sfhzuraz Publish time 24-5-2025 02:01 AM

New Joe raih dua emas di Kejohanan Trek Kebangsaan

New Joe raih dua emas di Kejohanan Trek Kebangsaan

BERNAMA



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/newwww_1748018367.jpg
ATLET berbasikal trek negara, New Joe Lau (kiri). FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Lau New Joe mencuri tumpuan apabila meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Velodrom Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini.
New Joe, 20, yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tampil cemerlang dalam acara scratch dan kejar-mengejar individu bagi kategori elit lelaki.
Dalam acara scratch, beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 6.215 saat (s) untuk mengetepikan pencabar utama, Muhammad Hafiq Mohd Jafri dari Melaka yang membawa pulang pingat perak, manakala wakil Perak, Muhammad Yusri Shaari memenangi gangsa.
Kejayaan New Joe turut diteruskan dalam acara kejar-mengejar individu apabila mencatat masa 4:30.870ss, sekali gus menewaskan Abdul Azim Aliyas dari Negeri Sembilan dan pelumba Perak, Muhammad Adam Hakimi Nazuan yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Sementara itu, pelumba elit wanita negara Nur Aisyah Mohamad Zubir tidak berdepan masalah untuk muncul juara dalam acara scratch wanita elit dengan catatan masa 11:8.189s.
Atlet Kedah, Nutil Nabilah Mohd Asri meraih perak manakala gangsa menjadi milik P Phi Kun.
Bagi acara kejar-mengejar individu wanita elit, pelumba Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Yeong Zhen Yi menampilkan aksi mantap untuk menghadiahkan satu lagi emas buat pasukannya dengan masa 5:06.847s.
Dia menewaskan wakil Perak, Nyi Ci Hui yang membawa pulang perak, manakala pelumba Johor, Khairunnisa Aleeya Saifulnizam meraih gangsa.


Disiarkan pada: Mei 24, 2025 @ 12:39am
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1222156/new-joe-raih-dua-emas-di-kejohanan-trek-kebangsaan



Pages: [1]
View full version: New Joe raih dua emas di Kejohanan Trek Kebangsaan


ADVERTISEMENT