Spurs juara Liga Europa, akhiri kemarau trofi
Edited by sfhzuraz at 22-5-2025 06:54 PMSpurs juara Liga Europa, akhiri kemarau trofi
Mei 22, 2025 @ 7:16am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/posdfiwwrbc_1747869357.jpg
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou (tengah) meraikan kejuaraan Liga Europa bersama pemain-pemain. - Foto REUTERS
BILBAO, Sepanyol: Gol babak pertama Brennan Johnson membantu Tottenham Hotspur menewaskan Manchester United 1-0 pada final Liga Europa dan menamatkan kemarau trofi 17 tahun mereka.
Kedua-dua kelab yang terperosok menghampiri zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris itu memerlukan kemenangan pada final di Bilbao untuk menebus kehampaan kempen domestik masing-masing, selain menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Jaringan minit ke-42 Johnson memberikan kejuaraan pertama buat Spurs sejak memenangi Piala Liga 2008 dan trofi Eropah pertama mereka sejak kejayaan di Piala UEFA 1984.
Rasmus Hojlund berpeluang menyamakan kedudukan menerusi tandukan di pertengahan babak kedua, namun pertahanan Spurs, Micky van de Ven menyelamatkan keadaan.
United sekali lagi berpeluang menyamakan kedudukan tetapi tandukan Luke Shaw diselamatkan penjaga gol, Gugliemo Vicario, yang sebelum itu menafikan rembatan Alejandro Garnacho.
"Sejak saya datang ke sini, ia seperti 'Tottenham adalah pasukan yang bagus tetapi tidak pernah menyempurnakannya'. Kami menyempurnakannya.
"Ia sangat bermakna. Semua peminat dihentam, kami juga teruk dikutuk, kerana tidak memenangi trofi, kerana tidak menang apa-apa. Tetapi kami sudah mendapatkan yang pertama hari ini, saya sangat gembira," kata Johnson.
Kemenangan itu turut memberi kelegaan buat pengendalinya, Ange Postecoglou, yang berkata dia sering memenangi trofi pada musim keduanya di sesebuah kelab.
"Saya tahu ertinya untuk kelab bola sepak ini. Saya dapat rasakan debaran setiap orang di kelab, kerana mereka pernah berada di situasi ini. Selagi beban itu tidak diangkat, anda tidak akan faham bagaimana rasanya," kata Postecoglou. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1398819/spurs-juara-liga-europa-akhiri-kemarau-trofi
https://assets.bharian.com.my/images/articles/spaifwoj4idg_1747869351.jpg
Tottenham Hotspur menamatkan kemarau trofi sejak tahun 2008 dengan menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Manchester United di San Mames, Bilbao. - Foto REUTERS
https://assets.bharian.com.my/images/articles/johndofwu4gnd_1747869354.jpg
Pemain Tottenham Hotspur, Brennan Johnson meraikan jaringan ketika final Liga Europa menentang Manchester United di San Mames, Bilbao. - Foto AFP
Pages:
[1]