sfhzuraz Publish time 15-5-2026 04:23 PM

Jumpa najis tikus, kantin sekolah diarah tutup 14 hari

Jumpa najis tikus, kantin sekolah diarah tutup 14 hari

BERNAMA



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kantian_1778811253.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP


Georgetown: Kantin sebuah sekolah di sini diarah tutup serta-merta selepas pemeriksaan pihak kesihatan mendapati terdapat najis tikus.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohd Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya dimaklumkan arahan penutupan kantin itu selama 14 hari bermula 12 tengah hari semalam hingga 27 Mei ini.
"Hasil siasatan dan pemantauan di kantin itu terdapat najis tikus di bahagian lantai belakang peti sejuk yang tidak digunakan dan perintah penutupan premis makanan tidak suci (kotor) di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Setakat ini tiada kes keracunan membabitkan murid atau guru yang dilaporkan berlaku di sekolah itu.Beliau berkata pihak sekolah sudah mengatur penyediaan makanan kepada murid daripada pembekal makanan sepanjang tempoh kantin itu ditutup.


Disiarkan pada: Mei 15, 2026 @ 10:14am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1358102/jumpa-najis-tikus-kantin-sekolah-diarah-tutup-14-hari



Pages: [1]
View full version: Jumpa najis tikus, kantin sekolah diarah tutup 14 hari


ADVERTISEMENT