sfhzuraz Publish time 23-5-2025 09:54 PM

Shereen sasar kedudukan podium pada penampilan sulung ATF

Shereen sasar kedudukan podium pada penampilan sulung ATF

BERNAMA




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/shreen_1747998751.jpg
ATLET olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy.


Kuala Lumpur: Pelari wanita negara Shereen Samson Vallabuoy menyasarkan kedudukan podium pada penampilan sulung Kejohanan Olahraga Asia (ATF) 2025 di Gumi, Korea Selatan dari 27 hingga 31 Mei ini.
Shereen yang akan beraksi dalam acara 400 meter (m) berkata segala persiapan untuk menghadapi kejohanan itu berjalan baik dan berharap dia mampu memberikan aksi terbaik bagi mencapai sasaran berkenaan.
"Saya sangat teruja dan sentiasa teruja untuk mewakili Malaysia. Saya sangat berharap untuk menaiki podium.
"Saya hanya akan pergi ke sana dan beraksi bersungguh-sungguh dan lihat bagaimana kesudahannya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bendera kepada pasukan Olahraga Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, pemilik rekod kebangsaan dalam acara 400m itu berkata selain mahu menamatkan saingan di kedudukan podium, dia juga berhasrat untuk mencatatkan masa terbaik dalam acara kegemarannya itu.
Shereen berkata, dia masih belum berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukannya pada tahun ini.
"Saya benar-benar mahu memperbaiki catatan masa saya. Saya belum mencapai prestasi terbaik peribadi saya tahun ini, tetapi saya mahu melakukannya dan secara perlahan-lahan sampai ke tahap itu," katanya.
Berdasarkan laman sesawang Worldathletics.org, catatan masa terbaik Shereen musim ini adalah 53.66 saat (s) yang dicatat pada Kejohanan Tom Jones Memorial di Florida, jauh daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 51.79s yang dicipta pada tahun 2024.


Disiarkan pada: Mei 23, 2025 @ 7:12pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1222080/shereen-sasar-kedudukan-podium-pada-penampilan-sulung-atf



Pages: [1]
View full version: Shereen sasar kedudukan podium pada penampilan sulung ATF


ADVERTISEMENT