7teen Publish time 7-6-2011 07:20 PM

Lara Gadis Laili (U)

PROLOG

http://wana93.files.wordpress.com/2010/02/muslimah.jpg   


MALAM yang sepi itu seakan membiarkan AyaanHirsi lari lepas dari segala permasalahannya.Langit yang gelap agak membataskanpemandangannya.Dan ternyata,bintang-bintang pun tidak tega menjadi saksi ataskesengsaraan seorang Hawa bergelar Ayaan Hirsi itu.Ayaan terpaksa mengensotperlahan-lahan.Kedua-dua telapak tangannya sudah luka teruk.Pada tangan-tanganitulah dia sandarkan harapan untuk lari jauh dari neraka itu.Dia sudah lelahmenjadi mangsa keadaan.Dan kerana cintanya pada Moois Mundzar,lelaki pertamayang mengetuk pintu hatinya itulah ,dia masih menggagahkan diri membakar lilinkehidupan meskipun dia sedar kebarangkalian yang mendatang.Dan seringkali jugahatinya membentak,agar dia diceraikan.Tegakah dia?

Seingatnya,semenjak dia dansuaminya,Moois Mundzar menjejakkan kaki mereka ke villa milik Toh Puan SriCarmiesha,ibu mentuanya itu tidak jemu-jemu menghujaninya dengan cercaan danpenghinaan yang begitu pedih untuk dicerna.Pada pandangan ibu mentuanyaitu,segala tingkah laku Ayaan Hirsi begitu jelik dan ada saja kurangnya.

Bapa mentuanya,Tan Sri Chalidz pulatidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk dia mengapi-apikan lagiisterinya itu.Bagi Ayaan,jika Tan Sri Chalidz tidak memulakan sesuatu ulah ataupertelingkahan,dia tidak seharusnya bergembira kerana ibu mentuanya ,Toh PuanSeri Carmiesha itu lebih banyak akalnya dan lebih azab seksanya berada di bawahkekuasaan wanita diktator itu.Neraka yang dicipta ibu mentuanya sudah cukupmenyengat sendi-sendi tubuh Ayaan.Cercaan dan penghinaan yang datang silihberganti sudah menjadi satu rentak dan irama yang berpadu dalam kamus hidupseorang menantu bernama Ayaan Hirsi itu.

“Ah,kemanakah arah yang sepatutnya akutujui?,”Ayaan Hirsi yang kewalahan dan kesakitan itu terhenti seketika.Masayang berlalu turut terasanya terhenti.Dia memegang perutnya itu.Kandungannyayang sudah mencecah delapan bulan dan sarat itu membataskan dia bergerak denganlebih pantas.Dia memandang sekeliling.Tiada tanda-tanda ada orang
lalu lalang di kawasan itu.Tidaksemena-mena,kenangannya pada Moois Mundzar,suaminya yang tercinta melayangjauh.Sesekali,dia menyeka untaian air mata hangat yang membasahi pipinya.
2 tahun sebelumnya….


Pada hari itu merupakan hari ulangtahunperkahwinan Ayaan Hirsi dan Moois Mundzar yang kedua.Ayaan yang begitu gembiratelah bangun lebih awal berbanding hari-hari biasa.Toh Puan Sri Carmiesha yangbegitu membenci ikatan cinta suci antara Ayaan Hirsi dan anaknya,Moois Mundzartelah merancang pelbagai kejutan buat kedua-dua pasangan itu nanti.Selakuseorang pelakon kelas pertama,Toh Puan Sri Carmiesha memulakan pagi hari itudengan senyuman dan perbualan yang dibuat-buat.Hanya Ayaan yang menyedarisandiwara Toh Puan Sri Carmiesha itu.

Ayaan yang sedang menyapu jem blueberipada roti berasa kurang senang dengan pandangan tajam ibu mentuanya itu.Diabegitu sakit hati melihat perlakuan ibu mentuanya itu.
-Ah,jangan harap kauakan memiliki harta-harta Moois,Ayaan! kata hatinya.Dia menjegilkan kedua-duabola matanya.Ayaan yang sedari tadi diam menjadi semakin pendiam.Sepatahditanya,sepatah juga yang dijawabnya.
-Aku juga takkanmembenarkan kau melukakan Moois!Jaga-jaga Puan Sri….dia menundukkan sedikitpandangannya.Dia sudah nekad.Dia akan bertindak .

