sfhzuraz Publish time 16-5-2026 11:57 PM

NUTP kini ahli baharu Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia

NUTP kini ahli baharu Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia

Mei 16, 2026 @ 5:50am




https://assets.bharian.com.my/images/articles/nut15_1778881804.jpg
Aminuddin (tiga dari kiri) menerima pengesahan keahlian NUTP bersama UNI-MLC daripada Shafie (empat dari kanan) pada sidang media di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Butterworth. - Foto NSTP/Auris Faqrurazzi



BERNAMA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) secara rasmi diterima sebagai ahli gabungan baharu Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) selepas permohonan mereka untuk menyertai gabungan itu diluluskan pada 21 April lepas.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata penyertaan kesatuan itu dijangka memperkukuh peranan UNI-MLC dalam memperjuangkan hak pekerja di negara ini dan memperluaskan jaringan kerjasama kesatuan sekerja di peringkat antarabangsa.
"Selain itu, NUTP turut melihat penggabungan ini sebagai satu perkembangan penting dalam landskap gerakan pekerja di Malaysia, terutama selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengiktiraf UNI-MLC sebagai organisasi yang mewakili majoriti pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Semarak Hari Guru NUTP Cawangan Pulau Pinang Merentas Hari Pekerja bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong di Dewan al-Ansar Masjid al-Muhajirin Seberang Jaya di sini hari ini.
Aminuddin berkata melalui penggabungan itu juga beliau percaya suara warga pendidik akan menjadi lebih kukuh dan berpengaruh dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan kebajikan guru, beban tugas pendidikan, pembangunan profesionalisme keguruan, perlindungan sosial serta pemerkasaan sistem pendidikan negara demi memastikan profesion perguruan terus dihormati dan diperkasakan.
Beliau berkata ia turut membuka ruang untuk memperluaskan jaringan kolaborasi antarabangsa, memperkukuhkan pembangunan kepimpinan kesatuan serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik bersama kesatuan-kesatuan lain di bawah rangkaian UNI-MLC.
"NUTP berpandangan bahawa cabaran dunia pekerjaan dan pendidikan masa kini memerlukan gerakan kesatuan sekerja yang lebih bersatu, progresif dan berdaya saing.
Justeru, kerjasama rentas sektor melalui platform seperti UNI-MLC mampu memperkukuhkan solidariti antara pekerja serta memastikan suara pekerja terus dipertahankan secara konsisten dan berkesan," katanya.
Sementara itu, Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata penyertaan NUTP dalam UNI-MLC telah meningkatkan jumlah keseluruhan keahlian kepada kira-kira 450,000 orang di seluruh negara, dengan NUTP sahaja mempunyai sekitar 221,000 ahli.
Beliau turut memaklumkan pihaknya telah menerima surat rasmi daripada Kementerian Sumber Manusia, mempelawa UNI-MLC sebagai wakil pekerja dan kesatuan sekerja Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa sesi ke-114 di Geneva tahun ini.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1556564/nutp-kini-ahli-baharu-majlis-rangkaian-kesatuan-sekerja-antarabangsa




Pages: [1]
View full version: NUTP kini ahli baharu Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia


ADVERTISEMENT