bintang Publish time 16-5-2011 12:50 PM

CERPEN: Cinta Yang Menghambat [U] - TAMAT

Post Last Edit by bintang at 28-1-2012 10:59

Tidak ada seorang pun gadis di dunia ini yang dapat membuat Fuad kesal. Dia menatap rolexnya. Waktu sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Namun tidak ada tanda-tanda gadis itu akan muncul. Kalaulah gadis itu bukan satu-satunya puteri dari pemilik Gold Bank,dia tidak akan sudi menghabiskan waktunya di sini. Lebih baik dia mengerjakan projeknya yang sudah lama terbengkalai dan tidak selesai-selesai itu. Tetapi Fuad sangat sedar , projek itu tidak akan selesai kalau Gold Bank tidak mahu membantu kewangan projek tertangguhnya itu.Merdeka Group, perusahaan warisan orang tuanya, saat ini sedang mengalami masalah kewangan dan satu-satunya bank yang mahu membantunya tanpa banyak cing-cong hanyalah Gold Bank.


Satu-satunya yang sebenarnya membuat Fuad kesal adalah hubungan antara Gold Bank dan Merdeka Group sudah merambah sampai ke masalah peribadi.Almarhum ayahnya dan pemilikGold Bank, Datuk Andi, adalah sahabat baik. Kerana keakhraban itu, mereka membuat kesepakatan di luar dugaan yang membuatnya saat ini terpaksa berdiri di dalam majlis ini.


Fuad meraih gelas terdekat dan meneguk isinya. Dia langsung tidak peduli apa isinya kerana semua itu tidak boleh meredam perasaannya. Malah dia terasa ingin membanting gelas itu kalau tidak ingat pasangan suami isteri pemilik Gold Bank hanya berada lima puluh meter dari tempatnya berdiri. Dia hanya dapat memaksasenyumnya kepada mereka.Dengan rona tanpa keikhlasan.


"Tenang encik Fuad,"Zainal, salah seorang managernya mendekatinya."Sebentar lagi Zinnirah akan muncul."


"Zinnirah Clarissa Datuk Andi Gold Bank,"   gumamFuad."Aku jadi ingin tahu gadis seperti apa yang dilahirkan keluarga kaya itu. Pasti gadis manja yang bodoh, yang tidak tahu apa-apa, yang hanya boleh menghabiskan hidupnya dengan menghabiskan wang orang tuanya. Malah aku yakin Jessica Simpson lebih kelihatan bijak seperti Einstein kalau berhadapan dengan Zinnirah."


Zainal berdehem kerisauan. dia tahu Fuad tidak suka dengan majlis pertemuan ini. Ini bukan majlis pengenalan biasa kerana kelak akan diikuti dengan majlis pertunangan dan kemudian perkahwinan. Dan tidak ada lelaki mana pun yang mahu dipaksa berkahwin dengan orang yang belum dikenalnya.Kecuali lelaki buta jiwa. Tapi apa boleh buat. Dahulu ketika ayah Fuad masih hidup,pemilik Gold Bank berhasrat ingin berbesan dengan keluarga Fuad. Fuad harus menuruti wasiat itu kalau tidak ingin ayahnya bangkit dari kubur atau melihat Merdeka Group terkubur.

qimi08 Publish time 16-5-2011 12:59 PM

yEEEEHHHH bintang menyinari rumah kita yang makin malap dgn kelambatan N3 baru dgn cerita terbarunya
{:1_152:} {:1_152:} {:1_152:}

kucingpia Publish time 16-5-2011 01:04 PM

Bintang ade citer baru!!!{:1_152:}

Jaza2008 Publish time 16-5-2011 01:14 PM

Reply 1# bintang


    ding dong... salam bintang...
cerpen ke novel? Rate?

cam biasa lah kalau leh title trus letak tanda ceren n rate senang tuk
highlight.

asyriqa Publish time 16-5-2011 01:21 PM

bintang dengan bahasanya yang sangat kerlasss gitewww....{:1_132:} sambung lagikk...:$

bintang Publish time 16-5-2011 01:26 PM

Replybintang


    ding dong... salam bintang...
cerpen ke novel? Rate?

cam biasa lah kal ...
Jaza2008 Post at 16-5-2011 13:14 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Adeh tenet duk on off jek ni... dah ingat tadi, bila edit terus hilang..... ok ok... cuba lagi neh...

bintang Publish time 16-5-2011 01:28 PM

Nak sambung neh... tapi kalo tade korang jangan marah sebab tenet tengah teruk...

