dhia_khumairaa Publish time 15-6-2011 03:14 PM

All About Mess Nite

Salam..boleh tak sapa2 yg ada pengalaman join event ni share kat sy..nak tahu sgt protokol yg perlu kena ikut..coz my bf jemput sy utk join mess nite dlm masa terdekat nie..tolong eaa pd sapa2 yg pernah pergi @ tahu serba sikit tu,tolong sesangat..tq..

firdaruddin Publish time 15-6-2011 11:19 PM

klu sebagai civilian ,x pasti plak protokol pakaiannya..yg lainnyer semuanya sama kot..

fcoy Publish time 16-6-2011 02:47 AM

Basic la....

Pakaian tu ..... ada nampak kelass sikit... bukan mahal.... tapi ada gaya.... nanti bf enko malu pulak.... geng-geng bf akan cakap.... bf enko nie bawak minah mana pulak....

Nie mess nite kat mana... hotel ke... dalam kem kea....

Rank ( pangkat ) bf enko nie ape.....

Ha.... cakap tu kena sopan.... ala-ala mak datin sikit...

Walaupun makan tak square.... ada adap la.......ada cara nak pilih sudu dan gerapu atau pisau.... macamana nak pegang mende-menda tu..... jangan la kat table enko tu .....enko makan berbunyi macam lagu dondang sayang.... masak dibuatnya...

Berapa dish.... sebab nak kawal makan.... ( kalau tau la ).....

Siapa lak yang datang.... Agong kea... PAT kea.... Ketua Polis kea....sebab mess nite nie ada banyak kategori...

Oii banyak la.... better you suruh bf you ajar sikit..... itu pun kalo dia dah biasa....

Well... 1st time gitu lea.....

dhia_khumairaa Publish time 16-6-2011 08:43 AM

thanks fcoy..bf i mmg akn ajar tp i nk get ready awl2..dato' pn ada sekali..yg i thu event ni mmg bnyk protokol..mkn kena ikut muzik semua bagai tu kn..that y nk sapa2 yg pernah join event ni share serba sedikit experience tu..hope dapat membantu i nanti..

cloud_hardcore Publish time 16-6-2011 10:41 AM

well...

1: bf ko tu rank pe?
2: ni utk tentera or polis
3: VIP tu sape? Dato' tu byk wei...

uzisyaziha Publish time 16-6-2011 11:28 AM

Post Last Edit by uzisyaziha at 16-6-2011 11:30

Ni adalah panduan yang selalu saya berikan pada mereka2 yang bakal menghadiri messnite..

PERKARA PALING UTAMA:
MAKANAN
*Adalah amat baik sekali jika kita tahu adab di meja makan rasmi. Supaya kita tak kekok karang.
* Makan hanya biler muzik dimainkan sahaja
*Makan dengan penuh sopan
*Konsep utama makan semasa messnite ialah hanya sekadar merasa makanan tersebut. bukan nyer melantak puas2. sebab itu lah kita digalakkan makan dulu sebelum datang ke majlis messnite
PAKAIAN
*Baju kurung samada moden atau kurung asli dan juga kebaya labuh. Kebaya pendek dan ketatadalah dilarang sama sekali. Kalau pakaian dan penampilan kita agak keterlaluan, berkemungkinan akan ada isteri officer atau pengerusi BAKAT yang akan tegur penampilan kita. So, berhati2 lah yek
*Warna baju yang dilarang adalah kuning dan purple jika ada kerabat diraja kerana warna tersebut warna diraja.
*Selendang hanya untuk mereka yang tak pakai tudung. Dipinkan di bahu kanan. Kalau dah pakai tudung, tolonglah jangan pakai selendang, sebab tak sesuai dan tak ikut protokol ke majlis rasmi
*Jangan pakai pakaian yang seksi dan nipis. Janganlah pakai tube dan menampakkan tube yang dipakai sebab kita ke majlis rasmi dan bukannya ke pertunjukan fesyen.
KASUT
*Pakai kasut bertutup dan bertumit sahaja
*Kasut yang menampakkan hujung jari adalah amat tidak sesuai sekali.
BEG TANGAN
*Pakai yang simple dan kecik dan senang untuk disangkut di meja. sebab tu lah digalakkan beli penyangkut untuk handbag. kalau buleh belilah clutch bag supaya senang dibawak..

