sfhzuraz Publish time 13-5-2025 12:56 AM

Ahmad Zahid kunjung hormat, makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Ahmad Zahid kunjung hormat, makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Oleh BERNAMA - Mei 12, 2025 @ 10:10pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/ramli12_1747059044.jpg
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ramli Ngah Talib di di Oriental Hotel, Pulau Pinang, hari ini. - Foto ihsan FB Zahid Hamidi


GEORGE TOWN:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sesi kunjung hormat dan makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu Tun Ramli Ngah Talib, di sini ketika dalam lawatan kerja ke negeri ini.
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau meneliti dengan penuh perhatian idea dan pandangan yang dikongsikan oleh Ramli, yang sarat dengan inspirasi serta mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap kebajikan dan perpaduan masyarakat.
"Saya berharap Tun Ramli terus diberikan kesihatan yang baik sebagai TYT Pulau Pinang. Semoga kepimpinannya terus membawa kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh rakyat Pulau Pinang," katanya dalam catatan di laman Facebooknya, malam ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri Majlis Pemasyhuran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas dan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di Seberang Jaya.
Pada 1 Mei, Ramli, 84, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Sri Pinang, di sini, menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Pada 24 April, Ramli menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025, daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1395179/ahmad-zahid-kunjung-hormat-makan-malam-bersama-yang-di-pertua-negeri




Pages: [1]
View full version: Ahmad Zahid kunjung hormat, makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang


ADVERTISEMENT