Kalo post kali ni tak lepas, jawabnya malam ni ler.... huhuu

cmf_blingblings Publish time 16-5-2011 01:39 PM

Suka dengan bahasa sastera yang unik ....indah bunyinya

sejuk Publish time 16-5-2011 02:27 PM

sambung2,,,{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

bintang Publish time 16-5-2011 02:48 PM

Post Last Edit by bintang at 16-5-2011 17:10

Muzik yang tadinya mengalir perlahan, mendadak berubah. Temponya berubah menjadi cepat seakan sedang bersiap-siap menyambut kedatangan seseorang. Fuad memusatkan perhatiannya pada tangga. Perlahan, sesusuk tubuh yang terbalut dalam gaun hitam berjalan turun dengan anggun. Dia menggandeng lengan seorang pemuda berkot Armani.Semakin lama, wajahnya semakin jelas. Gadis itu tersenyum, menatap terus ke arah Fuad, seakan-akan tahu bahawa kerana pemuda itulah dia harus berada di sini.


"Dia sudah ada di sini,"   bisik gadis itu. Dia menggengam tangan abangnya semakin erat.


"Ya, iya dik. Kau ingat dia ada di laut, apa?" balas si abang.


"Abang Ed.... " katanya sedikit bergetar. Senyum manisnya mendadak berubah menjadi kecut."Adik rasa adik akan............"


Hanya dalam hitungan saat, Zinnirah kehilangan keseimbangan.Ayah ibu Zinnirah serentak menjerit tanpa dapat berbuat apa-apa. Fuad dengan tangkas berlari menangkap Zinnirah.Tapi tangan kekar Edri lebih dahulu cekap menangkap pinggang adiknya. Gadis itu hanya terdorong beberapa jengkal ke depan. Dengan Fuad yang hanya beberapa jengkaldi depan wajahnya, mendadak wajah Zinnirah memerah.

Tuhan, Fuad Iskandarjauh lebih tampan daripada gambarnya. Duh.


Sementara Fuad yang hanya menangkap tangan Zinnirah hanya mendesah nafas panjang.Zinnirah Clarissa bukan hanya gadis manja yang tak tahu menghargai waktu. Ia juga clumsy.

Terima kasih, Tuhan. Engkau telah mengirimkan aku calon isteri yang tidaklah terlalu menarik.


Seperti gambar yang sudah diberikan orang tuanya, Zinnirah Clarissa Gold sebenarnya tidaklah jelek. Mungkin wangnya yang membuat Zinnirah kelihatan manis. Dia memiliki sepasang mata galak yang berbinar indah. Hidungnya tidak terlalu mancung, tapi tidak pula pesek. Mungil. Mungkin itu kata yang tepat. Sama seperti bibirnya. Ketika tersenyum, Zinnirah memiliki senyuman yang indah. Tubuhnya tidaklah kurus sebagaimana model-model yang mati-matian menjaga tubuhnya agar tetap skinny, tapi Zinnirah juga tidak gemuk. Bahkan ketika Zinnirah berdekatan dengannya, tinggi gadis itu pada paras telinganya. Tapi tentu saja Fuad tidak akan memuji Zinnirah. Dia yakin, semua kecantikan gadis itu hanyalah semu. Di balik gaun dan perhiasan mahal itu, Zinnirah tidak lebih dari gadis bodoh dan tolol.
Ya, gadis bodoh yang akan menyelamatkan perusahaanmu, Fuad.