SEMASA HARI KEJADIAN:
-      Selalunya messnite akan start kul 8 malam. Tapi dari kul 7.30 malam kita dah kene datang dah
-      Sampai je kat tempat yang dituju, AJK akan beri sekuntum bunga pada kita
-      Bila dah dapat bunga, kita buleh tengok kat mana tempat duduk yang dah ditetapkan untuk kita, supaya bile masuk je, terus kita menujuke tempat duduk kita tu... masa ni gak, waiters akan beri Welcome Drink dan masa ni, pasangan kita kene mingle around dengan kengkawan depa dan depa akan biarkan kita plak untuk mingle around dan berkenalandengan kengkawan pompuan yang lain. Tapi ada gak pasangan yang akan sentiasa bersama dengan kita sebab takut kita tak biasa dengan keadaan macam tu. Kena jadik peramah sebab masa ni lah kita kene carik kawan seramai yang mungkin, supaya nanti for the next messnite, kita dah ada kawan dan kita tak kekok lagi karang.
-      Memang agak lama gak lah duduk kat luar tu dan kat sini gak kita akan tengok isteri2 pegawai akan duduk sekelompok dengan kengkawan BAKAT yang lain sebab depa dah biasa jumpa dan berborak...
-      Pastu ada orang yang akanpukul gong sebanyak 3 kali. Dia akan announce ”Dato, Tuan2 & Puan2 yang hadir, makanan telah siap disediakan”.
-      Bila masuk dalam ballroom je.. kita akan tengok banyak meja panjang macam kat dining masa kat hostel. It’s depend pada crowd... kalau ramai.. makanya... banyaklah meja panjang tersebut, kita kene duduk kat seat yang telah ditetapkan untuk kita dan pasangan. Selalunya pompuan akan duduk sebelah pompuan dan lelaki sebelah lelaki supaya kita tak lah boring sangat dan dapat berborak2 dengan nada perlahan dan penuh sopan.
-      Bila dah jumpa tempat duduk masing2... kita akan nampak nama kita dan pasangan kita atas meja masing2 dan berdirilahkat belakang kerusi masing2 sementara nak tunggu VIP masuk. Then, biler VIP masuk, depa akan diiringi oleh Kumpulan Bag Pipers.
-      Bila VIP sampai ke High Table, semua kene nyanyi lagu tapi lupa plak lagu apa
-      Pas habis nyanyi, VIP akan duduk dan baru lah crowd buleh duduk.
-      Masa kat sini, akan ada beberapa part yang mana pasangan kita akan buat toast dan pastu, kita plak yang akan buat toast untuk pasangan kita. Pastu semua akan duduk termasuk VIP. Masing2 bubuh la napkin kat peha masing2…
-      Then, MC akan bgtau… makanan akan dihidangkan sebentar lagi. Nanti org kat hotel tu akan nyalakan lilin n terus padamkan lampu… kira macam candle lite dinner laaa… Kemudian akan masuk beberapa waiter untuk food serving for VIP laaa. Barulah waiter2 lain masuk plak.. selalunya satu couple, sorang waiter. Tapi kalau hotel kecik, depa akan settlekan dari sesatu meja dahulu, baru gi ke meja lain. So, kenelah kita tunggu depa settlekan meja lain dulu, baru buleh makan biler diarahkan.
-      Bab makanan plak : First sekali appetizer. Semua akan start makan bila muzik dimainkan. Abih muzik berenti la makan… waiter2 tu akan masuk ambik pinggan kosong tadi… Biasanya hanya 2 lagu akan dimainkan masa makan appetizer nih.
-      Sapa yang habis awal, ada bun kat tepi, boleh la nak jadik kudap-kudapan. Waiter2 yang tukang angkat pinggan tu pon ada protocol dia nak angkat n hantar pinggan. Diorg kena buat semua serentak…
-      Lepas angkat pinggan..2nd menu plak. Mcm biasa.. soup of the day… Guna soup punya spoon. Makan bila muzik dimainkan. Macam tadi gak.. lagu habis letak la sudu, waiter angkat.
