sfhzuraz Publish time 22-5-2025 06:57 PM

Pearly-Thinaah 'ajar' gandingan Thailand

Pearly-Thinaah 'ajar' gandingan Thailand

Oleh Sukhairi Thani - Mei 22, 2025 @ 6:52pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/PEARLY_TAN-THINAAH_MURALITHARAN_1747911144.jpg
Aksi Pearly-Thinaah ketika bertemu beregu Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin- Nannapas Sukklad pada kejohanan Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS


KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila menempah tiket ke suku akhir Masters Malaysia 2025 selepas menundukkan gandingan Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, sebentar tadi.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, pasangan ranking keempat dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-15 ke atas lawan yang berada di kedudukan ke-85 dunia.
Kemenangan itu turut mengukuhkan momentum Pearly-Thinaah yang baru sahaja menjuarai Terbuka Thailand minggu lalu, sekali gus memberi keyakinan tinggi menjelang perlawanan suku akhir esok.
Ini adalah pertemuan sulung antara kedua-dua pasangan, namun Pearly-Thinaah tampil lebih kemas dan bertenaga untuk mengawal rentak permainan sepanjang 37 minit perlawanan berlangsung.
"Saya fikir secara keseluruhannya kami tidak begitu berpuashati tetapi saya fikir masih ada ruang untuk peningkatan terutama dalam memberi fokus. Jadi, saya fikir, itu adalah sesuatu yang sangat kami perlukan dan bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya," kata Thinaah.
Cabaran lebih sengit menanti mereka di peringkat suku akhir apabila dijadual berdepan pasangan pilihan kelima dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang turut mara selepas menewaskan lawan mereka hari ini.
Mengikut rekod pertemuan, Pearly-Thinaah memiliki kelebihan psikologi dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan terdahulu menentang pasangan Indonesia itu.
"Kami hanya fokus kepada corak permainan sendiri kerana apabila dapat melakukannya, saya fikir kami akan dapat melakukannya dengan baik. Sudah tentu kami akan berbincang untuk perlawanan esok dan bersiap sedia.
"Saya fikir kesemua beregu yang kami temui sangat sukar, tidak mudah dan kebiasaannya kami hanya mengingatkan sama sendiri, tidak kiralah lawan atau kami yang mendahului, kami hanya mahu mengingatkan sesama sendiri untuk kekal fokus, kekalkan corak permainan dan berbincang bersama jurulatih.
"Jadi apa yang paling penting adalah kekal fokus," kata Pearly.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1399149/pearly-thinaah-ajar-gandingan-thailand




Pages: [1]
View full version: Pearly-Thinaah 'ajar' gandingan Thailand


ADVERTISEMENT