sfhzuraz Publish time 22-5-2025 10:59 PM

Badang Pahang raih tujuh emas, lima perak, lima gangsa di Perlis

Badang Pahang raih tujuh emas, lima perak, lima gangsa di Perlis

Mohd Rafi [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-05-22_at_12.23.57_1747909236.jpg
ATLET angkat berat, Adam Shah Iskandar Azman meraih tiga pingat emas kategori 88kg pada Kejohanan Angkat Berat Bakat Kebangsaan 2025.



Kuantan: Pasukan angkat berat Pahang meraih tujuh emas, lima perak dan lima gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Bakat Kebangsaan 2025 di Dewan Pertubuhan Anak Yatim Mak Teh, Kangar, Perlis, kelmarin.
Tok Gajah menyenaraikan seramai 12 atlet lelaki dan wanita pada kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori iaitu 13, 15 dan 17 tahun.
Jurulatih angkat berat Pahang, Sapri Ab Latip berkata, prestasi atlet pada kejohanan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu di Selangor yang menyaksikan Tok Gajah hanya meraih satu emas, tiga perak dan dua gangsa disumbang atlet bawah 15 tahun.
"Kejohanan ini memberikan pengalaman berharga buat atlet muda untuk mereka melakar kejayaan dipentas kebangsaan dan antarabangsa pada masa akan datang. Mereka telah menunjukkan potensi untuk berkembang di masa hadapan.
"Atlet telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kejohanan dan pencapaian ini diharapkan dapat menjadi motivasi untuk persiapan menghadapi kejohanan akan datang," katanya, di sini semalam.
Katanya lagi, selain sesi latihan secara berterusan pihaknya turut mengadakan program mencungkil bakat baru dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi atlet muda yang akan membawa cabaran Pahang pada masa akan datang.


Disiarkan pada: Mei 22, 2025 @ 6:20pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1221661/badang-pahang-raih-tujuh-emas-lima-perak-lima-gangsa-di-perlis



Pages: [1]
View full version: Badang Pahang raih tujuh emas, lima perak, lima gangsa di Perlis


ADVERTISEMENT