Tiba-tiba,Tan Sri Chalidz yang sedaritadi sedang asyik menonton drama swasta duduk di sebelahnya.Ayaan sedikitkaget.Hampir terlepas roti yang dipegangnya.Dia memang tidak gemar akan bapamentuanya yang mata keranjang itu.Meluat.Menyampah.Melampau.Itulah sahajakata-kata yang dapat Ayaan nyatakan mengenai bapa mentuanya itu.

Lelaki yang berusia lewat 60-an itumenuangkan kopi panas ke dalam cawannya.Dituangnya kopi itu perlahan-lahan.Diambilnyasudu dan dikacaunya.Lelaki berumur itu berhati-hati memulakan bicaranya.
“Ayaan,sanggupkahkamu membiarkan kami ternanti-nanti akan kehadiran orang baru dalam rumahini?”soal bapa mentuanya.Cermin mata yang berada di hidungnya diangkatnya keatas.Mukanya didongakkan kearah Ayaan.Dia mengharapkan jawapan.
“Orang baru?Apa maksudayah?Ayaan tak faham…”suara Ayaan agak mendatar menandakan kekesalannya.
“Yalah……takkan kautak faham kot?Maksud bapak kau tu…..cucu !”sampuk ibu mentuanya.Dia tersenyumsinis.
“Entahlah….mama…papa…”balasAyaan .Ada genangan air mata di bawah kelopak matanya yang mulai merah itu.Diatahu dia tidak dapat memberikan zuriat.Suatu asset yang berharga buatMoois,suaminya itu.
“Kami ni….bukannyaapa…Ayaan.Kami takut kau tu mandul!”balas ibu mentuanya itu.Sekuntum senyumanmengejek dilemparkan kepadanya.

Hampir tersedak Ayaan dengan kata-katayang meluncur laju dari mulut ibu mentuanya itu.Namun,dia cubamenyembunyikannya.
“Ya,benar kata ibumuitu!Kami takut kau tu…..mandul!”sampuk Tan Sri Chalidz pula.

7teen Publish time 7-6-2011 07:26 PM

“MANDUL?Macam mana pula dengan Abang Moois?”jawab Ayaan mempertahankan diri.Dia berasa sangat tidak berpuas hati.Masakan sih,hanya dia yang bermasalah.Ibu mentuanya tidak pernah puas menganiaya diriya.

“Untuk pengetahuan kau,perempuan yang tak sedar diri……keturunan kami tak pernah ada yang mandul,kau tahu?”tengking Toh Puan Sri Carmiesha

“Maksud mama,Ayaanlah pencetus segala kekalutan ni?”Tanya Ayaan

“Memanglah…..kau tengoklah walid dan umi kau ………Ada ke mereka beranak banyak?”balas ibu mentuanya menyindir

“Apa maksud mama?”

“Alah,kau tu kan ……anak angkat!Sedarlah sikit diri tu!Mana mak bapak kau?”

      Tersentak dengan tengkingan mamanya itu,Moois Mundzar mula menenangkan keadaan.Dia tidak mahu pagi yang ceria itu berubah mendung.Dia menghampiri isterinya.Diurut-urut Ayaan Hirsi yang masih tidak berpuas hati.

“Mama…..”kata Moois seakan tidak berpuas hati dengan tindakan mamanya itu.

“Dah itu yang sebenarnya……Mama cakap je lah….”balas mamanya ringkas

“Sayang,abang harap sayang pasrah.Sebenarnya….”Moois berasa serba salah untuk meluahkan kebenaran.Memang kebenaran itu pahit.

“Sebenarnya apa,Abang?”Tanya Ayaan inginkan kepastian

“Kau cakap je lah,Moois!Tak payah nak sorok-sorok.Biar dia tahu yang sebenarnya”

“Tahu apa,Abang?Cakaplah.”Gesa Ayaan.

