sfhzuraz Publish time 12-5-2025 09:26 PM

Lelaki ditahan disyaki dera anak saudara berusia 3 tahun

Lelaki ditahan disyaki dera anak saudara berusia 3 tahun

Oleh BERNAMA - Mei 12, 2025 @ 8:48pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/logo_polis_2_1747054083.jpg
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP


KEPALA BATAS: Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak saudaranya di Pulau Mertajam, Penaga, di sini, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superitendan C Tharmalingam berkata suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di Bertam susulan laporan dibuat bapa mangsa.
"Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja dan tinggal di Kelantan menghubungi anaknya melalui panggilan video pada hari kejadian sebelum terlihat bekas abang iparnya merotan kanak-kanak itu.
"Ketika itu, mangsa dilihat menangis. Suspek tinggal serumah dengan bekas isterinya (ibu mangsa)," katanya kepada Bernama hari ini.
Tharmalingam berkata pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanak-kanak itu.
Katanya, lelaki terbabit mendakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.
"Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1395163/lelaki-ditahan-disyaki-dera-anak-saudara-berusia-3-tahun




Pages: [1]
View full version: Lelaki ditahan disyaki dera anak saudara berusia 3 tahun


ADVERTISEMENT