wymer Publish time 1-6-2011 08:29 PM

Hana Laili -[U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 2-6-2011 13:25

Hello semua. ini first time saya mengarang cerita. harap rakan2 sudi berkongsi dengan saya. selama ni saya silent reader aja, so nak try la plak mencoret :$.
Harap tunjuk ajar semua ye. Saya budak baru belajar.

*******************
“Tahniah!”Kak Siti, setiausaha Sekolah MemanduAB menghulurkan lesen memandu kepada Nelly.Nelly hanya tersenyum sinis danmencapai lesen memandunya.Hana Laili bt Hamzah.23 tahun.Anak bongsu En. Hamzah dan Pn.Latifah, En. Hamzah, pemilik rangkaian hotel HL yang terkemuka di Malaysia.Nelly meluru ke arah kereta barunya,walaupun belum mendapat lesen, tetapi Nelly mendesak ayahnya menghadiahkankereta baru. Walaupun hanya seekor kelisa (kata ayah orang yang baru dapatlesen tak boleh pakai kereta mahal-mahal) Nelly tetap menerimanya, sedangkankakaknya ketika baru mendapat lesen kereta pertamanya ialah Mercedes Benz.“Ok. Betulkan tempat duduk, cek!Periksa cermin sisi dan depan, cek! Pakai tali pinggang keledar, cek! Periksalampu kereta, wiper, cek! Sekarang dah boleh jalan.”Nelly berkomunikasi secarainterpersonal.“Wargh!!!!!” Nelly menjerit keriangansambil memandu laju, beberapa kereta besar diasaknya.“Rugi Shamsul Yusof tak ambik akuberlakon KL drift.”Ketika asyik menderas, Nellyterperasan lampu isyarat merah sebelum membelok di simpang jalan. Kata-katayang tidak manis didengar terpacul keluar dari bibir Nelly, sebelum Nellymenekan brek.“Gedebang!”Rasa panik apabila melihat sang kelisamembelah si jaguar. Nelly menekup mukanya ke stering.“Knock knock knock!” Cermin Kelisadiketuk. Hampir 5 minit sesi mengetuk berlangsung. Nelly masih lagi berpura-pura yang diaialah orang halimunan.Nelly mencuri pandang dengan membukasebelah matanya. Panik menyelubungi diri Nelly.Nelly yang baru sahaja tersedar dariberpura-pura tidak sedarkan diri melangkah keluar dari keretanya. Sambilmemicit kepalanya yang nak pecah itu, dia bertanya pada pemilik Jaguar.“Encik tak apa-apa?”“I’ll call you back later,” lelaki itumematikan perbualannya sambil merenung Nelly tajam.Nelly hanya tercegat sambil berdoa didalam hatinya.“Hmmmm I think we have to talk.”

wymer Publish time 1-6-2011 08:34 PM


Kini giliran Nelly pula merenung tajam lelaki itu.

Berambut hitam pendek.
Memakai sut hitam.
Nak kata senyum, tak senyum. Nak kata tak senyum, nampak macam senyum.
Semakin lama Nelly memandang lelaki itu, semakin susah untuk mentafsir perasaannya.
Pandangan tajam lelaki itu seolah-olah ada pancaran laser yang mampu mencairkan dirinya.

Nelly terus memandang dengan mata bundarnya dan sehinggalah dikejutkan dengan satu suara.

“Do you hear me?!”

“Apa? Saya tak faham.”

Perkataan yang tidak elok berlegar-legar bermain di otak Nelly. Di saat-saat genting sebegini, kata-kata yang tidak sedap didengar lebih cenderung diucapkan.



“...................” lelaki asing itu merenung tajam.

“Awak nampak peliklah. Kalau ada apa-apa nak cakap baik cakap sekarang sebelum saya panggil polis!” Nelly menggertak.


Nelly menarik nafas dalam.

Hana Laili.
Boleh digambarkan sebagai seorang yang sinis, degil, keras kepala, kepala batu dan sewaktu dengannya.
Boleh dikatakan dia ialah seseorang yang anda tidak mahu cari pasal dengannya.

“Dengar sini baik-baik Hana Laili...kita-“

“Hey! Macam mana awak tahu nama saya? Awak ni stalker ye? Itulah banyak sangat penjahat sekarang ni. Patutnya aku takleh kuar rumah sorang-sorang. Siapa tahu KL boleh jadi bahaya camni. Macam mana kalau aku kena culik. Tak pun kalau aku kena.....”

“Saya dengar awak! Dan awak ingat awak tu budak-budak ke.”



“ Mana la tau awak nak culik saya pergi Lombok ke.”



