sfhzuraz Publish time 22-5-2025 11:28 PM

HomeBois buru tiket automatik MSC

HomeBois buru tiket automatik MSC

Dalila [email protected]





https://assets.hmetro.com.my/images/articles/NUREDDY_NURSAL_1747901522.jpg
NUREDDY akui HomeBois sedia hadapi cabaran di peringkat dunia. FOTO Bernama



Kuala Lumpur : Selepas mengesahkan tempat ke peringkat playoff Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL), pasukan HomeBois kini memburu tiket automatik ke kejohanan Mid Season Cup (MSC) sempena Esports World Cup (EWC) 2025 yang dijadual berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai ini.
Menurut pengasas Homebois, Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai 'DaddyHood', menegaskan pasukannya bersedia menghadapi cabaran di pentas dunia.
"Siapa sahaja lawan bakal dihadapi, kita tetap hormati. Namun, kita juga sedar akan kekuatan yang dimiliki. Kami yakin HomeBois mampu tampil lebih baik berbanding musim biasa," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Pelancaran Infinix GT 30 Pro, di Stadium Juara, semalam.
Daddyhood yakin pasukannya kini berada dalam momentum positif dan mendapat limpahan rezeki selepas musim lalu yang mencabar.
"Saya rasa inilah waktu terbaik kerana kita sedang ada momentum, dan kita perlu teruskan. Kena jaga amal, banyakkan doa, dan insya-Allah Allah akan bantu.
"Saya yakin, kalau Allah nak bagi rezeki, 100 peratus Dia akan bagi. Tapi semuanya bergantung kepada usaha dan doa pemain juga.
"Selepas menghadapi musim sangat sukar sebelum ini, saya bersyukur apabila musim ini tiba-tiba menunjukkan prestasi yang cemerlang, Alhamdulillah," katanya.
Pada masa sama , dia menjelaskan mereka masih menyimpan sebahagian 'senjata rahsia' untuk digunakan ketika saingan sebenar di pentas playoff.
"Kita masih simpan kuku. Bila kita dah layak ke playoff ni, ada benda yang kita tak boleh tunjuk sepenuhnya.
"Strategi utama kita perlu simpan. Kalau kita dedahkan semua, lawan boleh baca," katanya.
Sementara itu, salah satu kelebihan HomeBois musim ini ialah semangat juang tinggi serta budaya kerja pasukan yang semakin matang.
"Musim ini, HomeBois tak pernah rasa selesa. Mereka sentiasa bersemangat untuk menang. Saya sendiri tengok dari segi latihan dan hubungan sesama ahli pasukan, semuanya semakin baik," katanya.
Tambahnya, budaya kerja positif dalam pasukan turut menyumbang kepada kekuatan mereka menjelang playoff.
HomeBois salah satu daripada tiga pasukan terawal yang melayakkan diri ke peringkat playoff MPL edisi ke-15, bersama Selangor Red Giants (SRG) dan Monster Vicious (MV).
Tiga lagi slot playoff akan ditentukan minggu ini. Playoff MPL akan berlangsung dalam dua fasa, iaitu fasa pertama pada 31 Mei hingga 1 Jun dan fasa kedua pada 14 hingga 15 Jun.
Dua pasukan finalis dalam playoff MPL akan layak secara automatik ke kejohanan MSC di Riyadh.


Disiarkan pada: Mei 22, 2025 @ 4:12pm
https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/05/1221601/homebois-buru-tiket-automatik-msc



Pages: [1]
View full version: HomeBois buru tiket automatik MSC


ADVERTISEMENT