Muhammad Ridwan pimpin Johor muncul juara pecut berpasukan
Kuala Lumpur: Skuad berbasikal Johor memulakan kempen Kejohanan Berbasikal Kebangsaan Trek dan Lebuhraya 2025, dengan langkah kanan apabila meraih pingat emas acara pecut berpasukan di Velodrom Johor, Iskandar Puteri hari ini.
Trio diperkuatkan dengan pelumba berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom, Mohamad Akmal Nazimi Jusena dan Ahmad Danial Haiqal Ahmad Rifaiee, mencatatkan 45.811 saat (s) untuk menewaskan skuad Selangor (47.219s) yang terdiri daripada Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Fahmi Saharil dan Yu Jin Liang.
Manakala gangsa acara itu diraih skuad basikal Perak dengan catatan masa 47.634s.
Dalam pada itu, bagi saingan acara wanita menyaksikan jaguh berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membantu Kedah yang turut dibarisi Nurul Nabila Mohd Asri dan P Phi Kun muncul juara menerusi catatan masa 51.444s.
Selangor muncul pemenang pingat perak (52.520s), sementara Perak meraih gangsa acara itu. - HARIAN METRO
Pages:
[1]