misah Publish time 27-5-2011 03:46 PM

jejaka lombok

JEJAKA LOMBOK
“ Eh, cepatlah!” aku menoleh ke arah anak buahku yang berusia empat tahun itu. Dia leka membelai-belai anak kucing yang bersepah di kawasan yang menempatkan deretan kedai runcit itu. Dia
masih leka dengan kucing tua yang kurap bulunya itu.
“ Eh, cepatlah, nak kena tinggal ke? Kejap lagi ditangkap orang indon baru tahu.” Suara ditinggikan lagi volumenya. Nyata, ayat-ayat yang menakutkan itu membuatnya lekas-lekas menghampiriku.
“ Nanti biar mak andak yang kena tangkap dengan orang indon. Saya biar je mak andak jerit ...tolong...tolong...” Dia berkata sambil mulutnya dicebik-cebikkan. Tanda
marah. Tanganku di gamitnya. Namun kepalanya masih lagi menoleh ke arah beberapa ekor anak kucing di situ. Nyata, riak-riak tidak puas hati masih ada, terserlah diraut wajahnya yang comot dan kata-katanya itu. Aku cuma senyum.
Beberapa barang yang di pesan emak aku ambil. Ku teliti tarikh dan keadaannya. Ketika itu, beberapa kelibat orang indonesia yang menjadi buruh di ladang-ladang di kampungku memasuki kedai. Mereka berbual-bual sambil memilih barang-barang keperluan mereka.
Kesemuanya aku perhatikan berwajah gatal dan miang sekali. Dengan misai melentik begitu sesiapa yang melihat pasti akan mengatakan:
‘ Itulah dukun sentet, pasti minyak pengasih di poket bajunya.’
Atau paling-paling kurang; ‘Inilah jejaka Lombok yang melarikan anak dara orang.’

Aku tidak mengendahkan mereka. Namun telingaku mendengar mereka menyanyi-nanyai lagu terkini dari negara seberang, tanah tumpah darah mereka. Hatiku meluat. Telingaku juga menangkap bunyi siulan yang agak bagus juga. Agak kuat bunyinya. Menambahkan benci.
Ketika membayar, bunyi siulan itu masih ada. Padahal orang indonesia itu telah berlalu. Bila ku toleh pada anak buahku, rupa-rupanya dia yang bersiullan lagak orang muda. Dia tersegih tatkala sedar aku memerhatikannya. Gigi rongaknya terselah. Hemm...rongak-rongak pun bersiul budak kecik ni.

Lalu sekotak Tora- makanan ringan kegemarannya- diletakkan di kaunter pembayaran bersama barang-barang yang dipesan emak. Aku tersenyum. Dalam hati sudah ku fikir yang bukan-bukan tadi...ini semua angkara anak buahku itu!SekianJ

misah Publish time 27-5-2011 03:53 PM

sila-sila la komen...cerkon je..nak buat cerpen and novel macam orang lain tak pandai

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 04:17 PM

sila-sila la komen...cerkon je..nak buat cerpen and novel macam orang lain tak pandai
misah Post at 27-5-2011 15:53 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
pendek lah, nak panjang2

misah Publish time 27-5-2011 05:34 PM

percubaan saja..nanti sy bagi yg panjang

sang_arjuna Publish time 28-5-2011 07:17 PM

percubaan yg bagus , nanti buat yg panjang plak
baca citer ni teringat fasha sandah plak :lol:

mijot Publish time 28-5-2011 09:18 PM

cerita pendek terus teringat kt forumer LLM..
lama tak nampak dia...

AceHand Publish time 1-6-2011 01:05 PM

Hmmm...

JEJAKA LOMBOK
“ Eh, cepatlah!” aku menoleh ke arah anak buahku yang berusia empat tahun itu. Dia...
misah Post at 27/5/2011 15:46 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Kepada memana jejaka yang rasa diri dia 'tak laku' tu... Cuba mengaku datang dari Lombok... Tengok ramai tak yang berkenang nanti...


Jizzz... Klong! Klong!

ctredzuan Publish time 4-6-2011 02:32 AM

agak best intro cerita ni :)
Pages: [1]
View full version: jejaka lombok


ADVERTISEMENT