kau244 Publish time 28-5-2011 04:55 PM

Pasukan Keselamatan Pamerkan Aset di Hari Sejuta Belia Putrajaya

tadi aku ke hari sejuta belia di Putrajaya, ATM dan Polis ader pamer aset dia orang di sana. memang menarik untuk tempek disini tapi apakan daya aku guna 3310 sahaja.

windof Publish time 28-5-2011 09:15 PM

Pameran peralatan canggih tentera antara tarikan pengunjung

PUTRAJAYA 27 Mei - Peralatan tentera seperti kenderaan pemusnah bom kawalan jauh serta pelbagai alat canggih lain yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin sudah biasa dilihat oleh orang ramai ketika pertunjukan atau di laman-laman web.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak pernah melihat tempat tentera membasuh baju, tempat mandi dan memasak ketika sedang bertugas di dalam hutan.

Namun, kini orang ramai boleh melihat kesemua kelengkapan tentera itu yang dibawa khas sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 yang diadakan di sini bermula hari ini hingga Ahad ini.

Walaupun kesemua peralatan yang dinyatakan itu tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah orang ramai lihat, keunikannya masih terserlah kerana pengunjung tidak berasa seperti berada di hutan sebaliknya seperti di rumah.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang melihat pelbagai lagi kenderaan dan peralatan tentera yang jarang ditunjukkan.

Antaranya, Supacat iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna yang digunakan untuk mengangkat payung terjun yang telah dilepaskan.

Yang menariknya kenderaan tersebut mampu bergerak dalam paya, tempat berbukit serta sungai cetek serta mampu berpusing sehingga 360 darjah.

Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis meriam yang digunakan untuk menembak musuh di darat dan udara seperti meriam jenis Astross 2 yang berkeupayaan dilancarkan sejauh 89 kilometer.

Selain pameran oleh ATM, orang ramai juga berpeluang untuk melihat kereta konsep Proton terbaru yang julung kali dipamerkan di Malaysia. Kenderaan tersebut yang diberi nama ARTIGA pernah menyertai pameran Auto Show di Shanghai, China April lalu.

Di pameran Proton itu juga orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pelbagai model keluaran syarikat tersebut termasuk kenderaan yang menggunakan jenama Lotus seperti kereta Formula 1 dan kereta sport mewah Lotus Evora.

Pada masa sama, peminat-peminat hero dan heroin dari Korea juga berpeluang mengunjungi gerai Korea yang menjual pelbagai cenderamata termasuk pelbagai poster istimewa pelakon terkenal dari negara tersebut.

Peminat sukan lasak pula jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan sukan lasak yang dibawa khas dari Jepun iaitu Sasuke.

Bagi mengekalkan keaslian sukan lasak itu, penganjur turut tidak mengubah sebarang cabaran dan halangan bagi memberi pengalaman baru kepada setiap peserta dan penonton.



Hmmm...mmg tak pernah tengok sebelum ni..meriam astross 2....hmmm

firdaruddin Publish time 28-5-2011 11:21 PM

luas sgt..aku sampai tak larat nak berjalan....

kau244 Publish time 29-5-2011 12:17 AM

penat jalan x ilang2 lagi, esok nak kena bawa org umah p sebab tadi aku cabut p sana sorang2.

Aku tertarik dengan mesin basuh tentera, kalau pakai kat rumah pun menarik jugak

ejack85 Publish time 29-5-2011 09:57 AM

huhu,nk pegi jugakkkkkkkkkk...............

HangPC2 Publish time 29-5-2011 10:16 AM

http://img4.imageshack.us/img4/3913/utusanmalaysiahimpunans.jpg

http://img607.imageshack.us/img607/3986/utusanmalaysiapameranpe.jpg

kau244 Publish time 29-5-2011 03:17 PM

Masa aku pegi tu ada sorang komando pakai tutup penuh dudk tepi patung, sampai aku ingat dia pun patung
Pages: [1]
View full version: Pasukan Keselamatan Pamerkan Aset di Hari Sejuta Belia Putrajaya


ADVERTISEMENT