"Fuad,"Ayah Zinnirah berdeham. Dia berusaha mengembalikan suasana menjadi formal."Ini puteri pakcik, Zinnirah Clarissa...."

"Sekarang kamu boleh melihat orangnya, nyata. Bukan cuma pada gambarnya saja."Pemuda berkot Armani itu, Edri Gold menambah bicara mewakili si bapa. Sedang si bapa tersenyum memanjang kerana anaknya yang bernama Zinnirah Clarissa itu seorang yang sangat manis lagi indah pada mata setiap lelaki yang memandangnya apa lagi pada pandangan seorang bapa terhadap satu-satu anak gadisnya.


"Saya tidak menduga Zinnirah lebih cantik dari gambarnya," kata Fuad, ayat mengambil hati.


Sebenarnya Zinnirah ingin terbang ke langit ketujuh mendengar kata-kata Fuad.Semuanya kerana gadis itu sudah mulai jatuh cinta pemuda itu sejak pertama kali dia melihat gambar Fuad yang dikirimkan abangnya, Edri.Zinnirah sangat menyukai sepasang mata Fuad yangagak sepet, hitam bola matanya dan tatapannya tajam.Sepasang mata pemikir, bijak.Itu pada pandangan Zinnirah. Apalagi kalau pemuda itu mengenakan kacamata. Kakinya pasti akan terasa lemah. Ketika Fuad tersenyum, senyumannya hanya segaris, tapi sudah cukup membuat pipi Zinnirah panas. Dan rambutnya yang hitam lurus itu, membuat Zinnirah terasa ingin membelainya saja. Tidak hairan kalau Zinnirah sudah setuju sebelum ayahnya menceritakan perjanjiannya dengan ayah Fuad.


Tapi tentu saja Zinnirah tidak akan membiarkan Fuad tahu perasaannya. Tidak. Dia tidak akan membuatnya semudah itu. Zinnirah mengertispesis lelaki seperti apa Fuad itu. Pemuda tampan yang sejak kecil sudah bergelimangan harta. Pasti sudah ada sejuta gadis yang mengejar-ngejarnya. Pasti dia sudah terbiasa dikelilingi gadis cantik. Zinnirah sudah melihatnya pada diri abangnya sebelum bernikah. Jadi pada diri Fuad dia seakan sudah dapat membacanya. Lalu apakah yang akan dilakukan untuk memenangihati pemuda itu?


"Terima kasih."Akhirnya Zinnirah hanya tersenyum kecil.   "Saya juga tidak menduga kalau kamu...."Zinnirah tergoda untuk berkata yang sama tentang Fuad.Tapi, yang muncul dari mulutnya cuma.........    "..... seperti ini."


Fuad menaikkan sedikit keningnya . Edri ingin saja memijak kaki adiknya mendengar jawapan itu. Apa maksud adiknya berkata begitu. Apakah dia mahu menggagalkan majlis ini? Malah Zinnirah sendiri bingung dengan jawapannya. Terasa bebal saja dengan respon sebegitu.

Sial, kutuk Zinnirah dalam hati. Kenapa aku berkata seperti itu pulak?.Bodoh atau apa? Tentu pemuda ini fikir aku ini aneh atau bodoh dalam berkata-kata? Oh, tentu dia ampunkan aku kerana gadis ini baru saja lolos dari Afrika.

bintang Publish time 16-5-2011 11:03 PM

Melihat suasana yang makin kekok, ibu Zinnirah, Datin Arni Clarissa berinisiatif mengajak semua tamu untuk makan malam.Sepanjang majlis makan malam,Fuad terus berharap henfonnya berdering. Dia sudah memberikan isyarat kepada salah seorang pekerjanya agar menelefonnya sewaktu majlis makan malam. Dengan demikian, dia punyai alasan sempurna untuk lari dari majlis ini.


