sfhzuraz Publish time 23-5-2025 10:07 PM

Hamilton semakin 'gila' bikin filem

Hamilton semakin 'gila' bikin filem

Reuters



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUTO-PRIX-F1-ITA_4778f50cc80b4009b50f3e1d9f9e7e0c_1747967631.jpg
HAMILTON sudah mempunyai beberapa cadangan filem baharu termasuk animasi. FOTO AFP


Monaco: Juara dunia tujuh kali Formula Satu, Lewis Hamilton, merancang untuk menerbitkan lebih banyak filem selepas pembabitannya bersama Brad Pitt dalam filem F1, termasuk dokumentari dan berkemungkinan sebuah siri televisyen menerusi syarikat produksinya, Dawn Apollo.
Hamilton yang turut bertindak sebagai penerbit dan perunding bagi filem F1 lakonan Brad Pitt memaklumkan ketika Grand Prix Monaco mengenai pelbagai projek baharu sedang dalam perancangan.
"Saya terus masuk ke tahap paling tinggi. Saya tak boleh mulakan dengan yang lebih besar untuk filem pertama ini.
"Namun, kami akan hasilkan lebih banyak filem dalam tahun-tahun akan datang," katanya.
Pelumba Ferrari itu turut mendedahkan dia kini sedang menulis tiga konsep filem.
"Saya akan menulis bersama seorang penulis kerana saya tak pernah hasilkan skrip filem sebelum ini.
"Saya ada beberapa idea dan konsep filem yang saya sendiri cipta.
"Sekurang-kurangnya dua daripadanya adalah animasi, dan satu daripadanya sudah berada pada fasa awal penulisan skrip.
"Ia memang sesuatu yang mengujakan," katanya.
Menurut Hamilton, projek-projek lain turut merangkumi dokumentari dan mungkin sebuah siri televisyen, namun fokus utamanya kekal kepada penerbitan filem.
"Saya paling suka proses pembangunan filem. Itu yang paling saya minat," katanya.
Hamilton turut menghadiri tayangan perdana khas filem F1, terbitan Apple Original, bersama pelumba-pelumba lain di Monaco pada Rabu. Filem itu dijadualkan tayangannya bulan depan.


Disiarkan pada: Mei 23, 2025 @ 10:34am
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/05/1221841/hamilton-semakin-gila-bikin-filem



Pages: [1]
View full version: Hamilton semakin 'gila' bikin filem


ADVERTISEMENT