Lembaga Publish time 26-5-2011 09:59 AM

warkah buat awak..

assalammualaikum awak..
saya doakan awak selalu sihat dan bahagia selalu
dimana jua awak berada,,

awak..
dah 8 tahun kita tak bersua..
Mana awak pergi?
kita rindu kat awak..
kita tercari-cari awak..
kita ternanti-nanti awak..
tapi sampai sekarang awak tak muncul..

awak..
ketika orang lain sedang sibuk bergembira dengan dunia mereka
saya masih tetap disini, bersama dunia saya yang penuh sunyi
kadang-kadang terasa kehidupan ini bagaikan gelap gelita dan sunyi sepi
hati ini mahu meronta untuk keluar dan mencari kebahagiaannya
dan saya hanya mengikut kata hati dan keluar kerana kemahuan diri
tetapi baru saya menyedari tentang sesuatu
bahawa kebahagiaan yang saya cari tidak saya temui diluar sana
seperti yang saya cakapkan pada awak..
saya telah mencuba dan saya tidak dapat meneruskannya..
kerana ia telah menyeksa saya dengan rakus sekali.

awak..
saya rindukan titipan nasihat awak...
saya rindukan kenangan kita..

Lembaga Publish time 26-5-2011 11:07 AM

Awak..
Saya rindukan awak saat ini..
Namun apa daya saya..
Untuk mengharapkan kerinduan..
Lalu saya pendamkan segala kerinduan itu..
Walaupun air mata hampir gugur..
menahan kerinduan yang bersemi..

Awak..
Mengapa awak menghilang..
Mengapa awak tidak lagi bersama saya di pagi hari..
Mengirimkan rangkap 2 puisi bahagia untuk saya simpan..
Saya bahagia dengan nukilan sms awak..
Saya rindukan semua itu awak..
Tapi saya malu untuk meluahkannya pada awak..
Saya malu kerana saya terlalu ego..
Maafkan saya awak..

Awak..
Tika ini dan saat ini...
Hati saya merintih dan menangis..
Bukan sahaja hati..
Malah..
Jiwa saya turut terluka...
Saya telah berusaha awak..
Berusaha unk menjadi terbaik..
Namun..ianya bukan semuadah itu..
Pelbagai dugaan melanda..
Perjalanan hidup saya goyah awak..
Makin rapuh..dan makin hanyut..

Awak..
Saya tidak pasti mengapa..
Saya tidak tahu mengapa adanya jurang itu..
Saya tersungkur lagi awak..
Saya jatuh..lagi..
Dan tatkala saya mendongak ke atas..
Saya mahukan awak memimpin saya..
Membantu untuk saya bangun lagi..
Namun saya tak nampak kelibat awak..

awak..
saya dah tak tahu macamana nak luah setiap perasaan saya pada awak..
saya cuma mampu menulis apa tersirat di hati saya di forum ini..

Jaza2008 Publish time 26-5-2011 02:43 PM

tuk Momod Bod Sajak & Puisi,
jaza rasa benang ni sesuai kat sini sbb ini adalah luahan hati TTberversi sajak ...
harap maklum.
Thanks.

Lembaga Publish time 26-5-2011 02:44 PM

thanks momod sebab bantu..

attokz Publish time 26-5-2011 07:05 PM

Reply 3# Jaza2008

Terima kasih Cik Puan Jaza!
Jasamu dikenang~
:P

Lembaga Publish time 27-5-2011 02:04 PM

Awak
kadang2 kita rasa pelik
masihkah kita ada hubungan itu???
kita rasa macam dah hilang
kita rasa awak pun begitu
kita rasa lain
rasa hilang...

Awak
tak apa kan...
jika kita sama2 merasa kehilangan itu
kita mrmang redha kini
kita rasa benar2 dah lain
bila awak semakin begitu
bukan kita mengelak
cuma memang dah lain
walau kita masih begini
jika ada rindu
kita tak pasti lagi
sebab rasa tu sudak berlainan
mungkin tiada alasan
cuma hanya rasa..
mengapa muncul rasa itu.

Lembaga Publish time 30-5-2011 09:56 AM

awak..
semalam bufday saya..
seperti setiap tahun..
sejak kehilangan awak..
Harapan saya cuma SATU
Awak ada di sisi saya..
Tapi sayang..
Semuanya hanyalah impian..
Impian yang tak menjadi realiti..

memang kenyataan ini amat memeritkan (seperti yang awak katakan)
tapi saya hanya membiarkan saja, seolah olah tiada apa berlaku
saya sangat sayangkan perhubungan ini dengan sesungguhnya
dan kalaulah awak dapat membaca warkah ini
tahulah awak bahawa warkah ini ditulis sewaktu saya amat rindukan awak
dan juga sebagai bukti saya menyayangi perhubungan dan perkenalan ini..

saya tidak mempunyai cara lain lagi untuk memberitahu awak
betapa saya menyayangi awak kerana semuanya telah saya habiskan
dengan melafaz dan melaksanakan pada awak
sememangnya awak mengetahui dari banyak segi tentang itu...........
kadang-kadang saya pilu tentang kita, seperti burung dalam sangkar emas
cantik dan indah diluarnya, tapi terseksa didalamnya...

lilinputih Publish time 9-12-2011 07:16 PM

wahhhh sedih nyer baca... dah macam bukan sajak dah.. macam baca luahan diari hati ni {:1_149:}
Pages: [1]
View full version: warkah buat awak..


ADVERTISEMENT