sfhzuraz Publish time 12-5-2025 07:23 PM

"Awat (kenapa) tinggal ibu, ibu sayang Aqil" - Ibu mangsa lemas

"Awat (kenapa) tinggal ibu, ibu sayang Aqil" - Ibu mangsa lemas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 12, 2025 @ 5:23pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHAQIL%282%29_1747041822.jpg
Noramalina gagal menahan sebak sebaik mayat anaknya, Aqil (foto kecil) ditemui di sungai FELDA Teloi Kanan hari ini.


BALING: "Awat (kenapa) tinggal ibu, ibu sayang Aqil," demikian rintihan Nuramalina Ibrahim, 37, sebaik melihat jasad anaknya, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, 12, diusung anggota bomba.
Kanak-kanak itu ditemui lemas di sungai FELDA Teloi Kanan, di sini hari ini selepas dilapor hilang ketika mandi bersama rakan sekolah petang semalam.
Nuramalina ketika ditemui tidak dapat menahan kesedihan hingga terpaksa ditenangkan ahli keluarga di lokasi pencarian Aqil yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan.
Dalam kejadian semalam, Aqil dikatakan ke sungai terbabit untuk mandi bersama lapan rakan sekelasnya kira-kira jam 2 petang sementara menunggu untuk menjalani latihan bola sepak di sekolah.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan hilang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Nuramalina mengakui dia pada awalnya sudah reda dengan kehilangan anaknya itu, namun gagal menahan sebak sebaik anak bongsunya itu ditemui, dengan jasad yang kaku.
"Meskipun sebak, saya bersyukur Aqil ditemui," katanya.
Tambah Nuramalina, Aqil banyak membantu kerana bersama abangnya menjaga nenek mereka ketika dia keluar bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumah.
"Aqil kalau orang tak ajak keluar, dia takkan keluar... tetapi semalam kawan dia datang ke rumah, dia terus keluar.
"Biasanya dia duduk di rumah jaga nenek yang sakit... kalau nenek dia nak makan, dia akan uruskan nenek nak makan roti ka, air ka, dia akan buatlah," katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Anuar Ibrahim, 32, berkata jasad Aqil timbul sebaik selesai laungan azan Zohor dari masjid berhampiran.
"Syukur Alhamdulillah, mungkin Allah hendak tunjuk kekuasaannya dan orang kampung melihat kejadian itu," katanya.
Tambahnya, Aqil banyak mendiamkan diri sejak seminggu lalu dan mungkin ia petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1395108/awat-kenapa-tinggal-ibu-ibu-sayang-aqil-ibu-mangsa-lemas




Pages: [1]
View full version: "Awat (kenapa) tinggal ibu, ibu sayang Aqil" - Ibu mangsa lemas


ADVERTISEMENT