dauswq Publish time 22-5-2011 10:40 AM

medan magnet menyebabkan kereta bergerak sendiri

Misteri kenderaan bergerak sendiri


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0420/Kosmo/Dunia/du_04.1.jpg

IMEJ yang disiarkan di stesen televisyen Metronews.com semalam menunjukkan sebuah kenderaan bergerak walaupun enjin sudah dimatikan di sebuah kawasan dikenali sebagai Jabal Magnet di Banyumas, Jawa Tengah.


BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi

dauswq Publish time 22-5-2011 10:41 AM

Post Last Edit by dauswq at 22-5-2011 10:42

just want to share some sbb dipost di CI baru2 ni...

;P

medan magnet daripada batu-batuan tersebut menghasilkan daya untuk membolehkan kereta bergerak tanpa enjin...

harus dingat, sebelum dimatikan enjin, kereta bergerak dengan halaju tersendiri...disebabkan intertia, kereta tetap bergerak walaupun dimatikan enjin...

kereta juga mempunyai cas-cas elektrostatik yang mengalir secara bebas, that's why bila korang isi minyak tidak disarankan untuk menghidupkan enjin kerana cas-cas electroktatik boleh menyebabkan letupan....

bila wujudnya cas, halaju kereta itu dan medan magnet luar, maka wujudnya daya yang memberi sokongan kepada kereta itu tanpa bantuan daripada enjin..sbb tulah kereta boleh bergerak sendiri...

This is what people called as "Daya Lorentz"

Cara lain yg aku leh guna sebagai analogi,

"kayu stick bergerak kedepan apabila arus mengalir melaluinya"
http://yuan.ecom.cmu.edu/rotaryvoicecoil/Defaul3.gif

pepun kena consider daya geseran dengan permukaan jalan dan juga the magnetic force...:$

KingNepTune Publish time 22-5-2011 12:33 PM

Rasanya thread ni dah ada dulu.....
Pages: [1]
View full version: medan magnet menyebabkan kereta bergerak sendiri


ADVERTISEMENT