“Fuad, Irah baru pulang dari Afrika,”tiba-tiba ibu Zinnirah membuka perbualan.


Fuad tersenyum nipis.   “Ya, saya sudah mendengarnya dari Edri."   Dia lalu berpaling pada Zinnirah,“Afrika….Pasti tempat yang menarik.”


Mendengar jawapan Fuad, mata Zinnirah membesar kerana senang.   "Iya. Binatang liar di mana-mana. Udara yang segar.Alam segar yang belum terjamah manusia.Masyarakat yang eksotik, membuat kamu ingin tinggal lebih lama di sana.” Bersemangat sekali Zinnirah membuka cerita.

Kalau begitu mengapa kau pulang ke Malaysia? Tinggal di sana saja sampai kiamat.

Seakan dapat membaca fikiran Fuad, Zinnirah menambahkan,“Tapi itu semua tidak menghalangi Irah kembali ke Malaysia, bumi tercinta.”

Fuad pura-pura tertarik dengan kata-kata Zinnirah sementara fikirannya berpusat pada henfonnya.Ayuh cepat bunyi, argh.

“Lalu apa yang membuat Malaysia lebih menarik dari Afrika?”

Kamu, bisik Zinnirah dalam hati.


“Banyak hal. Walaupun lahir di sini, sepertinya Irah belum habis mengelilingi Malaysia.Masih banyak tempat yang belum sempat jalan-jalan ke pelosok Malaysia.Khabarnya banyak sekali tempat menarik di sini……”

Mendadak henfon Fuad berdering. Diam-diam Fuad bersyukur.Akhirnya, kesempatan untuk melarikan diri itu datang juga. Dengan memasang wajah pura-pura kecewa, Fuad memberi isyarat bahawa dia harus menerima panggilan telefon itu. Sekarang cuma tinggal bahagian berpura-pura saja. Dengan sedikit gaya kepanikan menerima panggilan penting ditambah aksi suara panik, mereka pasti termakan.

“Menyesal sekali, tapi nampaknya saya tidak boleh begitu lama di sini.Ada panggilan kerja yang tidak dapat ditunda.”

Zinnirah dan kedua orangtuanya kelihatan kecewa.Edri kelihatan curiga.Zainal menatapnya dengan kesal.Dia faham benar taktik Fuad kalau mahu lari dari hal yang tidak disukainya.

“Tapi…” ibu Zinnirah berusaha mencegah.    “Anak Fuad belum mencuba dessert masakan chef kami.”

“Iya, saya tahu.”   Fuad memasang wajah kecewa.      “Sebenarnya saya juga kesal sekali kerana terpaksa meninggalkan majlis ini. Apa boleh buat, projek ini tidak boleh ditunda.”


Setelah sedikit berbual dan mengucapkan salam, Fuad pergi meninggalkan kediaman keluarga Gold dengan senyum kemenangan terpasang di bibir.Setidaknya, untuk beberapa saat dia lepas dari cengkaman keluarga Gold.

midar Publish time 16-5-2011 11:11 PM

bintangggggggggggg....
nk lagiiiiiiiiiiiiiii

bintang Publish time 16-5-2011 11:13 PM

Post Last Edit by bintang at 16-5-2011 23:15

Zinnirah menjatuhkan dirinya ke tempat tidur dan berguling menatap siling kamarnya.Seharusnya dia bahagia kerana dapat bertemu dengan Fuad. Selama ini dia hanya dapat menatapi wajah fuad pada gambar kiriman abangnya Edri.Selama ini dia hanya mendengar cerita tentang Fuad dari email ayah dan ibunya.Fuad yang baik hatilah. Fuad yang sopanlah. Semua yang baik-baik tentang Fuad.Tapi kenapa tidak ada yang menceritakan padanya bahawa Fuad tidak suka dengan idea penjodohan ini?


Zinnirah tidak bodoh untuk membuat penilaian. Dia dapat melihat dari mata Fuad betapa pemuda itu sebenarnya enggan dengan semua ini. Semuanya hanya sandiwara Fuad.Semuanya hanya helah agar Gold Bank mahu terus mendukung segala projeknya dari terbengkalai.

