala Batas. FOTO Wan Nabil Nasir
Alor Setar: Seorang wanita cedera tikam di bahagian kanan leher oleh lelaki yang dikenalinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam ini.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.15 malam dan mangsa adalah wanita berusia 35 tahun yang juga penjawat awam.
Mangsa dipercayai ditikam di dalam keretanya dan mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Setakat ini mangsa dilaporkan dalam stabil, manakala lelaki yang menikam wanita itu melarikan diri.
Pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan siasatan di lokasi.
Satu sidang media diadakan di lokasi kejadian oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.
Disiarkan pada: Mei 17, 2026 @ 11:34pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359143/wanita-cedera-ditikam-lelaki-dikenali
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/05/17/3524002.webp
Wanita ditikam di leher oleh seorang lelaki yang dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah pada malam Ahad.
kredit - SH
https://www.instagram.com/reel/DYceT6Ut0Hv/
Pages:
[1]