sfhzuraz Publish time 23-5-2025 05:06 PM

Lawan 'Mobile Legend' depan Hospital Ampang

Lawan 'Mobile Legend' depan Hospital Ampang


Samadi [email protected]





https://assets.hmetro.com.my/images/articles/handphone27_1747983437.jpg
FOTO HIASAN.



Putrajaya: Pertandingan e-sport: Mobile Legend menjadi salah satu tarikan pada Karnival Belia Madani 2.0 X Foodie Food Fest yang akan berlangsung bermula 29 Mei hingga 1 Jun depan di parkir berhadapan Hospital Ampang.
Pengarah Program, Madiah Masud berkata, Karnival Belia Madani 2.0 ini adalah program bagi menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti bermanfaat seperti forum, bengkel, pertandingan serta persembahan seni dan budaya.
Katanya, karnival memasuki tahun kedua ini bertujuan memperkasa belia setempat melalui pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan unsur pendidikan, kesihatan, keusahawanan dan seni.
"Program ini juga menyasarkan pembentukan belia yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan berorientasikan kemajuan dalam pelbagai bidang," katanya tadi.
Karnival yang akan berlangsung empat hari itu dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) termasuk beberapa organisasi Kerajaan lain.
Antara aktiviti disediakan termasuk 70 reruai jualan makanan, pertandingan mewarna, pertandingan gusti lengan, pertandingan e-football, pertandingan karaoke suara emas, mini zoo dan persembahan istimewa artis seperti Apak Harry Khalifah, kumpulan Cherpen, Lan Solo dan ramai lagi.
Ia turut diserikan dengan Jelajah Agenda Nasional Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma seperti saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, PEKA B40 dan saringan kanser untuk wanita.
Madiah berkata, program ini berfungsi sebagai platform bagi memperkukuh semangat perpaduan dan memberi peluang kepada anak muda untuk berkongsi idea serta membina jaringan sosial.


Disiarkan pada: Mei 23, 2025 @ 2:57pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1221948/lawan-mobile-legend-depan-hospital-ampang




Pages: [1]
View full version: Lawan 'Mobile Legend' depan Hospital Ampang


ADVERTISEMENT