Lalu bagaimana, Zinnirah. Kamu mau undurkan diri?

Zinnirah bangkit dari tempat tidurnya.

“Sesedap aje.. !Tak akan aku lepas barang bagus lagi baik itu.Aku yakin,Fuad begitu kerana dia tidak tahu siapa Zinnirah yang sebenarnya. Dia fikir Zinnirah tidak lebih dari anak orang kaya yang manja, yang kerjanya cuma hu ha hu ha saja.”

Zinnirah meraih gambar Fuad yang selalu terpampang di sudut meja kecil dekat katil tidurnya. Dia berbicara pada gambar itu seolah-olah sedang berbicara dengan Fuad sendiri.

“Kalau kamu fikir Zinnirah Clarissa sedangkal itu….heh, you are making a big mistake, mister. Kau akan terkejut melihat siapa Zinnirah yang sebenarnya. Dan kalaupun kau tidak jatuh cinta dengan Zinnirah yang sesungguhnya, akan kubuat kau jatuh cinta.”


Sejenak Zinnirah berfikir. Sebuah senyum jahil terpasang di bibirnya.   “Dengan cara halus atau kasar. Tinggal pilih aje.”

Dia sesungguhnya bukan seorang gadis begitu mudah untuk sewenangnya jatuh cinta. Namun entah kenapa sejak pertamakali menatap gamba Fuad, hatinya berdetik, terasa ada tusukan halus bergema pada sudut hati nan jauh. Duh.


Matahari baru saja bangkit dari peraduannya ketikaZinnirah merasakan kakinya ditarik dengan penuh kekuatan dari tempat tidurnya. Hampir saja dia terbanting ke lantai kalau tidak badannya mencengkam tempat tidurnya.

“Bangun…!!”   teriak ibunya. Dengan mata setengah terbuka,   Zinnirah kembali merayap ke posisi asalnya.

“Mmm….lima minit lagi, ma.."    dia memeluk bantalnya.    “Mau mimpi jumpa bang Fuad lagi…”


Mahu tak mahu si ibu tersenyum mendengar kata-kata anaknya.Jauh di dalam hatinya, dia lega semuanya berjalan lancar.

“Bangun, Irah! Satu jam tadi kamu juga janji lima minit lagi! Jangan jadi anak dara jelek. Apa belum puas semalam bertemu Fuad..!”

Kali ini mata Zinnirah terbuka tiga perempat.

“Alaa… tak puas…habis dia pergi begitu saja….”Zinnirah bangkit dari tempat tidur dan berfikir sejenak.“Apakah abang Fuad sudah punyai awek, ma?”

Ibunya nampak tergagap mendengar pertanyaan itu.

“Itu…itu bukan masalah lagi, kan? Lagi pun kamu berdua akan dinikahkan.”

Zinnirah memuncungkan bibirnya. Apa gunanya sebuah perkahwinan kalau tidak ada cinta.

“Cepat bangun, mandi … . Ada seseorang yang perlu Irah temui pagi ini.”

Mata Zinnirah membesar. Ibunya dengan cepat dapat membaca fikiran puteri satu-satunya keluarga Gold dan melempar tuala ke arahnya.

“Bukan Fuad, sayang! Tapi ia sama pentingnya dengan Fuad.”


