AFC iktiraf JDT terbaik dibelakang kelab Arab Saudi, Jepun, UAE
AFC iktiraf JDT terbaik dibelakang kelab Arab Saudi, Jepun, UAEFirdaus [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/493276121_1256283069201000_1198164857500844927_n_%281%29_1747920116.jpg
BARISAN pemain JDT meraikan kejayaan menjulang Liga Super 2024/2025. FOTO FB JDT
Kuala Lumpur: Gergasi bola sepak tanahair Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata berada pada kelas tersendiri apabila menyumbang mata tertinggi dalam ranking AFC Member Association.
Perkara itu dikongsikan JDT di laman social kelab itu selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkongsi kedudukan ranking kelab-kelab Asia bagi musim 2024/2025.
Dalam perkongsian itu, skuad Harimau Selatan muncul antara empat kelab terbaik di belakang Arab Saudi, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu.
"Kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) layak sehingga peringkat 16 Liga Juara-Juara AFC Elite 2024-25 menyaksikan Harimau Selatan berjaya menyumbang 22.355 mata atau 70% buat Malaysia dalam ranking AFC Member Association.
"Menurut laporan yang dikeluarkan oleh AFC, Malaysia menduduki tangga keempat kutipan mata tertinggi dengan jumlah 15.511 mata dibelakang Arab Saudi, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu.
"Hasil dari kejayaan ini juga menyaksikan Malaysia berjaya mengekalkan dua slot automatik ke peringkat kumpulan masing-masing satu untuk Liga Juara-Juara Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara II untuk musim 2026-2027," kata kenyataan itu.
Di samping itu, JDT juga berjaya meraih wang pertandingan sebanyak USD 1,360,250 atau RM5.8 juta hasil empat kemenangan dalam peringkat liga ACLE dan kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik.
Disiarkan pada: Mei 22, 2025 @ 9:22pm
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/05/1221707/afc-iktiraf-jdt-terbaik-dibelakang-kelab-arab-saudi-jepun-uae
Pages:
[1]