      Ayaan memalingkan mukanya kearah Moois.Suaminya itu berasa tidak keruan.Ada riak risau pada kanvas wajahnya.Dia menggenggam erat jari-jemari Ayaan.Mata Ayaan yang redup ditatapnya.Dua pasang mata saling bertentangan.Ayaan menanti.Moois terpempan.Dia mengambil nafas sedalamnya.

“Sayang,sebenarnya…..abang dah pun berkahwin lain…Maafkan abang.”bisik Moois ke telinga Ayaan perlahan.

      Ayaan yang sudah menjangka keadaan itu akan berlaku,hanya mampu mengucap.Jantungnya bagai ingin tercabut.Gugur.Hancur berderai.Mahligai kasih yang dia impikan ternyata perlu diakongsikan dengan insan lain.Siapa?Siapakah insan yang sanggup merenggut kebahagiaannya yang mulai mekar?

         Kota cinta yang dia cuba pertahankan selama ini……akhirnya,runtuh juga!Dan bersalahkah dia untuk menjadi seorang arkitek yang keras kepala?Hanya kerana dia mengimpikan sebuah kota cinta yang indahkah Moois mencari lain?Mungkinkah?

“Ayaan tak kisah.Cuma…Ayaan nak tahu. Siapa dia madu Ayaan?”Dia menyeka air matanya.Dia perlu bertindak professional.Dia tahu ini semua hanyalah permainan Tan Sri Chalidz dan Toh Puan Seri Carmiesha.Dia akan tabah menghadapinya.

“Abang rasa,Ayaan kenal betul orangnya.Namanya Tengku Marlydza…”jawab Moois.Sebenarnya dia agak keberatan untuk memberitahu hal tersebut pada Ayaan.Tapi,bila dia fikirkan kembali.Entahlah.

-Kau,Marlydza?Sampainya hatimu meragut kebahagiaanku ,teman.!Allah!

    Lamunannya terhenti.Dan masa seolah mendapatkan kekuatannya kembali.Reranting zaman turut menebarkan detik-detik yang berlalu dan tidak mungkin dia kejar kembali.Dia redha.Dia pasrah.Ayaan Hirsi mengumpulkan kembali tenaganya.Dia mengengsot membawa pergi hatinya yang luka.

    Ketika dia melewati sebuah jalan.Dia rasa dirinya diekori.Mungkinkah?Adakah Malaikatul Maut sudah siap menjemputnya ?Tiba-tiba, dalam samar malam itu,dia ………………………………………………………..

asyriqa Publish time 7-6-2011 10:05 PM

suspen... sapa yg ikut ayaan... sambung lagi dik...

7teen Publish time 8-6-2011 12:35 AM

BAB SATU

MARYEA sebuah nama yang cukup indah.Keindahannamanya sesuai persis orangnya.Berdarah kacukan gadis pergunungan Himalaya dan pria Malaysia.Kulitnya yang putih dan mulusbegitu menggiurkan jejaka-jejaka yang menatapnya.Hidungnya mancung.Bibirnyayang merah merekah bak delima ranum.Lehernya jenjang.Alis matanya yang halusdan lembut itu meredupkan pandangan sesiapa sahaja.

Ya,dialah gadis yang tinggal dipergunungan Himalaya.Berhampiran Tibet pada hematnya.Menurut kataorang-orang,kaumnya,kaum Hunza bisa meraih kesihatan yang lama.Lihat sajakekekaran otot-otot para pria di pergunungan Himalaya itu akan kekal sampaimencecah seratus tahun lebih.Keayuan dan keindahan kanvas wajah anak-anak gadisdi lembah itu juga akan kekal.Baginya,di lembah itulah dia menemui syurgadunia.Indah.Mendamaikan.Di kelilingi orang-orang yang begitumengasihinya.Mungkinkah kasih itu diragut daripadanya?Mungkinkah cintanya padalembah dan gunung itu akan pudar?Baginya,itu tidak mungkin.