Zinnirah berjalan ke bilik air sambil berfikir mana ada yang sama pentingnya dengan Fuad Iskandar.

sang_arjuna Publish time 16-5-2011 11:15 PM

tq bintang
lama tak baca karya bintang

sambung lagi

mamiayu Publish time 16-5-2011 11:44 PM

Menarik. Tak sabar nak tau kisah seterusnya. {:1_132:}

bintang Publish time 17-5-2011 04:13 PM

Pemuda yang sama pentingnya dengan Fuad itu bernama Zamil.Siapa Zamil, Zinnirah tidak tau dan tidak peduli.Dengan tubuh jangkung tinggi 185cm, Zinnirah merasakan dirinya begitu kecil. Malah Zinnirah yakin ketinggian Zamil melebihi Fuad.Meski rambutnya dipotong crew cut, Zamil tidak kelihatan seram. Dia malah memberikannya senyum yang ramah dan menyenangkan. Begitu berbeza dengan Fuad yang dingin dan tidak peduli padanya. Zinnirah kurang mendengar penjelasan ayahnya kerana dia tahu, dia dan Zamil dapat menjadi teman baik.


“Jadi dia adalah....”   Zinnirah mengulangi kata-kata ayahnya yang jalannya lebih cepat dari kereta api itu.

“Bodyguard Irah...”Ayahnya mendesah panjang.Sia-sia saja, dia memberi penerangan panjang lebar.

Zinnirah nyaris memuntahkan tawanya mendengar kata bodyguard.


“Bodyguard?Biar benar ayah! Ayah, Irah tidak perlu pengawal peribadi.Irah sudah besar panjang, sudah pandai menjaga diri sendiri. Kalau Irahdapat menjaga diri sendiri di Afrika kenapa pula di tanah air sendiri Irah perlukan pengawal?”

“Kerana di sana Irah tidak dikenali, tidak diancam penculikan.”

Zinnirah terdiam. Dari nada suara ayahnya, dia tahu ayahnya tidak main-main.

“Kenapa ayah tidak cakap......”

“Ayah memang nak cakap Irah… tapi tidak tahu bila masa yang tepat. Sebenarnya ayah lebih suka Irah berada di Afrika bersama makcik kamu, tapi setelah tahu mengenai Fuad, kamu pula tergesa-gesa balik ke Malaysia sebelum kami sempat berbuat apa-apa.Akhirnya kami memutuskan untuk menyewa Zamil.”

“Tapi siapa yang mahu menculik Irah?”Idea seseorang yang ingin menculik dirinya membuat Zinnirah sendiri geli.

“Entahlah. Boleh jadi saingan ayah, boleh jadi juga penjahat biasa. Boleh jadi siapa saja.”

Kepala Zinnirah mendadak pening dan dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi makan.

“Sejak bila pulak ancaman itu datang?”

“Sekitar seminggu sebelum kamu datang.”

“Ayah sudah report polis?”

“Kamu tahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa kalau baru berupa ancaman. Lagi pula ayah sudah bagi wang kepada penculik tersebut.”

“Apaaaa?Mereka belum menculik pun lagi dan ayah sudah memberi mereka wang?”

Dengan tenang siayah menjawab,    “Iya. Mereka mengancam akan menculik kalau tidak memberi wang.Tapi tetap tidak ada jaminan kalau mereka tidak akan menculik.”

Zinnirah membanting sudunya dengan kesal. Sekarang dia tidak tahu apakah ayahnya cerdik atau bodoh.

Sepertinya lebih kearah yang terakhir, Zinnirah… duh.

Dia menatap ke arah Zamil yang tengah memandangnya. Jauh di dalam hatinya Zinnirah yakin pemuda itu akan benar-benardapat melindunginya. Zinnirah bangkit, tersenyum nipis kepadanya dan menepuk lengan kekar pemuda itu.

“Jadi Zamil, kita nampaknya akan kelihatan di mana-mana aje. Tahan-tahan saja nengok kegedikan Irah ek...”

“Tentu saja, Cik Zinnirah.” balasnya sopan.


Zinnirah menangguk perlahan sambil menahan geli. Terus terang, dia sangat tidak senangdengan idea gila ini. Punyai pengawal peribadi.. heh.Sebelum meninggalkan ruang makan itu, dia berkata terakhir kalinya pada Zamil.

“Oh, ya. Zamil. Perintah pertama buat kamu. Jangan sesekali panggil Cik Zinnirah, Cuma Irah saja, okay?”