-      Tunggu 4 main course. Biasanya..awal2 lagi sebelum datang dinner diorg dah tnya.. kita dan pasangan kita nak makan apa, iaitu samada nak daging/ayam/ikan. So, biler depa nak hidang makanan kita, depa dah tulis siap2 yang kita ni makan apa.Masa main course, 3 atau 4 lagu dimainkan. Makan la ala-ala steak tu. GunaFork & Knife… Untuk menikmati main course la kan. Lagu habis, waiter angkat pinggan… sebab tu lah... kekadang, kita rasa tak puas makan, sebab tak habis makan lagi, lagu dah habis dan depa dah angkat pinggan kita. Tapi jangan bimbang, kat buku aturcara yang ada kat atas meja kita nanti ada ditulis senarai semua lagu yang akan dimainkan masa kita tengah makan karang dan kiranya kita buleh agak biler kita kene berhenti makan, berdasarkan muzik yang akan didendangkan karang.
-      Tang dessert plak.Guna fork n spoon for dessert yang disusun kat depan. Lagu pon dimainkan gak. tapi mungkin 2 lagujelah...
-      Ooo…relative nya lagu2 nih dimainkan..selain sebagai halwa telinga ia juga berfungsi sbagai untuk mengelakkan bunyi2an dari fork spoon berlaga dengan pinggan ke hapa ke …kedengaran dengan ketaranya…
-      Pastu waiter akan kemas meja. Tinggal cawan utk coffee or tea… Pastu smbil minum kopi dan makan kudapan macam biskut, adalah ucapan2 daripada VVIP yang hadir.
-      Then, sesambil minum tea or coffee tu, kita akan dihiburkan dengan lagu2 nyanyian. Masa ni lah... akan ada tarian poco2, tarian slow, rancak dan sebagainya.
-      Untuk ahli BAKAT, kalau pengerusi BAKAT nyer bangun untuk menari, maka, depa pun kene menari sama. Begitu juga kalau kita hadiri messnite yang dihadiri oleh Sultan atau Agong, kita WAJIB menari sama, selagi depa tak duduk, kita tak buleh duduk. Ituperaturannyer. Kalau buleh, kenelah tahu serba sedikit tarian poco2... dan kalau buleh, janganlah nak over2 menari sebab masa tu, pasangan muda ni akan jadik perhatian isteri2 officer dan depa akandijadikkan bahan kritikan sahaja.Cukuplah bersederhana sahaja sebab kita kena jaga nama baik pasangan kita.
-      Saya pernah hadiri messnite yang mana, masa lagu slow sedang dimainkan, ada satu pasangan ni yang dok menari sakan. Hanya pasangan tu je yang menari, sedangkan kengkawan yang lain hanya tengok je... Siap kene kutuk dengan ramai orang plak tu... Malu wooo.. sebab pegawai2 yang lain dok kutuk yang pompuan tu seksi lah.. senang dibawak ke biliklah, senang kena peluklah dan memacam lagi lah... sampai kita yang dengar pun jadik malu dibuatnyer...
-      Ada gak pasangan yang menggunakan messnite ni sebagai tempat untuk dia berkepit dan bercumbu mesra sepanjang masa dengan pasangan... sampai kita yang tengok jadik rimas. Jangan terlalu nak berkepit sangat sebab orang akan pandang semacam. Sebab tu lah, digalakkan untuk mencari kawan pompuan yang lain. Masa makan memang susah nak carik kawan, tapi lepas habis makan nanti, kebanyakan lelaki akan gunakan masa tersebut untuk gi merokok. So, cuba lah untuk cari kawan masa tu.
-      Ada gak beberapa kenalan yang saya kenal yang mana pasangan depa tak nak bawak depa selagi tak kawin lagi sebab bagi lelaki tu tak nak show off pasangan depa kat orang ramai.. masa dulu2.. bagi orang bujang... messnite ni adalah tempat untuk lelaki bujangberfoya2 dengan pompuan lain. Tapi sekarang ni, rasanya keadaan dan berubah.
-      Messnite ni, biasanya habis dalam kul 12 malam, tapi selalu gak, akan habis sampai kul 2-3 pagi, malahan pernah gak sampai kul 4pagi.
-      Apa pun, pakai lah pakaian yang simple but elegant dan jagalah peribadi kita dengan sebaik mungkin. So, semuga semuanya berjalan dengan lancar masa messnite nanti yek, dan apa yang saya sampaikan ni adalah basic sahaja dan biler adik dah lalui baru lah adik dapat jadikan ia sebagai satu pengalaman yang amat bermakna sekali.
So, gud luck yek.

