din88 Publish time 13-6-2011 10:39 PM

Markah LNPT/SKT tidak memuaskan ?

Berapa peratus markah LNPT yg baru dikatakan memuaskan ? 60% ?( Sorry tanya soalan camni sebab sy staf gomen baru )

Kalau seorang staf tetap gomen yg masih dlm tempoh percubaan mendapat markah LNPT rendah/tidak memuaskan, adakah dia akan ditamatkan perkhidmatan ? Beliau xde masalah disiplin seperti ponteng kerja, MC palsu dsb, tetapi prestasi kerja beliau teruk yg menyebabkan markah LNPT rendah .....

matrik02 Publish time 13-6-2011 11:33 PM

kenapa rendah?

teky Publish time 14-6-2011 08:11 AM

aswat rendah sgt ko?? sampai 60%.. ko ader KPI x?? capai tak KPI ko..

untuk mengekalkan prestasi dan agar dpt kenaikan pangkat yg cerah...

penilaian seharusnya 85% dan ke atas.... kalo bawah sgt neh cam ko xperform ar..

ko ader prob ngan bos ko ker??

din88 Publish time 14-6-2011 08:40 AM

a'ah, x capai KPI ... so, ak ni kira masih selamat ke ?

houdini Publish time 14-6-2011 08:56 AM


Datang keje punch card pastu hilangkan diri ke ni ? :o

teky Publish time 14-6-2011 09:21 AM

Reply 4# din88


   level untuk selamat kene la 85%.. sebab mende neh dinilai time untuk kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.... kenaikan gaji tuh mmg la akan nek setiap tahun tpi mungkin..mungkin sebab mende nie akan ditangguh...
ko xcapai KPI?? da tau xleh capai naper x dropkan dri KPI.. kan die ader 3 stages untuk set kan KPI neh.. ko xbincang ngan pegawai penilai petama??

teky Publish time 14-6-2011 09:21 AM

Reply 5# houdini


   xpon berporum ja kijernyer :lol:

zeeghaz Publish time 14-6-2011 09:33 AM

Markah LNPT tu penting untuk dapat APC, sambung belajar dan kenaikan pangkat. Tunjukkan prestasi kerja anda agar markah tu mencapai tahap yang memuaskan. Tapi kalau tiba-tiba naik mendadak nanti orang akan pertikaikan jugak. Kekalkan prestasi anda sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut untuk dapat APC dan sebagainya tu.

Janganlah pulak jadi kaki kipas, itu pun orang tak suka juga.

din88 Publish time 14-6-2011 10:06 AM

KPI tuh pengarah dah tetapkan, mana boleh ubah2 dah....

Aku x risau kalo x naik pangkat, x dapat APC ke apa.....risau kena pecat / ditamatkan perkhidmatan je ni...

Aku bukan jenis kaki kipas / bodek ... Ekceli I'm pendiam dan segan dgn pegawai2 yg lagi besar pangkat...

din88 Publish time 14-6-2011 10:10 AM

Selain itu, sy juga ada masalah komunikasi dlm B.Inggeris. Slalu x paham dgn istilah2 yg diguna oleh pegawai senior....

Juga, sy ada mslh cepat mengantok wlaupun dh tido awal mlm tadi.

teky Publish time 14-6-2011 10:16 AM

Reply 9# din88


   betul..kalo xsilap aku die akan review 3 kali setahun... awal tahun pertengahan tahun dan akhir tahun....
agaknyer ko xtahu kot.... tu la pendiam sgt pon xmenolong dlm career ko... xder org leh tolong ko melenkan diri sendiri...

houdini Publish time 14-6-2011 11:38 AM

Replyhoudini


   xpon berporum ja kijernyer
teky Post at 14-6-2011 09:21 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Tapi masih beginner :lol:

houdini Publish time 14-6-2011 11:42 AM

KPI tuh pengarah dah tetapkan, mana boleh ubah2 dah....

Aku x risau kalo x naik pangkat, x dapat...
din88 Post at 14-6-2011 10:06 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Kaedahnya bukan masalah kaki bodek ketak
Kalau kerja jalan takkan bos nak bagi markah serendah itu

Ini seolah-olah tak buat kerja langsung tau a.k.a makan gaji buta gitu! :o

Motif sangat, takkan la tak paham konsep kalau baru masuk kerja WAJIB kena tunjuk rajin! :lol:
Kerja mesti siap, walaupun lambat atau banyak salah