Zamil mengangguk sambil berkata;   “Iya, saya faham Irah.”

bintang Publish time 17-5-2011 04:25 PM

Siang ini sepatutnya menjadi siang yang sempurna.Cafe yang biasanya dipenuhi oleh pengunjung yang sibuk mencari makan, kali ini agak sepi. Musik jazz mengalun lembut dari speaker cafe membuat pengunjungnya semakin malas beranjak. Dan yang lebih baik lagi, tidak ada bunyi henfon yang biasa menegurnya.Dua jam yang lepas sekretarinya berjanji tidak akan mengganggunya dengan panggilan dari pelanggan. Jadi hanya dia, makan tengahari yang tenang dan cafe yang terasa milik sendiri. Apa yang lebih baik dari ini?

Fuad tersenyum kecil dan berjalan ringan menikmati irama muzik. Setelah malam yang menjengkelkan, dia rasa dia berhak mendapatkan ketenangan ini.

Tapi, ketenangannya tidak berlangsung dengan lama. Baru saja dia hendak bertenang-tenang di situ, untuk memikirkan menu tengahari yang akan disantapnyatiba-tiba mendengar suara seorang perempuan memanggil namanya.

“Abang Fuad?”


Fuad terpana. Tidak mungkin. Dia yakin sekali tidak ada satupun makhluk di bumi ini yang tahu tempatnya berdiri saat ini. Kecuali sekretarinya. Dan tidak mungkin sekretarinya yang sudah bekerja sepuluh tahun di syarikatnya berani mengkhianat.
Tunggu, dulu. Fuad membetulkan letak kacamatanya dan memfokuskan pandangannya. Zinnirah?

“Wah, kebetulan benar kita bertemu di sini, ya. Dunia memang sempit sekali.”

Gadis itu melangkah mendekati Fuad dengan langkah ringan. Fuad sedikit terkejut.Pada mulanya dia berfikir akan menemukan perpaduan antara boneka barbie dan kedai permata berjalan seperti tadi malam. Atau setidaknya, penampilan ala Britney Spears. Tapi yang di depan matanya hanyalah seorang gadis berpenampilan polos. Hampir tidak ada makeup yang menempel di wajahnya, kecuali sekadar bedak dan lipstick nipis. Pakaiannya pun sederhana. Hanya t-shirt putih yang menyembul dari balik jaket dan jeans biru tua.Kakinya pun hanya berbungkus sepasang sneakers putih.Malah rambutnya yang separas bahu itu pun hanya diikat ke belakang dengan sebuah penyepit kecil yang berfungsi merapikan jurai rambutnya.

Untuk pertama kalinya, Fuad merasa mungkin dia salah menilai. Mungkin Zinnirah bukan sekadar patung plastik kaya berjalan.

“Zinnirah...” Fuad cuba meramahkan nada suaranya.“Kamu kelihatan…berbeza.”

“Sebenarnya yang berbeza itu tadi malam.”   Zinnirah setengah berbisik.“Sehari-hari, Irah begini saja. Jadi, abang Fuad selalu kemari, ya?”

“Tak juga.”

Dan setelah tahu kau juga ke sini, sepertinya aku tidak akan kemari lagi. Argh…

“Sudah makan?”

Perut Fuad berbunyi. Tapi dia lebih baik kelaparan daripada harus menemani Zinnirah makan.

“Sudah.”

“Kalau begitu, mengapa abang Fuad masih berdiri di dalam cafe?”

Sial! Makhluk ini ternyata pandai guna otak juga.

Zinnirah tersenyum kecil.Hahaa . Sebenarnya bukan kebetulan dia berada di cafe yang sama dengan Fuad.Dia sudah merancangkannya. Caranya? Tentu saja dengan menanyakannya pada sekretari Fuad. Dengan sedikit ancaman dan rayuan ditokok tambah dengan nama keluarga Gold, akhirnya mulut sekretari Fuad mau terbuka juga.

