sfhzuraz Publish time 17-5-2026 02:51 AM

CAP minta kerajaan pertimbang pengembalian semula nikotin dalam Akta Racun

CAP minta kerajaan pertimbang pengembalian semula nikotin dalam Akta Racun

Oleh BERNAMA - Mei 16, 2026 @ 6:40am






https://assets.bharian.com.my/images/articles/25ns03subbarow_1778884805.jpg
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow. - Foto fail NSTP/Danial Saad



GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap kerajaan mempertimbangkan pengembalian semula nikotin ke dalam Akta Racun 1952 susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan penyahsenaraian nikotin cecair dan gel daripada Senarai Racun pada 2023.
Pegawai Pendidikan Kanan dan Aktivis Anti Merokok CAP, NV Subbarow berkata keputusan mahkamah itu adalah kemenangan besar kepada kesihatan awam khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan golongan belia daripada bahaya ketagihan nikotin.
"Kerajaan perlu memulihkan semula peruntukan yang telah dikeluarkan daripada Generasi Penamat (GEG) dalam rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok dan vape.
"Penemuan mahkamah bahawa keputusan itu tidak rasional dan dibuat tanpa perundingan yang sewajarnya dengan Lembaga Racun amat dikesali," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
CAP juga ingin mengetahui pendirian semasa Kementerian Kesihatan berhubung keputusan mahkamah itu dan langkah lanjut yang akan diambil oleh kerajaan.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1556606/cap-minta-kerajaan-pertimbang-pengembalian-semula-nikotin-dalam-akta




Pages: [1]
View full version: CAP minta kerajaan pertimbang pengembalian semula nikotin dalam Akta Racun


ADVERTISEMENT