dhia_khumairaa Publish time 16-6-2011 12:06 PM

thanks akak uzisyaziha..dengar akak bagitahu pn da pening..my bf tu rank dia kapten..seram sejuk jadinya..tak dapat nk bayangkan bila dah ada kt sana nanti..hehe..sy biasa join dinner tp kalau event yg army cam mess nite,nilah first time..akak,kalau pakai kebaya nyonya pn xboleh eaaa..

uzisyaziha Publish time 16-6-2011 12:26 PM

thanks akak uzisyaziha..dengar akak bagitahu pn da pening..my bf tu rank dia kapten..seram sejuk jad ...
dhia_khumairaa Post at 16-6-2011 12:06 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
u r welcome...

kebaya nyonya tu pendek dan ketat tak? sebab kalau pendek dan ketat.. macam tak sesuai je..
takut nanti kene tegur...
tapi tak mustahil... ada gak yang pakai untuk ke messnite sebab selalu gak nampak girlfren askar hat muda2 ni dok pakai baju macam tu.. tapi lepas tu... pengerusi BAKAT akan datang dan tegur lah.. sebab messnite ni bukan tempat untukberlumba2 tayang body.. apa yang penting... sentiasa bersederhana...

uzisyaziha Publish time 16-6-2011 12:30 PM

akak pernah dengor keluhan gf2 askar hat muda2 ni yang tidak buleh terima teguran daripada pengerusi BAKAT...
depa kata.. pengerusi BAKAT tu jeles sebab dia tak buleh nak pakai baju2 macam tu sebab dah tua...

alahai... hat tua2 ni nak nasihat hat muda supaya hat muda tahu bawak diri.. dan jangan terpesong dengan ajaran agama islam.. tahu lah.. tak semua orang dapat attend messnite.. hanya mereka yang berpasangan dengan peg tentera je yang dapat attend messnite.. tapi bukan bermaksud mereka buleh dok tayang body dan kecantikan secara berlebihan...
hmmm.. memacam lah..

dhia_khumairaa Publish time 16-6-2011 12:42 PM

xketat pn kak..sy pn xsuka nmpk sgt bentuk badan nie..sedang2 jew..sy xnak jd perhatian orang2 kt sana kak..sy pilih kebaya nyonya yg labuh sikit..mula2 tu sy ingt xnk join tau kak..tp kesian lak kt bf sy yg beriya2 jemput sy..nk xnk terpaksa la belajar jugak sikit2 protokol mess nite tu..

