Satu PPS dibuka di Merbok susulan kejadian air pasang besar
Satu PPS dibuka di Merbok susulan kejadian air pasang besarZuliaty [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ppsaman1_1778979216.jpg
PPS Dewan Orang Ramai Sungai Pial, Mukim Merbok yang dibuka petang semalam menempatkan seramai 47 mangsa daripada 25 keluarga susulan kejadian air pasang besar, semalam. FOTO Ihsan APM
Sungai Petani: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Pial di Mukim Merbok yang menempatkan seramai 47 mangsa daripada 25 keluarga susulan kejadian air pasang besar yang berlaku semalam.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir berkata, PPS itu dibuka jam 4 petang semalam dan semua mangsa yang terbabit adalah dari Kampung Huma.
Beliau berkata, kejadian air pasang berlaku pada jam 12.15 tengah hari semalam menyebabkan kediaman penduduk di kampung berkenaan terjejas dinaiki air susulan air pasang itu.
"Jumlah mangsa terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, 13 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan 10 warga emas.
"Setakat ini cuaca dalam keadaan baik dan tiada hujan, " katanya.
Disiarkan pada: Mei 17, 2026 @ 8:53am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1358817/satu-pps-dibuka-di-merbok-susulan-kejadian-air-pasang-besar
Pages:
[1]