Jangan jadikan pendiam sebagai alasan, malu bertanya sesat jalan :$

keys Publish time 14-6-2011 11:55 AM

Din, aku bukan nak demotivate engkau tapi ikut current trend ni 60% mmg ibarat kau tak berfungsi. Kalau tak faham kau mesti rajin bertanya. Kalau diam then buat salah orang akan kata kau bodoh sombong. Bila bos bagi arahan kalau tak clear kau ulang arahan dia. Lagi satu jangan tido waktu pejabat atau kat meja, hodoh sangat.

teky Publish time 14-6-2011 12:09 PM

Reply 12# houdini


   SR laa.aper lagi...

ruffleen Publish time 14-6-2011 12:14 PM

90%......baru boleh tarik nafas lega

din88 Publish time 14-6-2011 07:28 PM

Maksud hamba, kerja hakiki/utama yg x siap. Ok camni, tugas hakiki hamba ialah kena develop projek sistem IT ( tugas utk level Officer kat sini ). Tapi hamba ni seorang yg x berapa pintar dan tak dapat buat sistem itu. Nak bukak tender / outsource luar x buleh kerana ia melibatkan maklumat sensitif kementerian....

Tapi kalo kerja-kerja lain yg diarahkan buleh je wat cth mcm : buat report, conduct ceramah/bengkel, jaga aset jabatan, keselamatan jbtn, etc. Tapi tu semua adalah keja sampingan ( bukan level Officer ).

Yang dikira dlm KPI kan tugas hakiki ....

Ada sesapa yg sama / lebih kurang sama kes cam aku tak ?

gebang Publish time 14-6-2011 09:43 PM

atau bos memang jenih kedekut markah...pernah dpt bos mcm ni...kedekut markah bg dia 70 tu mcm sangat tinggi dah

zaidi_jb Publish time 14-6-2011 09:54 PM

Dekat tempat saya, 90% baharu dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Kalau staf kontrak nak dilanjutkan kontraknya, hendaklah mendapat 80% ke atas. Kalau dapat 79 ke bawah, selamat tinggal diucapkan, tiada pelanjutan kontrak dan terus ditamatkan perkhidmatan. :)

reenz013 Publish time 14-6-2011 10:55 PM

Post Last Edit by reenz013 at 14-6-2011 23:05

salam tt,

markah lnpt yg baik or memuaskan adalah 80% - 89%..lau dpt 90% n ke atas dh kira cemerlang...lau bawah dr 50%...meaning prestasi anda adalah rendah
faktor anda mendpt markah mcmtu..mybe sbb anda x perform...or anda gagal mencapai skt yg tlh ditetapkan...pihak pengurusan xkn buang anda begitu shj disebabkn markah lnpt rendah...pegawai penilai pertama or kedua (ppp/ppk) akan memanggil pegawai yg dinilai - (pyd/anda) utk kenalpasti masalah pyd (anda)..lau x ok gak dh jumpa face to face tu....pihak pengurusan akan bagi amaran lisan ..seelok2nya...bagi sekali je amaran lisan ni...ada gak yg dpt 2 or 3 kali amaran ni tp bergantung pada keadaanla..... seterusnya lau x ok gak...pyd (anda) akan dptlak amaran bertulis secara pentadbiran...amaran lisan bertujuan untuk memberi peluang kpd pegawai memperbaiki kelemahan dan permasalahan yang dihadapi tanpa perlu unsur hukuman....lau x ok gak...pihak pengurusan leh transfer anda ke tmpt len..bg rasai suasana kerja baru...suruh anda hadiri kursus berkaitan motivasi ke...apa yg berkaitan dgn permasalahan yg dihadapi anda...pi sesi kaunselingke...lau x ok gak....silalah antar surat berhenti keje kt pihak pengurusan yer...hehehe

apapun semua penjawat awam nk2 lg kumpulan sokongan 2 kena tahu bahawa LNPT ini adalah penting untuk :

1. mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai
2. mengenalpasti potensi pegawai
3. kemajuan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan, penempatan dan pembangunan
    pegawai
4. anugerah perkhidmatan cemerlang/bintang kebesaran/surat penghargaan
5. penentuan pergerakan gaji

kt tmpt aku ada gak ppp/ppk yg kedekut bg markah....padahal jpa dh kasi penerangan kt dorang2ni bout Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam berserta garis panduannyer...even org jpa tu pun ckp....lnpt ni penting..jgn suka suki men ltkje markah orgtu...if ppk/ppp ada masalah peribadi ngn pyd tu or ngn org lenke...jgn campur adukkan semasa prosespemberian markah tu...tp selalunyer cmtulah yg jd kt tmpt aku
Pages: [1] 2 3
View full version: Markah LNPT/SKT tidak memuaskan ?


ADVERTISEMENT