“Sebenarnya saya sedang.......” Fuad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya menghindar tatapan Zinnirah sambil cuba mencari alasan. Mendadak matanya menangkap sesusuk tubuh tinggi tegap yang berdiri cukup jauh dari Zinnirah. Meski berkacamata hitam, Fuad tahu bahawa pemuda itu tengah mengamati Zinnirah.

“Kamu kenal dengan pemuda berbaju hitam, kacamata hitam yang berdiri dekat pintu luar sana?”

“Mana?”Zinnirah berbalik sebelum sempat dicelah Fuad.“Oh, itu Zamil. Pengawal Irah.”

“Apa? Maksudnya godyguard kamu?”

Gila! Kau ingat kau siapa Zinnirah, sampai perlukan pengawal peribadi?Anak presiden?

Zinnirahmenatap mata Fuad dan dapat memahami kebingungan Fuad.

“Abang Fuad belum tahu?”

“Belum tahu apa?”

“Kata ayah, ada orang yang ingin menculik Irah.”

Yess, itu baru berita bagus. Dan dia ingin metitip pesan pada penculik itu agar cepat-cepat menculik Zinnirah dan tidak usah mengembalikannya lagi.

“Abang Fuad fikir Irah bergurau?”Zinnirah mengcekak pinggang.   “Irah sendiri sebenarnya tidak mahu dibuntuti orang sepanjang hari. Tapi kata ayah,itu juga demi keselamatan Irah sendiri. Seminggu yang lalu ada amaran penculikan pada Irah.”

“Edri tidak pernah bercerita apa-apa pada abang,”   Fuad berkata serius. Hmm, ternyata bukan syarikatnya saja yang sedang menghadapi masalah. Mahu tak mahu, membuat Fuad turut berfikir kira-kira siapalah agaknya yang ingin menculik Zinnirah dan apa motifnya. Betapapun dia tidak suka kepada Zinnirah, dia tidak ingin ada masalah yang membuat syarikatnya turut terkena getahnya.

“Irah juga baru tahu pagi tadi. Mau Irah perkenalkan pada Zamil?”

“Tidak perlu. Cepat atau lambat dia pasti akan tahu pasal abang.”Fuad menatap jamnya. Baru pukul satu. Tapi dia sudah tidak sabar untuk pergi dari tempat itu.   “Sudah pukul satu. Abang kena kembali ke pejabat.”

“Tapi abang Fuad belum..... ”   Zinnirah merasa kecewa. Dia tahu Fuad menghindarinya. Apalagi pemuda itu dengan cepat memetik henfonnya dan memanggil pemandunya.Hanya cuma menunggu waktu saja sebelum mercedeznya datang.

“Lain kali saja ya, Irah”


Tapi bukan Zinnirah namanya kalau mudah menyerah.Dia mengikuti Fuad dari belakang sampai ke koridor cafe.Zinnirah berniat untuk menahan Fuad, entah dengan kata-kata apa. Tidak lama kemudian kereta Fuad tiba. Namun yang lebih mengejutkan, Fuad tidak terus masuk ke dalam kereta. Untuk sesaat, dia terpana memandang sesuatu lurus ke depan. Hanya setelah kereta di belakangnya membunyikan hon, Fuad tersentak dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan panggilan Zinnirah.

Nun, di hujung jalan sana Zinnirah terlihat sekeping banner yang baru saja selesai dipasang. Seorang gadis cantik tersenyum lebar dalam cover sebuah majalah Puteri edisi terbaru.Baru dia mengerti pandangan Fuad tadi. Dan tiba-tiba saja Zinnirah merasa dia harus menghubungi seseorang.

sejuk Publish time 17-5-2011 05:42 PM

best..menarik

nallepooh Publish time 17-5-2011 09:45 PM

best cite bintang...

alahai Publish time 17-5-2011 11:10 PM

sambung la lagi bintang...
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: CERPEN: Cinta Yang Menghambat [U] - TAMAT


ADVERTISEMENT