sfhzuraz Publish time 22-5-2025 04:11 AM

96 pasukan rebut Piala Raja Muda Selangor, Piala Datuk Mokhtar Dahari

96 pasukan rebut Piala Raja Muda Selangor, Piala Datuk Mokhtar Dahari

Oleh Norzamira Che Noh - Mei 21, 2025 @ 5:38pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6154568658224006146_y_1747820306.jpg
Pengerusi jawatankuasa induk kejohanan, Datuk Emran Kadir (enam dari kanan) bersama barisan wakil penganjur kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor - Foto NSTP/Norzamira Che Noh


SHAH ALAM: Sebanyak 96 sekolah menengah dan kebangsaan seluruh Selangor bakal berentap dalam Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor yang akan bermula secara berperingkat mulai Oktober ini.
Pengerusi jawatankuasa induk kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, penyertaan membabitkan 32 pasukan masing-masing bagi Piala Datuk Mokhtar Dahari bawah 18 (B-18) tahun dan B-15 serta B-12 tahun untuk Piala Raja Muda Selangor.
Beliau berkata, kejohanan yang diilhamkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu diteruskan untuk pencarian bakat serta pelapis bola sepak di peringkat akar umbi.
"Hasrat Tuanku Sultan Selangor supaya kejohanan ini melahirkan seramai mungkin bakat dalam bola sepak bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara.
"Malah ada pemain yang mempamerkan aksi cemerlang dalam pertandingan ini diterima masuk ke Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tajaan bagi Kejohanan Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari di sini, hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan 946 sekolah seluruh negeri menyertai perlawanan bola sepak yang dianjurkan di peringkat Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) sebelum juara-juara dikumpul untuk perlawanan peringkat pusat.
Katanya, Piala Raja Muda Selangor dijangka bermula pada 4 November hingga 4 Disember manakala Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 pula pada 1 Oktober hingga 25 Oktober.
"Bagi Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18, tarikh kejohanan akan dimaklumkan kemudian berikutan kelayakan di peringkat MSSD belum selesai," katanya.
Juara Piala Raja Muda Selangor akan membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 dan B-15 masing-masing akan membawa pulang RM10,000 dan RM8,000.
Emran memaklumkan, kejohanan berkenaan mendapat penajaan lebih RM300,000 dengan penaja utama adalah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta pihak swasta.
Katanya, turut memberi sumbangan adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1398684/96-pasukan-rebut-piala-raja-muda-selangor-piala-datuk-mokhtar-dahari




Pages: [1]
View full version: 96 pasukan rebut Piala Raja Muda Selangor, Piala Datuk Mokhtar Dahari


ADVERTISEMENT