Hadiah Hari Guru: Cikgu Munisuaran menang BSN SSP RM1 juta
Edited by sfhzuraz at 16-5-2026 03:49 PMHadiah Hari Guru: Cikgu Munisuaran menang BSN SSP RM1 juta
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - Mei 15, 2026 @ 4:37pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/0515rsbsn_1778834339.jpg
Pemenang Jutawan BSN SSP RM1,000,000, M Munisuaran 56 pada majlis penyampaian Pemenang Jutawan BSN SSP Ke-123, di Ipoh. - Foto NSTP/L Manimaran
IPOH: Sambutan Hari Guru esok menjadi sangat bermakna buat guru, M Munisuaran, 56, apabila bergelar jutawan selepas menang RM1 juta Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) bulanan ke-123.
Guru sejarah sekolah menengah di Butterworth, Pulau Pinang itu berkata, khabar gembira itu diterimanya pada 2 Mei lalu daripada rakan baiknya yang juga pengurus korporat di BSN yang sering menjanjikan kepadanya faedah dan manfaat menyimpan di institusi kewangan itu.
Menurutnya, beliau sememangnya mengimpikan untuk memenangi hadiah berupa kereta menerusi cabutan secara bulanan, namun tidak menyangka dapat beroleh hadiah kemenangan yang lebih besar daripada yang diimpikannya itu.
"Sebenarnya memang saya selalu semak dan mengikuti cabutan yang dibuat secara langsung setiap bulan dengan harapan tertentu.
Namun bagi saya tiada yang perlu dibimbangkan kerana kalau tak dapat pun tiada masalah kerana tiada apa yang hilang dan simpanan masih ada," katanya.
Beliau bersama isteri, Manjula Ganesan, 55, yang juga guru di sekolah sama ditemui pemberita selepas menerima cek cura RM1 juta yang disampaikan Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid di sini hari ini.
Bapa tiga anak itu berkata, dia mula membuka akaun di BSN sejak tahun 1990 namun mula menabung melalui BSN SSP sejak 11 tahun lalu.
Katanya, dia belum merancang kegunaan bagi hadiah RM1 juta yang dimenanginya dalam waktu terdekat, sebaliknya menunggu sehingga persaraannya pada 2030 bagi merancang kegunaan wang itu.
Sementara itu, Mujibburrahman menerusi kenyataan berkata dalam usaha memperluas mesej menabung dan celik kewangan dalam kalangan warga pendidik, BSN turut menyumbang lebih RM500,000 bagi menyokong Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 yang akan disambut esok.
Menurutnya, melalui sumbangan itu semua penerima anugerah akan dihadiahkan wang tunai BSN SSP, dengan bagi penerima anugerah 'Tokoh Guru Kebangsaan' dan 'Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan', masing-masing akan menerima RM60,000 BSN SSP, selaras dengan mandat BSN untuk memupuk budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1555937/hadiah-hari-guru-cikgu-munisuaran-menang-bsn-ssp-rm1-juta
Pages:
[1]