sfhzuraz Publish time 22-5-2025 04:00 AM

Hari suram kem perseorangan negara

Hari suram kem perseorangan negara

Oleh Helmi Talkah - Mei 21, 2025 @ 11:02pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6154568658224006367_y_1747839735.jpg
Aksi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ketika bertemu wakil Ireland, Nhat Nguyen pada kejohanan Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Aswadi Alias


KUALA LUMPUR: Hari yang suram buat kem perseorangan negara apabila semua wakil negara dalam kategori lelaki dan wanita tersingkir di pusingan pertama Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Misi pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao untuk menamatkan badi kekalahan di pusingan awal tidak kesampaian apabila tewas di tangan wakil Ireland, Nhat Nguyen.
Meskipun bermula garang di set pertama, pemain perseorangan negara itu gagal mengekalkan rentak sebelum tewas 21-10, 18-21, 9-21 dalam tempoh 74 minit.
Lebih mengecewakan, kekalahan itu menyaksikan Jun Hao masih gagal melepasi halangan pusingan awal (pertama dan kedua) dalam tujuh kejohanan berturut-turut musim ini.
Mengulas kekalahan itu, Jun Hao mengakui perubahan taktikal lawan menjadi faktor utama yang menjerat permainannya terutama di dua set terakhir.
Sementara itu, nasib malang kembali menghantui pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong apabila sekali lagi terpaksa menarik diri akibat kecederaan dalam aksi pusingan pertama.
Tze Yong yang turun menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long memulakan permainan dengan cukup meyakinkan apabila memenangi set pertama 22-20.
Namun, ketika mendahului 4-3 di set kedua, pemain berusia 24 tahun itu membuat keputusan menarik diri selepas terjatuh dalam posisi tidak stabil dan mengalami kecederaan pada lutut kanan.
Dalam satu lagi aksi, pemain muda negara, Justin Hoh terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain nombor lapan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka, 14-21, 20-22.
Justin mengakui tekanan bermain pada penampilan sulung di Masters Malaysia memberi kesan kepada persembahannya ketika menentang Naraoka.
Sementara itu, nasib sama turut menimpa dua pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa dan Goh Jin Wei apabila masing-masing terkandas di pusingan pertama.
Letshanaa tunduk di tangan pemain China, Han Qian Xi 21-10, 19-21 12-21 manakala Jin Wei tewas kepada bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon 7-21, 15-21.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1398788/hari-suram-kem-perseorangan-negara




Pages: [1]
View full version: Hari suram kem perseorangan negara


ADVERTISEMENT