“Maryeea!Apa saja yang kamu angankanitu?Ayuh bantu ibu!,”

Lamunannya terhenti.Muncul seorangperempuan tua dalam pakaian hariannya itu.Baju yang lusuh.Kain yang sudahbertampal sana-sini.Perempuan itu lewat 40-an.Ya,pada perempuan tua itulah diamenggantungkan harapan dan meraih kasih sayang.Meskipun perempuan tuaitu,Hushyaidah tidak pernah menganggapnya sebagai seorang anak.PadaHushyaidah,Maryeea hanyalah hamba suruhannya.Hasil kesengsaraan Ayaan yangberubah menjadi kesenangan dan kemewahan Hushyaidah.

“Ya,saya datang!”sahut Maryeea.Diaberlari-lari anak kearah rumahnya itu.Sebuah rumah.Gedung yang paling besar dilembah itu.Arwah ayah angkatnya seorang ketua kepada puak Hunza.Dan diamempunyai pengaruh yang begitu besar.

Kata-kata ayah angkatnya itudianggap muktamad.Katanya,apa-apa saja yang terbit dari mulut dan tenggorokannyaitu adalah kata-kata Tuhan Sang Pencipta.Itulah manusia.Mengagungkan dirisendiri hingga lupa pada hakikat yang sebenarnya.Dan dia sendiripun masih belumpasti akan kewujudan Tuhan Sang Pencipta.

Rata-rata penduduk di lembah ituberagama Islam.Maryeea yang begitu naïf itu sekadar turut ikut-ikutan orangramai.Mereka berlari.Diakan berlari.Mereka berpesta.Diakan berpesta.Merekamakan.Dia makan.Dan dia pun kini sudah jemu sekadar menjadi bebayang buatrakan-rakannya.Sesekali dia berharap agar suatu masa nanti dia akan bertemudengan lelaki.Lelaki?Ya,lelaki yang cukup kuat kesabarannya dalam menempuhi bahtera kehidupan bersamanya.Lelaki yang cukup ilmudi dada.Dan,yang paling penting lelaki itu mestilah yang pantas baginya.


7teen Publish time 8-6-2011 12:42 AM


Tan Sri Chalidz danToh Puan Seri
Carmiesha baru sahaja usaimenjenguk Moois.Moois yang pendiam itu,tampangnya semakin pendiam.Dia seakankehilangan kata-kata.Tiada kalimat lain yang mampu dia tuturkan.

“Ayaan…..maafkanabang!”Tak semena-mena air matanya bergenang.Dia kini sudah tidak malu lagiuntuk melepaskan untaian air matanya.Egonya telah lebur.Lebur bersama-samakasih sayangnya pada Tengku Marlydza.Dan saat itu dia begitu rindu.Bukankepalang rindu kasihnya buat Ayaan .Andai sahaja Ayaan masih hidup.

Tangisan itu tidaklagi mengundang misteri di hati penghuni-penghuni sel di penjaraitu.Malahan,para polis penjara sudah cukup mengerti kelakuan Moois yang anehitu.Ya,sedikit aneh buat orang-orang yang pertama kali mengenalnya.Diaseolah-olah tenggelam dalam dimensi yang diciptanya.Dimensi keempat.


Apabila malam menjenguk,Moois akanberubah.Dia akan mulai menangis.Cengeng?Dia menangis seolah-olah tangisannyaitu akan menghidupkan kembali Ayaan yang sudah pergi.

Dalamtangisannya,dia sentiasa berharap agar masa dapat dia putar kembali.Dan diamahu mengubah fakta bahawa dia telah mngahwini Tengku Marlydza sebagaiisterinya yang sah.Dan dia juga mahu membawa Ayaan pergi dari villa Tan SriChalidz dan Toh Puan Sri Carmiesha itu.Membawanya jauh ke hujung dunia.Dan disitu,mereka berdua akan hidup bahagia selama-lamanya.Namun,dia sedar segalanyakini cuma tinggal impian yang terkubur sejak dia dimasukkan ke penjara lagi.

Dan dalam diam,diaberdoa agar impiannya akan terlaksana sebelum dia menemui ajal.MungkinkahMalaikat Maut masih bisa menunggu saat dan ketika yang cukup sesuai untukmenjemputnya?Wallahualam....
Pages: [1]
View full version: Lara Gadis Laili (U)


ADVERTISEMENT