“Saya tak kenal awak and kalau awak tak pergi dari tempat ni segera, saya tak akan teragak-agak call polis,” gertak Nelly lagi.

“Dengar sini baik-baik. I will not repeat. Kita akan berjumpa lagi nanti, dan awak hanya perlu lakukan sesuatu sahaja.”

“Apa dia? Kalau awak nak bayar saya boleh bayar gantirugi tapi saya tak akan buat perkara yang bukan-bukan.”

“Bila kita berjumpa kelak, tolonglah, tolonglah katakan tak nak. Itu saja. Tak payah cakap ape-ape cakap tak nak saje. Faham!!!”



Nelly semakin bingung ditambah pula dengan sakit kepalanya tetapi lelaki itu terus berbicara.

“Jangan lupa Cik Hana Laili....”
Nelly memandangnya berjalan ke arah jaguarnya (tak rosak apa-apa pun tapi kereta Nelly plat kereta pecah, lampu pecah jugak, kemek sikit je) dan sebelum memecut, lelaki itu sempat melambai tangannya kepada Nelly.

anabilla89 Publish time 1-6-2011 08:46 PM

good tryyy....nak lagiiiiiiiiiiiiiii.............

wymer Publish time 1-6-2011 08:57 PM

http://i278.photobucket.com/albums/kk91/wanie_wymer/new%20folder/Jaguar-XJ-Electric-Car-588x441.jpg

ni kereta Adam (Gambar hiasan)

http://i278.photobucket.com/albums/kk91/wanie_wymer/new%20folder/kelisa.jpg
ni plak kereta nelly (juga gambar hiasan)

http://i278.photobucket.com/albums/kk91/wanie_wymer/new%20folder/050920101178.jpg ni plak bila kena langgar (pon gambar hiasan jugak)

wymer Publish time 1-6-2011 08:58 PM

Hari ini genap dua minggu insiden itu berlalu. Hari ni juga lelaki yang Nelly gelar sebagai ayah itu mengajak keluarga mereka makan di luar.

“Nelly, apa kate pakai pakaian yang sopan sikit,” kata Hani (kakak Nelly).

“Nelly, ni mama ada siapkan baju kurung baru untuk Nelly. Pakai yang ni sayang,” pujuk Puan Latifah pula.



“Nelly akan pakai ape yang Nelly nak pakai. Full stop! Lagipon bukannye kita nak pergi kenduri tahlil ke ape kan,” bentak Nelly.



Nelly memandang Hani yang berbaju kurung pink berkerawang ungu itu. Rambut Hani disanggul kemas dan tersisir rapi.

Nelly tidak seperti Hani. Mereka seperti langit dengan bumi. Hani seorang yang lemah lembut, bersopan santun dan dia seorang yang memiliki apa yang Nelly tidak ada. Nelly dengan Hani bagaikan bawang merah dengan bawang putih.

Hani Laila.
24 tahun.
Anak perempuan sulung En. Hamzah dan Pn. Latifah.
Menantu idaman semua mertua. Anak yang diidamkan oleh setiap ibubapa.
Cantik, bijak, lemah lembut, penyayang dan manis.
(Antara sebab-sebab mengapa Nelly tidak sukakan Hani.)

“Nelly, hari ni hari yang istimewa. Pakailah pakaian yang sesuai sikit,” Pn. Latifah terus memujuk.
Nelly terus meluru ke kereta tanpa berkata apa-apa. Nelly hanya membisu di sepanjang perjalanan.

sang_arjuna Publish time 2-6-2011 10:12 AM

menarik...
siapa adam?

sambung lagi

wymer Publish time 2-6-2011 01:00 PM

Reply 6# sang_arjuna


    Siapa Adam? Lawyer, majistret ataupun ahli muzik???:lol:

Saya buat slow sikit sbb byk kerja sebenanye hehehe. Mari kita lihat siapa adam.....

