Napoli juara Serie A
Napoli juara Serie AMei 24, 2025 @ 7:25am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/nalsligjwrgs_1748042744.jpg
NAPLES: Napoli menjulang Scudetto kedua mereka dalam tiga musim selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Cagliari pada perlawanan terakhir Serie A.
Kemenangan itu memastikan pesaing terdekat, Inter Milan yang hanya ketinggalan satu mata, tidak berpeluang memintas mereka walaupun menang 2-0 ke atas Como.
Selepas kempen hambar musim lalu, Napoli memulakan saingan musim ini tanpa sebarang gangguan aksi Eropah, manakala Inter terpaksa berdepan cabaran Liga Juara-Juara Eropah dan kejohanan domestik.
Skuad kendalian Antonio Conte memulakan musim dengan kekalahan 3-0 di Hellas Verona, tetapi kehadiran dua pemain baharu mengubah nasib mereka.
Conte membawa masuk Romelu Lukaku dari Chelsea dan pemain tengah, Scott McTominay dari Manchester United.
Gandingan itu membantu Napoli menguasai Serie A. Mereka bergabung menjaringkan 26 gol liga, seperti gandingan Victor Osimhen dan Khvicha Kvaratskhelia yang membantu Napoli menjulang Scudetto dua tahun lalu.
McTominay membuka jaringan pada minit ke-42 dan Lukaku melebarkan kedudukan tujuh minit selepas rehat untuk memastikan kejuaraan buat Napoli pada perlawanan terakhir musim ini.
Bagi Inter, musim ini menyaksikan pengendalinya, Simone Inzaghi perlu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada Serie A atau kegemilangan Eropah.
Dengan Napoli sudah bergelar juara Serie A, Inter kini boleh memberi tumpuan kepada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain akhir bulan ini. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1399706/napoli-juara-serie
https://assets.bharian.com.my/images/articles/roafm2o4gsgdsd_1748042747.jpg
Romelu Lukaku (kiri) dan Scott McTominay mencetus kebangkitan Napoli sehingga muncul juara Serie A musim ini. - Foto REUTERS
Pages:
[1]