sfhzuraz Publish time 22-5-2025 06:46 PM

Kedah, Perak 'berkubur', gagal dapat lesen Liga Super

Kedah, Perak 'berkubur', gagal dapat lesen Liga Super



Oleh Syafiq Aznan - Mei 22, 2025 @ 3:27pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/perakkedah_1747899044.jpg


KUALA LUMPUR: Dua gergasi bola sepak tempatan, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super selepas gagal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi pada musim depan.
Perkembangan itu diumumkan Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Shariff dalam satu kenyataan, hari ini.
Sheikh Mohd Nasir menjelaskan dua pasukan itu gagal mendapatkan lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan dalam MFL CLR.
"Lapan kelab Liga Super diberikan lesen kebangsaan iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT) Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC," katanya.
Sementara itu, Sheikh Mohd Nasir memaklumkan tiga pasukan diberikan lesen kebangsaan bersyarat iaitu adalah Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC mengikut artikel 8 (l) MFL CLR.
"Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC, dan PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB dengan bersyarat di mana kelab-kelab itu perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.
"Kegagalan mematuhi ketetapan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC ditarik balik oleh FIB," katanya.
Selain itu, dua pasukan daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC juga berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan apabila permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2024-2025 bagi saingan Liga Super musim 2025-2026 diluluskan oleh FIB.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1399036/kedah-perak-berkubur-gagal-dapat-lesen-liga-super





Pages: [1]
View full version: Kedah, Perak 'berkubur', gagal dapat lesen Liga Super


ADVERTISEMENT