*****
Sambungan
“Hamzah, apa khabar? So this is your family...” Lelaki itu berjabat tangan dengan ayahnya. Selepas mereka berjabat tangan muncul lagi seorang lelaki di belakang En. Ahmad Faiz. “Eh...dia ni....dia.....” Nelly tersentak dan berdiri sambil jari telunjuknya ditujukan kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang Nelly sambil tersenyum. “Apa khabar Cik Nelly. Gembira dapat bertemu awak.” Lelaki itu lalu disebelah Nelly dan sempat lagi berbisik ‘katakan tak nak’. “Apa....” jawab Nelly.Api kemarahan membara disekeliling Nelly. En. Hamzah duduk disebelah En. Faiz dan selepas selesai menjamu selera, En Hamzah memulakan bicara.“Hari ni saya gembira dapat bersama-sama dengan keluarga bakal besan saya –“ “...anak saya Hana Laili dengan Adam –“ “Nelly,” Pn. Latifah memegang bahu Nelly. Semua mata tertumpu padanya. “Mama minta maaf tak bagitau awal-awal...” “Tapi Hanikan...” lidah Nelly terkelu. “Hani kan nak sambung belajar tak lama lagi,” kata En. Hamzah dengan tegas. “Tapi kan –“ Kini barulah Nelly faham semuanya. Apa yang Adam maksudkan tempoh hari. Dia juga faham kenapa ibubapanya berbuat sedemikian “Nelly, mama tau ni sume tiba-tiba. Tapi mama nak yang terbaik untuk anak mama.” “Emmmm,ok. Ya, baiklah,” kata Nelly. “Nelly???” En. Hamzah bersuara. “..............” Nelly memandang Adam. “.................” Adam hanya mendiamkan diri. “Nelly rasa dah tiba masanya untuk Nelly berkeluarga,” jawab Nelly secara spontan. “Lagipun Nelly tak nak lawan cakap mama and papa.” Nelly memandang tajam ke arah Adam. “Baguslah kalau macam tu,” kata En. Hamzah. “Lepas ni bolehla kita teruskan dengan rancangan kita, Faiz.” Sepanjang makan malam Adam hanya mendiamkan diri. Setelah selesai hidangan pencuci mulut, Nelly bersuara.

Jaza2008 Publish time 2-6-2011 01:14 PM

Reply 1# wymer


    salam wymer.... ini cerpen or novel? rate? U?
selamat datang ke Bod WR dan selamat post n3 byk2......

jaza rasa tak perlu letak [ ....] sbb cam messy skit...

biarkan je ayat dlm hati tu normal tapi masih dlm perenggan berbeza dgn jln cerita lain.
good luck.....

wymer Publish time 2-6-2011 01:37 PM

Reply 8# Jaza2008


    mmg rate u tapi tak sure la novel ke cerpen sebab belum habis lagi hehe. sekarang ni pon tgh memerah otak nak sambung ni :loveliness:

Jaza2008 Publish time 2-6-2011 01:46 PM

Reply 9# wymer


    tak leh la cam tu dik oooii... u just tulis novel jela...
pjngkan skit jalan citernya...:lol:sbb cerpen rega dan kalernya lain.. novel rega dan kalernya lain...
so kalu dah btul2 decide nak wat cerpen ke novel ckp awal2.... nnti kena rate balik rega kedit dan kalernya...

Cerpen - Brown Colour...
Novel - Green Colour......

so cpt fikirkan nak wat apa.....???

wymer Publish time 2-6-2011 01:52 PM

Reply 10# Jaza2008


    novel boleh la...... saya akan kembangkan lagi jalan citer dia ye :)
thanks

Jaza2008 Publish time 2-6-2011 02:39 PM

Reply 11# wymer


    good girl!.... so lepas ni rajin2lah post n3nya.... :loveliness:

fizziany Publish time 3-6-2011 03:45 PM

wowwww!!!!
siap ada gambar kete kemek!
ganas nih....

pesan aku: jgn buat scene org mati kena simbah asid...nanti tak pasal2 kau tunjuk gambar org kena simbah asid kat sini.....

wymer Publish time 3-6-2011 04:21 PM

wowwww!!!!
siap ada gambar kete kemek!
ganas nih....

pesan aku: jgn buat scene org mati kena si ...
fizziany Post at 3-6-2011 15:45 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

rasanye takkan ada gamba/ part simbah asid kot ;Ptakut nk letak gamba ngeri
sekarang ni tgh mengembangkan jalan citer dan mencari gamba2 menarik untuk ditepek bersama
sekadar berimaginasi bersama

zeeghaz Publish time 3-6-2011 09:43 PM

Aku suka baca novel tapi kalau tak ada perenggan ni jadi malas pula.
So harap adalah space sikit bila dah tukar watak/tempat.
Aku nampak macam citer ni penat nak baca.

nanopiko Publish time 5-6-2011 11:04 PM

permulaan dh bez sambung lg...

reenz013 Publish time 6-6-2011 11:54 AM

betullah...starting pun dh best...cptlah sambung lg
gud job {:1_152:}

ogata Publish time 8-6-2011 05:46 PM

{:1_152:}{:1_152:}

lagi dan lagi.............................................
Pages: [1]
View full version: Hana Laili -[U]


ADVERTISEMENT