dhia_khumairaa Publish time 16-6-2011 12:48 PM

sy nie mmg simple jew orangnya kak..join mess nite ni pn sbb xnk bf sy kecewa..dia harap sgt sy dpt attend..sy snggup dtg dr jauh ni..hehe..semangat x kak?huhu..ini akan jd experience sy yg pertama mybe terakhir..pas ni xnk g da..sekali jew dapat join pn cukup la..hik3

uzisyaziha Publish time 16-6-2011 01:13 PM

Reply 11# dhia_khumairaa

aik? apesal lepas ni tak nak pi lagi?
pi je lah..
nanti kalau tak nak pi... tak pasal2   BF angkut pompuan lain sebagai peneman.. tak ke haru...

ni lah masa nak jumpa kawan...
dan ni lah masa nak kenal sapa kengkawan BF...
sebab askar ni.. semangat setiakawan depa memang kuat..
coz if anything happen pada BF aka suami kita satu hari nanti.. kengkwan depa gak yang akan datang tulung family kita..

BF adik nak beri peluang pada adik untuk kenal dengan pasangan kawan2 dia..
dan BF adik pun mungkin nak kenalkan adik dengan orang atasan dia..
so.. ambik kesempatan ni untuk tahu cara kehidupan depa macam mana..
supaya nanti adik dapat adapt dengan kehidupan depa...

macam akak..
sebab dah biasa dengan BAKAT.. so.. memang rapat dan selalu lah jumpa dengan ahli BAKAT yang ikut asben masing2 ke messnite..
biler kita jumpa kengkwan yang sama aliran dengan kita.. lagi kita seronok nak joint..

jofizo Publish time 16-6-2011 02:42 PM

perghh bestnyer sambil berpeluk berdancing........... :lol:

fcoy Publish time 16-6-2011 05:56 PM

Ha dhia.... nampaknya dah tau serba-sedikit detailnya pasal mess nite..... kak uzi ni bagi tau....

Itu la nasihat serta pandangan dari mak ande-mak ande nie..... ;P

Dah lupa lah .....maklum lah perkaranampak natural selepas kita biasa attend mess nite nie... itu pun dah lama tinggal ..... dulu......macam-macam manners kena hafal....

Well... if you want to be a wife of an army officer.... you got to attend all occasion related to it....

Walaupun keadaan sekarang tak seperti dahulu ( dalam banyak hal ).... mengenali hati bakal suami itu penting.... dan juga cara pergaulan mereka sehari-hari....

Dinner tak sama dengan mess nite... dan banyak lagi occasion yang ada dalam askar nie.....

So be prepared.... and good luck.... :bye:

perang_sivil Publish time 16-6-2011 11:58 PM

Makan mcm kat umah je ...

dhia_khumairaa Publish time 18-6-2011 08:18 AM

thanks kt semua yg bg support..kak uzi,bkn xnk pergi tp komitmen keja..dah la jarak sy dgn bf jauh..tu yg mcm susah sikit..hope semuanya berjalan lancar..doakan eaa..hehe

dhia_khumairaa Publish time 18-6-2011 08:21 AM

perghh bestnyer sambil berpeluk berdancing...........
jofizo Post at 16-6-2011 14:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/quot

haha..dpt jd partner bf pn da bangga sgt dh..rasanya tak perlu sampai nk expose cm tu kn..:lol:

uzisyaziha Publish time 20-6-2011 08:06 AM

TQ mod yip...

cmf_yipun78 Publish time 20-6-2011 02:40 PM

Reply 18# uzisyaziha

Terima kasih x terhingga pada Uzi sebenarnya, sebab rajin gak tolong adik2 :) harapkan saya nak cari info, bizi ya amat lately ni .... semoga ramai dapat manfaat dari persoalan yang diutarakan dan apa yang perlu dibuat supaya mengikut etika majlis :bye:

cmf_yipun78 Publish time 20-6-2011 02:42 PM

perghh bestnyer sambil berpeluk berdancing...........
jofizo Post at 16-6-2011 14:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


eppp, tingat kenangan lama ke Jo :lol:
Pages: [1] 2
View full version: All About Mess Nite


ADVERTISEMENT